Sterling Saham

Sterling Saham Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Sterling Saham, Financial service, 2 Jalan Yong Shook Lin Seksyen 52 Petaling Jaya, Petaling Jaya.

Mesti ramai kan student yang minat dan nak mula buat pelaburan atau investment, tapi tak tahu nak mula dari mana. Sebelu...
09/06/2025

Mesti ramai kan student yang minat dan nak mula buat pelaburan atau investment, tapi tak tahu nak mula dari mana. Sebelum anda ingin berjinak dalam bidang ni, make sure tanya dulu diri anda 4 persoalan yang admin share di bawah ini sebelum anda ingin mula melabur.😁

SALAM AIDILADHA 2025 – ERTI SEBUAH PENGORBANAN 🐐🌙Aidiladha mengingatkan kita tentang pengorbanan, keikhlasan dan ketaata...
07/06/2025

SALAM AIDILADHA 2025 – ERTI SEBUAH PENGORBANAN 🐐🌙
Aidiladha mengingatkan kita tentang pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada Allah s.w.t., melalui kisah Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s.
📖 “Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa.”
(Surah Al-Ma’idah: 27)
Semoga Aidiladha ini menjadi ruang muhasabah dan mendekatkan hati kita kepada-Nya. Salam Aidiladha 2025 daripada kami 💛✨

Adakah Anda Bersedia Menerima Risiko Kerugian Dalam Pasaran Saham?📗 Dalam pelaburan saham, anda tidak boleh lari daripad...
06/06/2025

Adakah Anda Bersedia Menerima Risiko Kerugian Dalam Pasaran Saham?
📗 Dalam pelaburan saham, anda tidak boleh lari daripada risiko. Sebaik sahaja anda membeli saham, terdapat 2 keberangkalian yang perlu anda hadapi iaitu samada UNTUNG atau RUGI.
📗 Ilmu pelaburan yang dipelajari adalah sebagai panduan untuk membantu kita membuat keputusan pelaburan yang berpotensi memberikan keberangkalian keuntungan yang lebih tinggi berbanding kerugian.
📗 Namun, tiada siapa yang boleh mengawal pergerakan pasaran. The market is always right. Walau sehebat mana teknik yang anda gunakanpun, anda masih tetap terdedah dengan risiko kerugian.
📗 Ramai trader yang telah pun mempelajari ilmu pelaburan saham, sudah tahu bagaimana mengawal risiko, dan sudah tahu teknik apa yang nak digunakan, tetapi masih lagi teragak-agak dalam membuat keputusan ketika mahu membeli sesuatu saham walaupun jelas kelihatan peluang baik di depan mata.

Apa p**a maksud Pre-Market, Regular Trading Hours dan Post-MarketPre-Market : Sebelum pasaran dibukaRegular Trading Hour...
05/06/2025

Apa p**a maksud Pre-Market, Regular Trading Hours dan Post-Market
Pre-Market : Sebelum pasaran dibuka
Regular Trading Hours : Masa dagangan berlaku
Post-Market : Selepas pasaran dibuka
Ketika Pre-Market dan Post-Market, kita hanya boleh membuat pesanan (order buy and sell) tetapi transaksi hanya akan ‘matched’ ketika Regular Trading Hours sahaja.

Prestasi Indeks UtamaNasdaq Composite: Naik 0.8% (+156.34 mata) kepada 19,398.96S&P 500: Naik 0.6% (+34.43 mata) kepada ...
04/06/2025

Prestasi Indeks Utama
Nasdaq Composite: Naik 0.8% (+156.34 mata) kepada 19,398.96
S&P 500: Naik 0.6% (+34.43 mata) kepada 5,970.37
Dow Jones Industrial Average: Naik 0.5% (+214.16 mata) kepada 42,519.64
🔰Faktor Pendorong Pasaran
Kenaikan pasaran dipacu oleh prestasi kukuh saham teknologi utama, terutamanya Nvidia yang melonjak 2.8% selepas disenaraikan sebagai pilihan utama oleh Jefferies. Kenaikan ini menjadikan Nvidia syarikat tersenarai terbesar di AS, mengatasi Microsoft.
🔰Saham-saham teknologi utama lain (“Magnificent Seven”) mencatatkan prestasi bercampur:
Apple: +0.8%
Tesla: +0.5%
Microsoft: +0.2%
Alphabet-A: -1.7%
Meta Platforms: -0.6%
Amazon: -0.5%
🔰Perkembangan Ekonomi & Makro
Pasaran tidak terlalu terkesan dengan ketegangan tarif antara AS, China, dan Kesatuan Eropah. Presiden Trump baru-baru ini menaikkan tarif ke atas besi dan aluminium import, menyebabkan E.U. mengancam tindakan balas dan pertikaian berterusan dengan China.
OECD menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi AS untuk 2025 kepada 1.6% (daripada 2.2%), dan China kepada 4.7% (daripada 4.8%) akibat ketegangan perdagangan.
Dari sudut positif, laporan JOLTS menunjukkan 7.4 juta jawatan kerja baru dibuka di AS pada April (melebihi jangkaan), dengan 5.57 juta pengambilan pekerja—jumlah tertinggi dalam tujuh bulan. Namun, pemberhentian kerja juga meningkat sebanyak 200,000 kepada 1.79 juta.
🔰Saham Paling Ketara
Paling Untung:
CoreWeave: +25.2% (perjanjian pusat data AI)
Summit Therapeutics: +16.3% (pemulihan selepas berita ujian ubat)
Dollar General: +15.9% (prestasi kewangan suku tahunan yang kukuh)
Saham uranium (contoh: Energy Fuels +14.6%, Uranium Energy +11.8%) melonjak selepas Meta menandatangani perjanjian tenaga nuklear selama 20 tahun dengan Constellation Energy untuk pusat data mereka.
Paling Rugi:
Pony AI: -20.7% (penurunan selepas lonjakan sebelum ini)
EchoStar: -11.3% (gagal bayar faedah, isu lesen FCC)
Walaupun terdapat ketegangan perdagangan dan unjuran pertumbuhan ekonomi yang menurun, pasaran saham AS tetap kukuh, dipacu oleh saham teknologi terutamanya Nvidia. Data pekerjaan yang positif turut membantu pasaran, manakala pergerakan harga saham banyak dipengaruhi oleh berita sektor tertentu dan perkembangan ekonomi global

[Kepentingan Trading Plan dalam Pelaburan Saham]🔸 Trading Plan merupakan antara perkara yang sangat penting dalam menent...
03/06/2025

[Kepentingan Trading Plan dalam Pelaburan Saham]
🔸 Trading Plan merupakan antara perkara yang sangat penting dalam menentukan kejayaan individu dalam pelaburan saham.
🔸 Oleh itu, setiap pelabur baru perlu tahu cara untuk membuat trading plan sebelum memasuki pasaran.
Apakah Trading Plan?
🔹 Trading Plan ialah peraturan yang dibuat oleh pelabur sebelum memasuki pasaran bagi melindungi modal pelaburan.
🔹 Ianya merangkumi matlamat kewangan, trading style, target, strategi kawalan risiko, dan strategi trading.
🔹 Antara perkara penting yang perlu dipertimbangkan dalam membuat Trading Plan ialah:
1. Nak beli saham apa dan kenapa beli?
2. Strategi dan teknik apa nak guna?
3. Di mana paras support dan resistance?
4. Harga beli
5. Risk (%) dan Reward (%).
▪ Adakah nisbah risk dan reward berbaloi dan menepati target yang dimahukan?
6. Kalau trading tidak menjadi, nak jual dekat mana?
7. Kalau trading menjadi, nak jual dekat mana?
🔹 Berikut merupakan contoh Trading Plan setelah membuat pemilihan saham dan setelah menentukan strategi dan teknik yang hendak digunakan.
i. Entry price: RM 0.63
ii. Support: RM 0.60
iii. Cut loss Price: RM 0.59 (Risk 6.8%)
iv. Target Price: RM 0.74 (Reward 17.5%)
▪ Reward yang dicadangkan ialah sekurang-kurangnya 2 kali ganda daripada risk.
▪ Cut loss price ialah harga dimana anda perlu menjual saham yang dibeli jika trading tidak menjadi.
🔸 Melabur dengan trading plan atau tidak mempunyai trading plan merupakan faktor penting yang membezakan di antara pelabur berjaya dan tidak berjaya.

Yang Di-Pertuan Agong birthday 2025! 🥳On His Majesty official birthday, 2nd June 2025, may this special day be as grand ...
02/06/2025

Yang Di-Pertuan Agong birthday 2025! 🥳
On His Majesty official birthday, 2nd June 2025, may this special day be as grand and magnificent as you are. May you continue to lead with strength and compassion, inspiring us all.

[6 KELEBIHAN MELABUR SAHAM]⚡ Berikut merupakan kelebihan-kelebihan melabur saham. Kelebihan-kelebihan ini juga merupakan...
31/05/2025

[6 KELEBIHAN MELABUR SAHAM]
⚡ Berikut merupakan kelebihan-kelebihan melabur saham. Kelebihan-kelebihan ini juga merupakan sebab kenapa anda perlu mula melabur saham dari sekarang.
1. Mengatasi inflasi.
🔸 Inflasi merujuk kepada nilai wang yang semakin berkurang dari tahun ke tahun.
🔸 Sebagai contoh, sekarang ni kalau dengan RM100 kita masih dapat beli macam-macam jenis barang makanan lagi di pasaraya, tetapi 5 tahun atau 10 tahun akan datang, kuantiti barang makanan yang kita boleh beli dengan RM100 akan semakin berkurang.
🔸 Menyimpan sahaja wang tidak dapat membantu anda mengatasi masalah inflasi. Mahu tak mahu anda perlu celik ilmu pelaburan sebagai persediaan untuk kehidupan yang lebih terjamin pada masa hadapan.
2. Mudah dicairkan.
🔸 Tiada had masa yang ditetapkan sebelum anda boleh menjual sesuatu saham. Anda boleh jual saham dan tukarkan kepada wang tunai dalam kadar segera.
3. Modal kecil.
🔸 Pelaburan saham boleh dimulakan walaupun dengan modal yang kecil. Modal yang kecil pun kalau dilabur dengan betul, akan menghasilkan p**angan yang baik.
4. Pulangan yang memuaskan.
🔸 Berbanding instrument pelaburan lain, pelaburan saham berpotensi memberikan p**angan pelaburan yang lebih tinggi.
🔸 Kalau anda konsisten dapat membuat keuntungan sebanyak 5% sebulan, setahun sudah 60%. Tidak mudah untuk cari diluar sana instrumen pelaburan yang boleh berikan anda keuntungan tahunan sebanyak 60%.
5. Urusan jual beli mudah dilakukan.
🔸 Anda hanya perlukan smartphone/laptop/PC dan talian internet sahaja untuk lakukan urusan jual beli saham.
🔸 Tidak kira walau dimana anda berada, anda boleh membuat transaksi jual beli saham dengan mudah. Walaupun anda hanya duduk di rumah, anda boleh menjana pendapatan sampingan melalui pelaburan saham.
6. Menggandakan modal pelaburan dengan lebih efektif menggunakan teknik compounding.
🔸 Jika anda melabur dengan modal RM5,000 dengan p**angan sebanyak 5% setiap bulan, selepas 12 bulan, modal pelaburan anda akan berkembang menjadi RM8979 iaitu p**angan sebanyak 79.58%.
🔸 Teknik compounding dapat membantu anda menggandakan modal pelaburan dengan lebih cepat dan efektif. Tetapi untuk mendapatkan p**angan pelaburan yang konsisten, anda wajib mempunyai ilmu pelaburan dan pengalaman dalam pasaran saham terlebih dahulu.
⚡ Kesimp**annnya, jangan bertangguh lagi. Mulakan belajar ilmu pelaburan saham bermula dari sekarang. Selepas belajar, baru anda akan nampak apa arah tuju anda dalam bidang pelaburan saham.
⚡ Jangan tunggu modal ada baru nak belajar ilmu pelaburan saham. Belajar dulu, nanti bila anda sudah nampak keutamaan anda, pasti anda akan bersungguh-sungguh kumpul modal untuk melabur.
⚡ Tak rugi belajar melabur awal. Bila dah lengkapkan diri dengan ilmu, memudahkan anda untuk terus melabur apabila sudah ada modal nanti.

TEKNIK BINTANG INI AKAN JAGA ANDA DARI LOSS.Semua kaedah atau cara untuk menjaga   dan   adalah teknik trading, termasuk...
30/05/2025

TEKNIK BINTANG INI AKAN JAGA ANDA DARI LOSS.
Semua kaedah atau cara untuk menjaga dan adalah teknik trading, termasuklah trading menggunakan chart pattern dan minggu ini adalah..
SHOOTING STAR.
Bintang ini hanya akan muncul di sahaja. Sebagaimana nama pattern, 'star' dan merupakan signal kepada reversal.
Ekor candlestick Shooting Star menunjukkan kemahuan untuk harga bergerak ke atas dan pergerakan harga ke bawah adalah kurang TETAPI body candlestick adalah kecil.
Senang cerita, asalkan candlestick bentuk ini muncul dekat puncak sudah memadai. Mengenai harga buka dan tutup boleh diabaikan.
Ini menunjukkan, momentum sudah tidak cukup kuat untuk meneruskan rally dan memberi signal kepada trader untuk 'take profit' atau untuk membuat keputusan drastik di dalam trading.
Bermanfaat? Like, follow & share.

Restoran dan Gerai Makan Dilarang Guna Silinder Gas Bersubsidi Mulai 1 MeiMulai 1 Mei 2025, semua premis makanan termasu...
29/05/2025

Restoran dan Gerai Makan Dilarang Guna Silinder Gas Bersubsidi Mulai 1 Mei
Mulai 1 Mei 2025, semua premis makanan termasuk restoran dan gerai makan di seluruh Malaysia dilarang menggunakan silinder gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi yang sebelum ini hanya dikhaskan untuk kegunaan isi rumah. Larangan ini adalah sebahagian daripada pelaksanaan Ops Gasak 2025 oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang bertujuan membanteras penyelewengan subsidi LPG serta memastikan bantuan kerajaan sampai kepada golongan sasaran.
Perbezaan Harga: Gas Bersubsidi vs Komersial
Harga silinder LPG bersubsidi 14kg: RM26.60 (untuk isi rumah sahaja).
Harga silinder LPG komersial 14kg: Sekitar RM70, hampir tiga kali ganda lebih mahal berbanding harga bersubsidi.
Premis makanan kini diwajibkan menggunakan silinder gas komersial (warna ungu) yang dijual pada harga pasaran tanpa subsidi. Peralihan ini dijangka memberi impak besar kepada kos operasi restoran dan gerai makan, sekali gus berpotensi menyebabkan kenaikan harga makanan kepada pengguna akhir.
🔰Penguatkuasaan dan Permit
Ops Gasak 2025 memberi tumpuan kepada penguatkuasaan undang-undang sedia ada di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (Pindaan) 2021. Premis perniagaan yang menggunakan lebih 42kg LPG pada satu masa diwajibkan memohon Permit Barang Kawalan Berjadual (PBKB). Tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana premis yang didapati menyeleweng atau menggunakan LPG bersubsidi tanpa kebenaran, termasuk rampasan tong gas dan denda di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
🔰Rasional Pelaksanaan
Menurut KPDN, langkah ini bukan dasar baharu, sebaliknya penguatkuasaan terhadap peraturan yang telah lama berkuat kuasa. Subsidi LPG hanya untuk rakyat biasa dan bukan untuk sektor komersial atau perniagaan berskala besar. Kerajaan menegaskan ketirisan subsidi LPG memberi kesan kewangan besar dengan kerugian mencecah lebih RM3 bilion setahun.
🔰Reaksi Industri
Langkah ini mendapat reaksi bercampur daripada pengusaha restoran, gerai makan dan sektor dobi. Persatuan Pengusaha Dobi Melayu (MULA) misalnya, menyuarakan kebimbangan bahawa kenaikan kos bahan api boleh menyebabkan banyak perniagaan kecil dan sederhana gulung tikar jika tiada pelarasan atau bantuan susulan. Pengusaha restoran p**a dijangka akan memindahkan kenaikan kos ini kepada pengguna dalam bentuk harga makanan yang lebih tinggi.
🔰Kesimp**an
Larangan penggunaan silinder gas bersubsidi oleh premis makanan adalah langkah tegas kerajaan untuk memastikan subsidi sampai kepada golongan sasar dan membendung penyelewengan. Namun, pelaksanaannya dijangka memberi impak ketara kepada kos operasi sektor makanan dan perkhidmatan, serta akhirnya membebankan pengguna dengan kenaikan harga makanan dan servis

Address

2 Jalan Yong Shook Lin Seksyen 52 Petaling Jaya
Petaling Jaya
46200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sterling Saham posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share