Public Gold Dealer

Public Gold  Dealer Menyediakan info-info terbaru berkenaan simpanan EMAS/PERAK dan syarikat Public Gold. Follow,like dan pm untuk dapatkan info yang terkini. Moga bermanfaat.

30/08/2024

Baru-baru ini saya berkongsi grafik pulangan beberapa jenis pelaburan untuk tahun 2023. Seperti yang anda boleh lihat, BTC telah memberikan pulangan insane 154% pada tahun 2023. Saya juga berkata yang BTC akan memberikan pulangan yang sama hebat pada tahun 2024 ini.

Jadi ada orang bertanya, oleh kerana ini situasinya, mengapa tidak melaburkan semua wang – malah pinjam duit lagi – untuk melabur dalam Bitcoin sahaja. Lupakan semua pelaburan lain, dan fokus dalam Bitcoin.

Tuan puan, adik-adik semua. Jangan buat begini. Kenapa tidak?

Salah satu sebab utamanya ialah kita perlu diversify pelaburan kita. Dalam kata lain, kita perlu agihkan wang kita ke dalam beberapa aset yang berbeza. Sebagai contoh, kita melabur dalam Bitcoin. Tetapi kita melabur juga dalam hartanah dan emas fizikal.

Mengapa tidak fokus kepada satu pelaburan sahaja, sebagai contoh Bitcoin, memandang prospek untuk Bitcoin amat cerah?

Jawapannya ialah kerana tidak ada kepastian dalam dunia pelaburan. Walaupun betul ramai pakar termasuk saya sendiri bersetuju yang prospek untuk Bitcoin amat cerah, something might happen, kecelakaan mungkin berlaku, yang membuatkan pelaburan tersebut jatuh menjunam. Dan jika anda melaburkan semua wang anda ke dalam pelaburan tersebut, anda bukan sahaja akan menanggung kerugian – anda boleh jatuh miskin.

Jadi melabur – yes.

Tetapi sentiasa praktis diversification.

Saya bukan pandai bersyarah dan menulis sahaja – saya buat apa yang saya syorkan ini. Jadi walaupun saya percaya yang prospek untuk Bitcoin amat cerah, saya tetap melabur dalam emas fizikal juga.

Nak tahu lebih lanjut? Follow saya rapat-rapat!

Tahniah Kepada Semua Pemenang!
30/08/2024

Tahniah Kepada Semua Pemenang!

“Paksa Diri Tambah Simpanan”Ramai orang nak ada simpanan yang banyak.Tapi tak ramai yang boleh paksa diri untuk konsiste...
28/08/2024

“Paksa Diri Tambah Simpanan”

Ramai orang nak ada simpanan yang banyak.
Tapi tak ramai yang boleh paksa diri untuk konsisten menabung setiap bulan.

Nak ada simpanan yang banyak, kena paksa diri untuk buat simpanan setiap bulan.

Whatever good reason, kalau kita tak tambah simpanan kita, simpanan kita tak akan bertambah.

Jadi, soal menabung/menyimpan ni tak ada “ajaib”. Kena buat baru akan dapat.

Jadikan ini pengajaran untuk kita semua. Jom paksa diri untuk tambah simpanan kita setiap bulan.

http://www.wasap.my/60199435671/SayaNakMenabungEmasPG

“Saya minat duit sahaja, emas tak minat”Saya faham.Saya pun sama juga, dulu.Sebenarnya bukan tak minat.Cuma belum faham ...
28/08/2024

“Saya minat duit sahaja, emas tak minat”

Saya faham.
Saya pun sama juga, dulu.

Sebenarnya bukan tak minat.
Cuma belum faham kenapa kita kena ada emas sebagai simpanan untuk jangka masa panjang.

Salah satu sebabnya, emas ni tak nampak “nombor”. Sedangkan bagi yang faham, emas ni pun DUIT.

http://www.wasap.my/60199435671/SayaNakBeliEmas

"Naik Banyak?"Semasa bermula simpan emas tahun 2015, 10 Dinar(42.5gram) ni hanya R M 6,200.Hari ni sudah cecah R M 16, 5...
28/08/2024

"Naik Banyak?"

Semasa bermula simpan emas tahun 2015, 10 Dinar(42.5gram) ni hanya R M 6,200.

Hari ni sudah cecah R M 16, 500.

Hanya simpan sahaja.
Tak perlu buat apa-apa maintenance.
Lagi lama, lagi meningkat nilainya.

Kenapa? Ini kerana kuasa beli duit kita semakin kecil nilainya.

Tahun demi tahun.
Kita dah tak dapat barangan atau service yang sama dengan nilai duit yang sama.

Terpaksa top up lagi duit untuk dapatkan barangan tersebut!

Sebab tu duit bukan penyimpan nilai yang baik, agak rugi jika kita simpan untuk jangka waktu yang panjang. Alihkan simpanan kita kepada aset!

Mana yang berbaloi untuk simpananan jangka panjang?

Emas✅
Duit ❌

Mulakan menabung emas dari sekarang, hanya simpan sahaja dah kita untung!

Kredit : Steven Blanda

http://www.wasap.my/60199435671/SayaNakBeliEmas

Sudahkah Anda Menabung Bulan Ini
23/08/2024

Sudahkah Anda Menabung Bulan Ini

23/08/2024

1. Biar saya berterus terang di sini: besar kemungkinan yang anda tidak mempunyai wang yang cukup untuk menyara kehidupan selepas anda bersara nanti. Ya, wang yang anda simpan (termasuk wang KWSP dan/atau pencen) itu tidak cukup untuk menyara kehidupan anda selepas bersara nanti.

2. Berita yang lebih tragiknya ialah wang itu bukan tidak cukup dengan sikit; ia tidak cukup dengan banyak!

3. Mengapa saya berkata demikian? Senang saja: apabila anda bersara, anda sudah tidak mempunyai pendapatan tetap. Tetapi anda masih membelanjakan wang setiap hari. Walaupun ada kos yang turun selepas bersara e.g. kos perjalanan dan pakaian, anda masih juga akan berbelanja. Malah ada kos e.g. kos perubatan yang akan naik selepas bersara.

4. Kemudiannya, dana itu perlu bertahan sekurang-kurangnya 20 tahun (bersara umur 60 tahun + 20 tahun.) Dan itu adalah satu jangka masa yang lama untuk hidup tanpa pendapatan tetapi asyik berbelanja!

5. Jadi semua ini bermakna anda memerlukan wang yang banyak untuk menampung hidup selepas bersara. Dan jika anda mahu hidup yang senang dan selesa (and who doesn’t?) selama 20 tahun itu, jumlah wang itu akan berganda. Dan angka yang saya maksudkan disini ialah sekurang2nya RM100,000 untuk kebanyakan orang. Angka ini juga adalah on the lower end of the spectrum, yang bermakna besar kemungkinannya anda memerlukan dana yang lebih besar, mungkin RM300,000 atau RM500,000! Malah, seorang klien saya memerlukan dana berjumlah RM5 juta untuk maintain kehidupannnya dan isteri selepas dia bersara.

6. Oleh kerana jumlahnya yang besar, anda tak boleh menunggu setahun atau dua tahun sebelum bersara untuk membuat simpanan tersebut.

7. Jadi jawapannya ialah anda perlu membuat simpanan untuk persaraan anda seawal mungkin. Malah, lebih awal dan lebih cepat, lebih bagus kerana anda boleh menyimpan jumlah wang yang sederhana umpamanya RM500 sebulan, dan bukan RM1,000 atau RM3,000 sebulan, yang secara realistiknya tak boleh dibuat oleh kebanyakan kita.

8. Satu cara yang simple tetapi efektif untuk membuat simpanan in adalah dengan membuat pelaburan emas fizikal di Public Gold. Buka akaun dan kemudian transfer wang ke dalam akaun tersebut setiap bulan.

9. Insya Allah, wang simpanan ini akan cukup untuk membiayai persaraan anda.

Jangan Lupa Bila Dapat Gaji
23/08/2024

Jangan Lupa Bila Dapat Gaji

Address

Petaling Jaya
Petaling Jaya

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Public Gold Dealer posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share