Rancang Harta Dan Urus Harta Pusaka Secara Syariah

Rancang Harta Dan Urus Harta Pusaka Secara Syariah Hibah Harta Bercagar (Cth Rumah, Tanah, Bangunan)
Urus Harta Pusaka - PERCUMA ( Tertakluk Terma dan Syarat)
Wasiat
Hibah Amanah Takaful

Keistimewaan Hibah Di Wasiyyah Shoppe Berhad
1) Terbukti lebih 400 Kes Dapat Perintah Pengesahan Hibah
Dari Mahkamah Tinggi Syariah
2) Pakar Hibah No 1 di Malaysia
3) Format Dokumen Diluluskan Oleh Panel Syariah
4) Boleh Hibah Harta Dalam Pinjaman
5) Harta Tidak Perlu Dipindah Milik
6) Hibah Dibuat Boleh DiTarik Balik
7) Hibah Bersyarat contohnya Rumah Masih Dalam Pinjaman Bank
8) Jika Penerima Hi

bah Meninggal Dunia Dulu Harta Dikembalikan Kepada Pemberi

Membantu Menyelesaikan Masalah Waris Dalam
Perancangan Harta Dan Pengurusan Harta pusaka

22/08/2021

Ya Allah... Moga daku dan sesiapa yg melihat video ini pun dapat memberi kepada yg sepatutnya...Aaamin

Tambah ilmu
22/07/2021

Tambah ilmu

MULAI DARIPADA SEKARANG !
Pastikan anda Merancang Harta & Merancang Pengurusan Pusaka dengan baik supaya TIDAK TERBEKU !

Biar tahu jangan keliru... Jom kita didik masyarakat bahawa..Islam itu indah dan ada penyelesaiannya bila kita belajar d...
13/07/2021

Biar tahu jangan keliru... Jom kita didik masyarakat bahawa..Islam itu indah dan ada penyelesaiannya bila kita belajar dan sampaikan...

Moga Abg ni dimurahkan rezekinya...dan moga org yg membaca dan menyebarkannya juga mendapat pahala dariNya
12/07/2021

Moga Abg ni dimurahkan rezekinya...dan moga org yg membaca dan menyebarkannya juga mendapat pahala dariNya

Tadi saya pergi 7eleven Rampai Business Park bersebelahan dengan restoran Vanggey, ade satu brader ni. duduk tepi pintu 7E. saya perhati je die, setiap orang yang lalu keluar masuk 7E tu die tak tegur pun. saya pelik die mintak derma ke jual barang? nampak macam jual barang sebab ade pegang bungkusan plastik. tapi taktau die jual ape. kalau die jual barang, kenapa tak tegur setiap orang yang lalu depan die?

saya pun tegur die. rupe2nye die jual biskut Nabati satu seringgit. saya tanye die "dah makan belum?". die cakap hari ni belum makan lagi. pukul 6petang dah min, die tak makan lagi. 😢😢 sedih saya dengar. die cakap sebelum ni die keje kedai makan. tapi sebab kedai makan pun tak bukak, die tak boleh nak keje, takde duit.

saya nak derma kat die tapi die berkeras suruh amik jugak biskut die jual tu. die cakap die tak mintak derma, die meniaga. paling saya sedih, lepas saya beredar dari situ, saya tengok die terus masuk 7E beli air lepas saya bagi duit saya yang tak seberape tu. nampak sangat die dahage mase minum depan 7E tu. 😞😞

saya harap sape2 yang lalu2 situ, jomla support abang ni beli biskut die ye. Rm1 je 😊😊 harap yang bace post ni janganlah komen2 negatif2 ye. brader tu xtau pun saya buat post ni. saya ambil gambar die pun curi2 je dalam kereta. harap brader tu tak marah saya amik gambar die curi2 😅

harap admin sudi ye siarkan post ni kat page. thank u admin..semoga admin dimurahkan rezeki.

Kredit : Orang Wangsa Maju

Bertungkus lumus mencari rezeki...
11/07/2021

Bertungkus lumus mencari rezeki...

More memes, funny videos and pics on 9GAG

Boleh jer nak buat dokumen Hibah sendiri tapi...
11/07/2021

Boleh jer nak buat dokumen Hibah sendiri tapi...

BOLEHKAH SAYA BUAT DOKUMEN HIBAH SAYA SENDIRI ?

"Saya dah study sepenuhnya tentang hibah. Macam-macam seminar saya dah pergi. Saya pun dah tahu apa itu rukun dan syarat hibah. Saya dah dapat format hibah dari internet. Saya pun dah tahu apa proses perundangan yang akan berlaku selepas kematian saya untuk menurunmilik harta yang saya hibahkan itu kepada penerima hibah. Jadi saya nak buat sendiri saja dokumen itu. Boleh tak ? Saya dah rujuk kepada pakar2 dan saya diberitahu lagi murah kos dan tak perlu pun saya guna perkhidmatan syarikat amanah seperti Wasiyyah Shoppe Berhad!"

Jawapan saya kepada pertanyaan ini ialah "BOLEH" tapi anda kena pastikan 4 syarat di bawah dipenuhi :

1. Pastikan anda dan penerima hibah tahu perubahan undang-undang yang sedang dan telah berlaku di dalam urusan hibah di Malaysia.

Undang-undang berkaitan hibah sedang berubah dengan pantas semenjak 10 tahun kebelakangan ini. Sebagai orang tua dalam industri saya menyaksikan dengan mata kepala sendiri perubahan ini berlaku. Ini kerana terdapat fatwa baru yang diwartakan, usaha berterusan untuk memperkenalkan enakmen hibah dan perubahan pandangan Yang Arif hakim yang bijaksana dalam memutuskan keabsahan hibah. Perubahan ini memberi kesan kepada dokumen hibah yang dibuat sebelum perubahan itu berlaku.

Anda boleh sahaja buat dokumen hibah sendiri tapi bagi memastikan dokumen yang anda buat itu sentiasa sah dan boleh berkuatkuasa, pastikan anda dan penerima hibah mengikuti rapat perkembangan undang-undang ini. Selalu baca jurnal hukum supaya faham alasan-alasan penghakiman kes2 yang diputuskan dan selalu juga membaca penulisan ilmiah dari pakar2 berkaitan hibah. Jika anda dapati ada perubahan undang-undang maka segeralah semak dokumen hibah yang anda dah buat itu.

2. Pastikan dokumen yang dah dibuat itu disimpan dengan selamat.

Pastikan juga dokumen hibah yang anda buat itu disimpan dengan selamat di rumah. Pastikan ia tidak hilang, tidak dimakan lipas atau tikus, tidak rosak akibat banjir atau kebakaran. Kalau dokumen itu hilang atau rosak maka tak gunalah anda bersusah-payah buat dokumen hibah itu.

3. Pastikan penerima hibah tahu proses perundangan lengkap apa supaya harta hibah boleh diturunmiik kepada mereka mengikut proses undang-undang.

Untuk menurunmilik harta yang telah dihibah terutamanya bagi harta yang masih dalam cagaran pembiaya ( ada pinjaman lagi), pastikan penerima hibah faham sepenuhnya peruntukan undang-undang yang mengikat harta itu dan proses yang perlu dilaluinya.

Penyelarasan di antara proses pengesahan hibah di Mahkamah Syariah dan proses tuntutan harta pusaka di Pejabat Pusaka Kecil atau Mahkamah Tinggi Sivil perlu difahami dengan baik. Jika ini gagal difahami dan dilaksanakan , ada kemungkinan besar proses turunmilik harta yang dihibah kepada penerima hibah akan lambat, tergendala atau mungkin juga gagal dilaksanakan walaupun anda sudah buat dokumen hibah !

4. Pastikan penerima hibah mempunyai modal yang mencukupi.

Anda telah sediakan dokumen hibah sendiri dan kosnya sangat kecil kerana hanya melibatkan kos kertas dan cetakan sahaja. Tak sampai pun RM 10 kosnya. Sangat menjimatkan untuk anda.

Tetapi anda kena ingat penerima hibah anda perlu berbelanja besar kerana mereka perlu mengupah peguam dan membayar segala kos berkaitan yang berlaku di Mahkamah Syariah dan Pejabat Pusaka Kecil / Mahkamah Tinggi Sivil. Kalau proses perundangan ini tidak dilalui, harta hibah gagal diturunmilik kepada penerima hibah. Kalau penerima hibah anda terdiri dari anak bawah umur atau surirumah tangga sepenuh masa, adakah mereka ada modal itu ?

WASIYYAH SHOPPE BERHAD MENGATASI SEMUA MASALAH DI ATAS.

Melalui Panel Syariah yang berkepakaran tinggi dan berpengalaman luas dalam urusan hibah dan harta pusaka, kami tahu sepenuhnya apa perkembangan undang2 semasa dan kontemporari yang terkait hibah. Jika ada keperluan, pelanggan akan dimaklumkan dan dibantu untuk dibuat dokumen yang baru.

Dokumen akan disimpan selamat oleh Wasiyyah Shoppe Berhad bagi menjamin kewujudannya untuk dilaksanakan ketika diperlukan. Proses digilitasi dokumen juga sedang berjalan.

Semua proses perundangan berkaitan hibah dan turunmilik harta hibah juga diuruskan sepenuhnya oleh Wasiyyah Shoppe Berhad yang sudah berpengalaman 17 tahun di dalam bidang ini. Penerima hibah tidak perlu rasa stres dan pening bagaimana nak melalui semua proses ini kerana ia diuruskan sepenuhnya oleh Wasiyyah Shoppe Berhad.

Mengikut pilihan pelanggan, proses ini juga kami boleh lakukan secara PERCUMA untuk penerima hibah. Penerima hibah tidak perlu bayar apa2 kepada kami. Bukankah lebih memudahkan terutamanya jika penerima hibah anda ialah anak bawah umur atau pasangan suri rumahtangga sepenuh masa.

Anda buat hibah kerana nak memudahkan penerima hibah atau nak meninggalkan mereka dengan beban yang lebih berat dalam
menguruskan proses hibah selepas kematian anda nanti ?

PERINGATAN SAYA BUAT MASYARAKAT : Buat dokumen semata-mata tidak akan menyelesaikan semua urusan hibah. Proses yang terpaksa dilalui penerima hibah adalah jauh lebih susah dan mahal berbanding proses dan kos yang anda keluarkan untuk buat dokumen hibah sendiri. Renungkan.

ABS
Daie Mawarith Sepanjang Hayat ( DMSH ).

Address

Petaling Jaya
47810

Telephone

+601118593859

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rancang Harta Dan Urus Harta Pusaka Secara Syariah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Rancang Harta Dan Urus Harta Pusaka Secara Syariah:

Share