15/05/2024
Negara menua
Malaysia sekarang diiktiraf sebagai antara negara yg menua, yg membawa maksud jurang tua dari yg muda besar, dan muda mudi tak seramai dari ideal.
Ini disebabkan oleh masyarakat tua kita yg panjang umur, dan juga tidak cukup kelahiran bayi untuk menampung pop**asi muda. Dianggarkan pada masa terdekat, peratusan jumlah tua (yg berusia atas dari umur 65) akan sama banyak dgn yg muda. Bagaimanakah negara boleh bergerak maju jika yg berusia tidak boleh bersara akibat dari kekurangan supply tenaga kerja dari golongan muda? Belum cerita kualiti tenaga kerja muda mudi lagi, belum cerita minat mereka untuk bekerja supaya kekosongan dari persaraan warga tua lagi.
Oleh itu, warga tua sering kali diminta untuk terus bekerja, ada yg dilanjutkan perkhidmatan, ada yg ditambah kontrak. Tak lama lagi, usia persaraan boleh jadi naik ke umur 70 tahun. Larat kah? Kesihatan membenarkan kah?
Jadi adalah wajar kalau diusia yg muda ni, kita pertimbangkan mengambil pelan takaful, supaya bila dah tua, kalau kene bekerja pun takpa, medical dah secured dari peringkat awal. Badan kita nampak gayanya nak pakai lama ni, bahaya kalau tunggu tua nanti baru nak pasang takaful, sebab risiko kesihatan lebih tinggi pada usia yg lanjut, policy pon akan lebih mahal nanti.kalau nak tinggu tua baru nak pasang, takut dah jatuh sakit, pelanx2 medikal pon boleh ditolak disebabkan itu. Tghx2 muda ni, ambil lah plan takaful ya.
sebagai renungan.