14/09/2021
Setiap orang ada pelbagai cara untuk mengurus dan merancang kewangan mengikut bajet dan pendapatan masing2. Cuma jangan sebab nak ikut trend, kita ikut tanpa tahu apa yang kita nak buat sebenarnya.
Rancang dan plihlah plan yang tepat dan sesuai unuk bajet anda. Jujur dengan ejen takaful anda dengan sejarah kesihatan anda. Jangan sebab nak ambil yang murah tapi anda sanggup menipu tentang sejarah kesihatan anda sebelum ini. Ingat, nanti anda juga yang rugi jika pihak pengendali Takaful berjaya dapatkan bukti-bukti tersebut.
Dengan asbab kita membantu orang lain, InsyaAllah rezeki kita akan semakin bertambah. Kita mudahkan urusan orang lain, InsyaAllah Allah mudahkan urusan kita kelak.