24/05/2024
AWAS. Jangan kalut sign up medical card!
Ya betul, Medical card sangat penting.
Tapi ada benda lain yang jauh LEBIH PENTING.
Apa benda yang lebih penting tu?
Relax. Baca dan hadam dulu ya.
Tak ada guna bayar medical card mahal2 dengan pelan cashless dan unlimited bagai tapi pampasan cash Takaful untuk cover nyawa dan sakit kritikal TAK ADA.
Bayar polisi mahal, tak semestinya perlindungan cukup.
Kenapa?
Kita kena faham, medical card tak boleh guna untuk tanggung kos sara hidup waris sekuranya kita hilang upaya kekal atau meninggal dunia.
Medical card juga tak boleh guna untuk bayar segala keperluan harian kita lepas keluar hospital.
Sebab medical card hanya boleh guna dalam private hospital sahaja!
Kalau tak ada medical card sekali pun, kita masih ada hospital government untuk dapatkan rawatan yang sama.
Berbeza dengan pelan perlindungan Takaful yang cover nyawa dan sakit kritikal, bila kita meninggal dunia, waris akan terus dapat duit pampasan CASH yang banyak untuk teruskan kehidupan mereka tanpa rasa bebanan kewangan.
Atau, bila kita sakit kritikal terus akan dapat duit pampasan CASH di tangan yang boleh bayar segala kos perubatan, keperluan harian dan komitmen bulanan.
Bak kata orang putih, CASH is KING. Boleh guna ANYTIME and ANYWHERE.
Bayar polisi murah, tak semestinya perlindungan kurang.
Biar ada pampasan cash yang banyak jika meninggal dunia atau sakit kritikal, supaya dapat bekalkan waris dengan sejumlah cash yang banyak dan juga untuk diri kita sendiri jika sakit kritikal.
Kalau kita dah ada pelan Takaful yang bayar pampasan CASH yang banyak, barulah saya cadangkan ambil medical card p**a.
Ingat. Utamakan perlindungan nyawa dan sakit kritikal dahulu.
Semoga dengan perkongsian sis ni, dapat kita review balik polisi Takaful/insurans yang kita dah sign up dulu samada cukup atau tak perlindungan yang kita ada.
Kalau ada yang nak bertanya mengenai pelan takaful keluarga yang sesuai dengan anda boleh terus pm sis ok 😉