AIA Elite Takaful Advisor - Adib Nasir

AIA Elite Takaful Advisor - Adib Nasir Plan-Plan Kad Perubatan serendah RM70/sebulan :

1. Individu
2. Pasangan (Suami + isteri)
3. Keluarg

Salam Nuzul Quran kepada semua Muslimin & Muslimah.Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sebagai pandua...
19/04/2022

Salam Nuzul Quran kepada semua Muslimin & Muslimah.

Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sebagai panduan kepada umat Islam.

Dengan menjiwai dan menghayati Al-Quran, insyallah kita dapat mendekatkan lagi diri kita dengan Allah SWT.
Amin Ya Rabbal Alamin.

Adib Nasir
+6019-2374879
Premier Takaful Life Planner
AIA Public Takaful

SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJANCuba bayangkan bawak motor tanpa helmet?Cuba bayangkan bawak kereta tak pakai 'seat belt'?C...
16/04/2022

SEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN

Cuba bayangkan bawak motor tanpa helmet?

Cuba bayangkan bawak kereta tak pakai 'seat belt'?

Cuba bayangkan keluar rumah tak kunci pintu?

Mesti tak boleh nak bayangkan sebab kita tau semua tu ada risiko kalau kita tinggalkan!

Janganlah jadi seperti Encik Amad di bawah ni, terjun tanpa 'parachute'

Sediakanlah payung sebelum hujan dengan merancang perlindungan untuk masa hadapan.

Adib Nasir
+6019-2374879
Elite Takaful Life Planner
AIA Public

Perlu Ke Perlindungan Takaful?Orang kata, lebih baik beringat sebelum kena, sebab dalam hidup ini macam-macam perkara bo...
12/04/2022

Perlu Ke Perlindungan Takaful?
Orang kata, lebih baik beringat sebelum kena, sebab dalam hidup ini macam-macam perkara boleh berlaku. Seperti mana yang selalunya terpampang di papan iklan yang besar gedabak di sekitar lebuh raya, “Malang Tidak Berbau, Ingatlah Orang Yang Tersayang”.
Semua ini adalah untuk memberi peringatan kepada semua orang supaya lebih berhati-hati dan sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang akan datang.
Kalau kita lihat di kaca televisyen dan di dada akhbar, boleh dikatakan hampir separuh daripada berita yang ada adalah mengenai kemalangan, sama ada kemalangan jalan raya, kemalangan di tempat kerja, kemalangan dalam pusat beli belah dan sebagainya.
Kos rawatan untuk kemalangan ini bukanlah sedikit. Oleh kerana itu, adalah lebih baik untuk semua orang untuk memiliki sekurang-kurangnya satu polisi takaful untuk melindungi diri.
Berikut adalah 3 sebab penting kenapa perlunya takaful dalam kehidupan:
1. Persediaan Untuk Menghadapi Musibah
Masing-masing tidak meminta untuk menghadapi masalah atau apa-apa musibah sekalipun, tetapi bukankah lebih baik jika kita ada persediaan untuk itu?
Sepeti yang telah dikatakan, dalam hidup ini, macam-macam boleh berlaku. Jadi adalah penting untuk setiap orang untuk sentiasa beringat dan bersedia dengan apa cara sekalipun supaya tidak menyusahkan diri di masa hadapan.
Dengan adanya takaful, sekurang-kurangnya apabila musibah menimpa, kita tidaklah terlalu terbeban dengan kos-kos yang tinggi.
2. Malang Tidak Berbau
Malang tidak berbau, jadi penting mendapatkan takaful untuk perlindungan diri. Sebagai contoh, apabila seorang pencarum takaful mengalami kemalangan, ianya dapat membantu dalam perkara yang berkaitan dengan kos rawatan, dan bil-bil tertentu.
Selain itu, pencarum juga akan mendapat sejumlah pampasan yang boleh digunakan untuk menampung kehidupan seharian setelah musibah melanda. Kemudiannya, apabila ditakdirkan pencarum meninggal dunia akibat daripada kemalangan, sekurang-kurangnya wang pampasan tersebut dapat membantu ahli keluarga yang tinggal untuk meneruskan hidup mereka.
3. Perlindungan Harta Dan Aset
Melalui caruman takaful, harta atau aset pencarum akan dilindungi. Sebagai contoh, apabila seseorang itu ingin membeli rumah atau pun kenderaan, adalah penting untuk mengambil perlindungan takaful ke atas aset-aset tersebut.
Dengan adanya takaful, ia dapat melindungi aset-aset tersebut jika berlaku sesuatu yang tidak diingini, misalnya kecurian, kebakaran, kemalangan dan sebagainya. Selain daripada harta atau kenderaan, perniagaan juga boleh dilindungi.
Jadi, terpulang kepada kita sama ada hendak mengambil takaful atau tidak. Hanya kita sahaja yang boleh membuat pilihan sewajarnya.
Sumber :
https://www.majalahlabur.com/.../perlu-ke-perlindungan.../

Address

AIA Vastsella, Level 23-05, Tower A, Plaza 33, Jalan Kemajuan, Seksyen 13
Petaling Jaya
46200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AIA Elite Takaful Advisor - Adib Nasir posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share