Hong Leong MSIG Takaful Berhad

Hong Leong MSIG Takaful Berhad Welcome to the official page for Hong Leong MSIG Berhad. (A PIDM Member)

Hong Leong MSIG Takaful Berhad (HLMT), formerly known as Hong Leong Tokio Marine Takaful Berhad is a joint-venture of Hong Leong Financial Group Malaysia, a reputable integrated financial services group and Mitsui Sumitomo Insurance Co Ltd, a member of MS & AD Insurance Group, one of the world's largest insurance company in offering innovative and competitive Shariah-compliant financial solutions

of the Takaful industry. The strategic partnership implicates Hong Leong Assurance Berhad, a member of Hong Leong Group in conventional insurance and Mitsui Sumitomo Insurance Co Ltd an equity participation of 65% and 35% respectively. This new joint venture was incorporated on 1st April 2011 with a paid up capital of RM100 million. The strong branding and identity of the two companies, offers Hong Leong MSIG Takaful an opportunity to leverage on the insurance expertise, scale, customer base, distribution channels and branch network of the Hong Leong Group, while tapping into Mitsui Sumitomo Insurance Co Ltd vast and global technical and product development expertise for the creation of innovative and comprehensive range of general and family takaful solutions to individual, families and companies. Hong Leong MSIG Takaful is a key component of Hong Leong Islamic Financial Services Group, an integrated platform offering Islamic banking, Islamic Investment Banking and Islamic Wealth Management and Takaful. With strong Shariah compliance and operating processes as our core tenets, Hong Leong MSIG Takaful aims to endeavor in achieving the high standards and expectations set by its stakeholders and contribute towards the development of Malaysia as a global takaful center.

Salam Maulidur Rasul ﷺSemoga dengan memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ , kita akan terus mencontohi ...
24/08/2026

Salam Maulidur Rasul ﷺ

Semoga dengan memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ , kita akan terus mencontohi akhlak, kasih sayang dan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian🤍

Hong Leong MSIG Takaful (HLMT) telah berjaya menganjurkan Shariah Roundtable Discussion (RTD) 2026 pada 12 Ogos 2026, ya...
19/08/2026

Hong Leong MSIG Takaful (HLMT) telah berjaya menganjurkan Shariah Roundtable Discussion (RTD) 2026 pada 12 Ogos 2026, yang menghimpunkan pakar-pakar dalam industri kewangan Islam dan takaful, wakil Jabatan M***i Negeri Pulau Pinang, Ahli Jawatankuasa Syariah HLMT serta barisan pengurusan kanan HLMT.

Sesi ini membincangkan hala tuju masa depan industri takaful, pengukuhan elemen perlindungan sosial serta penerapan prinsip-prinsip Maqasid Syariah. Inisiatif ini, mencerminkan komitmen HLMT dalam memperkasa peranan takaful sebagai instrumen yang bukan sahaja menyediakan perlindungan kewangan, malah turut menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat, meningkatkan daya tahan kewangan dan mewujudkan impak sosial yang mampan.

🏅 An Award Chosen by Parents, For ParentsTakaful First Horizons, underwritten by Hong Leong MSIG Takaful Berhad and dist...
18/08/2026

🏅 An Award Chosen by Parents, For Parents

Takaful First Horizons, underwritten by Hong Leong MSIG Takaful Berhad and distributed through its Bancatakaful partners, Hong Leong Bank and Hong Leong Islamic Bank, is proud to be recognised at the Parents' Choice Awards.

This honour reflects our dedication to helping families achieve their children's future goals. Through features like our Education Excellence Reward Benefit (EduReward), the plan is designed to champion your children's educational aspirations, offering robust financial support as they reach every important milestone along their academic journey.

Thank you for your trust and support. We remain committed to helping parents secure brighter horizons for their children.

Pada 25 Julai 2026 di Wisma PERMIM, Kuala Lumpur, Hong Leong MSIG Takaful Berhad bersama Persekutuan Pertubuhan India Mu...
03/08/2026

Pada 25 Julai 2026 di Wisma PERMIM, Kuala Lumpur, Hong Leong MSIG Takaful Berhad bersama Persekutuan Pertubuhan India Muslim Malaysia (PERMIM) telah melaksanakan Program Bantuan Pendidikan Tahun 2026 untuk memperkasa program pendidikan bagi komuniti India Muslim, khususnya daripada golongan keluarga B40. Inisiatif ini selaras dengan komitmen Pengantaraan Berasaskan Nilai untuk Takaful (VBIT) dan kerangka Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) yang menekankan penciptaan impak sosial positif serta pembangunan komuniti yang mampan.

Seramai 22 pelajar telah menerima bantuan pendidikan untuk menyokong usaha mereka melanjutkan pelajaran, hasil kerjasama dan sumbangan daripada Hong Leong MSIG Takaful Berhad.

Kad perubatan tetap menjadi penyelamat kewangan kita, cuma lagi bagus kalau kita faham cara guna sepenuhnya!Bila kita se...
31/07/2026

Kad perubatan tetap menjadi penyelamat kewangan kita, cuma lagi bagus kalau kita faham cara guna sepenuhnya!

Bila kita semua cakna tentang tempoh menunggu, had bilik dan terma sijil Takaful dari awal, barulah urusan di hospital nanti lancar tanpa kejutan. Perlindungan terbaik adalah perlindungan yang kita faham! 🌟

Jom semak terma dalam sijil Takaful hari ini supaya kita lebih yakin dan bersedia untuk apa jua situasi! 💪✨

Pengorbananmu nadi kedaulatan negara. Terima kasih, wira negara! Selamat Hari Pahlawan 2026 🫡
31/07/2026

Pengorbananmu nadi kedaulatan negara. Terima kasih, wira negara!
Selamat Hari Pahlawan 2026 🫡

🛑 Hentikan Hepatitis, Bertindak Sekarang!Sempena Hari Hepatitis Sedunia, HLMT prihatin dalam mengingatkan anda supaya me...
28/07/2026

🛑 Hentikan Hepatitis, Bertindak Sekarang!

Sempena Hari Hepatitis Sedunia, HLMT prihatin dalam mengingatkan anda supaya mengambil langkah pencegahan awal. Hati yang sihat adalah kunci kepada kehidupan yang lebih baik.

💉 Dapatkan vaksin
🔍 Lakukan saringan
💊 Mulakan rawatan

Jaga kesihatan hati anda hari ini! 💙

Anda rasa kurang sihat? Sila rujuk doktor bertauliah di klinik berdaftar berhampiran dahulu! 🚨Bukan semua gejala am sepe...
20/07/2026

Anda rasa kurang sihat? Sila rujuk doktor bertauliah di klinik berdaftar berhampiran dahulu! 🚨

Bukan semua gejala am seperti batuk, demam atau sakit perut memerlukan pemeriksaan segera di hospital. Sebenarnya, doktor-doktor bertauliah di klinik berdaftar juga sentiasa bersedia dengan kelengkapan yang cukup bagi merawat kebanyakan masalah kesihatan harian.

Langkah pertama ke arah kesihatan yang lebih baik bermula dengan pemeriksaan di klinik berdaftar dan berdekatan rumah anda. 🩺💡

Penafian: Maklumat ini adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. Sila dapatkan nasihat dan rawatan lanjut daripada doktor bertauliah di klinik atau hospital berdaftar.

Pada 12 Julai yang lalu, Program Ziarah Kasih & Kenduri Rakyat telah berlangsung dengan jayanya di Balai Raya JPKK RTB B...
15/07/2026

Pada 12 Julai yang lalu, Program Ziarah Kasih & Kenduri Rakyat telah berlangsung dengan jayanya di Balai Raya JPKK RTB Bukit Changgang, Banting.

Majlis ini telah dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Hong Leong MSIG Takaful (HLMT), Encik Borhanudin Samsudin dan telah dirasmikan oleh YB Datuk Hajah Aiman Athirah Binti Sabu, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Majlis ini turut dimeriahkan dengan kehadiran warga HLMT, wakil Yayasan EZ Prihatin, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) serta penduduk RTB Bukit Changgang.

Melalui program ini, HLMT telah menyumbangkan sebanyak 50 pek Prihatin berupa makanan asas seperti beras, minyak masak dan gula, serta sumbangan dana bagi mengadakan jamuan rakyat untuk penduduk kampung yang terkesan akibat banjir yang melanda baru-baru ini. Program ini turut diisi dengan Sesi Celik Kewangan bertajuk “Kepentingan Takaful” yang telah disampaikan oleh Encik Nazmi Ashraf, Penolong Pengurus Jabatan Shariah, serta sesi penerangan “Produk Simpan SSPN Plus” oleh Encik Adika Yusuf, Penolong Pengurus, Jabatan Affinity HLMT. Pelbagai aktiviti bermanfaat turut diadakan untuk masyarakat setempat seperti saringan kesihatan, ceramah gaya hidup sihat, cabutan bertuah serta kenduri rakyat untuk mengeratkan silaturahim bersama penduduk.

Semoga usaha ini terus memberi manfaat kepada masyarakat, memperkukuh semangat kebersamaan serta menjadi sebahagian daripada usaha berterusan dalam merealisasikan aspirasi prinsip Pengantaraan Berasaskan Nilai untuk Takaful (VBIT) dan kerangka Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) ke arah pembangunan komuniti yang lebih sejahtera, berdaya tahan dan mampan.

New Year Kick Start FY26/27 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Setia City Convention Centre (SCCC), Setia Ala...
13/07/2026

New Year Kick Start FY26/27 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Setia City Convention Centre (SCCC), Setia Alam.

Membawa tema "Built Strong, Growing Stronger", majlis penuh gemilang ini telah dirasmikan bersama oleh En. Borhanudin Samsudin, Ketua Pegawai Eksekutif Hong Leong MSIG Takaful Berhad (HLMT) dan Ms. Loh Guat Lan, Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif Hong Leong Assurance Berhad (HLA) & Ahli Lembaga Pengarah HLMT.

Dihadiri seramai 400 ejen HLMT, acara ini turut menampilkan slot inspirasi eksklusif daripada dua penceramah jemputan hebat; bekas penyerang skuad kebangsaan, En. Mohamad Zaquan Adha Abd. Radzak dan Ketua Pengarah Operasi Kumpulan Farm Fresh, En. Azmi Zainal atau lebih dikenali sebagai Boss Susu.

Syabas diucapkan kepada semua ejen yang hadir! Bersama kita melonjakkan kecemerlangan dan memacu kejayaan sepanjang tahun kewangan baharu ini. 🚀💼

Address

Petaling Jaya

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00

Telephone

+60376501800

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hong Leong MSIG Takaful Berhad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Hong Leong MSIG Takaful Berhad:

Shortcuts

Share