Saham Mantap

Saham Mantap Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Saham Mantap, Financial service, 6 Jalan Tpj 9 Taman Perindustrian Jaya Subang Petaling Jaya, Petaling Jaya.

4 Saham ACE Market Dengan Market Cap Atas RM1 BilionTahukah anda setakat ini hanya ada 4 saham yang didagangkan di Pasar...
11/06/2025

4 Saham ACE Market Dengan Market Cap Atas RM1 Bilion

Tahukah anda setakat ini hanya ada 4 saham yang didagangkan di Pasaran Ace yang memiliki market cap melebihi RM1 bilion?

Market capitalisation (market cap) atau juga dikenali sebagai modal pasaran merupakan kayu pengukur untuk mengukur saiz sesebuah saham di pasaran saham.

Semakin besar modal pasaran maka semakin besarlah saiz syarikat tersebut.

Saham di Bursa Malaysia didagangkan di tiga jenis pasaran iaitu Pasaran Utama (Main Market), Pasaran Ace (Ace Market) dan Pasaran Leap (Leap Market). Jika di Papan Utama, saiz syarikat di atas RM1 bilion agak mudah dijumpai. Namun untuk pengetahuan anda, setakat ini hanya ada empat syarikat di Pasaran Ace yang mempunyai modal pasaran lebih dari RM 1 bilion.

Dalam artikel kali ini, kami ingin kongsikan kepada anda empat saham di Pasaran Ace yang mempunyai modal pasaran atas RM1 bilion.

1. SFP TECH HOLDING (SFPTECH)

Sumber: Bursa MarketPlace

SFP Tech Holdings Bhd merupakan penyedia penyelesaian kejuruteraan dan automasi bersepadu sehenti. Jumlah saham SFPTECH adalah sebanyak 2.4 bilion dan setakat 31 Mei 2024, modal pasaran SFPTECH adalah RM1.99 bilion.

SFPTECH diletakkan di bawah sektor teknologi dan sub-sektor semikonduktor.

2. NATIONGATE HOLDING (NATGATE)

Sumber: Bursa MarketPlace

NationGate Holdings Berhad merupakan pembekal perkhidmatan pembuatan elektronik sehenti (EMS).

Jumlah saham NATGATE adalah sebanyak 2.074 bilion dan setakat 31 Mei 2024, modal pasaran NATGATE adalah RM3.84 bilion.

NATGATE diletakkan di bawah sektor perkhidmatan & produk industri.

3. GENETEC TECHNOLOGY BERHAD (GENETEC)

Sumber: Bursa MarketPlace

Genetec Technology Berhad terlibat secara khusus dalam pembangunan sistem automasi. Produk dan perkhidmatan daripada Genetec termasuk peralatan seperti hard disk dan juga peralatan rumah.

Syarikat ini mempunyai kepakaran dalam sektor automotif dan mempunyai pengalaman dalam industri ini lebih daripada 15 tahun dalam industri tersebut.

Jumlah saham GENETEC adalah sebanyak 776.65 juta dan setakat 31 Mei 2024, modal pasaran GENETEC adalah RM1.69 bilion.

GENETEC diletakkan di bawah sektor teknologi dan sub-sektor peralatan teknologi.

4. SOUTHERN SCORE BUILDERS BERHAD (SSB8)

Sumber: Bursa MarketPlace

Southern Score Builders Berhad terlibat secara khusus dalam penyediaan perkhidmatan berkaitan pembinaan.

Jumlah saham SSB8 adalah sebanyak 2.27 bilion dan setakat 31 Mei 2024, modal pasaran SSB8 adalah RM1.51 bilion.

SSB8 diletakkan di bawah sektor pembinaan.

Cara Saring Saham Mengikut Modal Pasaran
Nak tahu macam mana caranya untuk saring saham mengikut modal pasaran? Begini caranya:

Pergi ke KLSE Screener

Klik Screener. Kemudian, pilih Stock Screener

Pada bahagian ‘Board’, pilih ‘Ace Market’.

Masukkan nilai 1000 dalam Market Cap (M). Nilai 1000 dimasukkan kerana 1000 juta bersamaan dengan 1 bilion. Anda juga boleh tandakan kotak ‘Shariah Compliant’ sekiranya ingin menyaring saham patuh syariah sahaja.

Klik Screen. Kemudian senarai saham dengan modal pasaran melebihi RM1 bilion akan terpapar.

Kesimp**an

Lepas ini kalau anda nak cari saham dengan modal pasaran lebih RM1 bilion yang didagangkan di Papan Ace, mesti dah tahu mana nak cari. Modal pasaran boleh berubah-ubah berdasarkan harga saham ya. Jadi senarai saham di atas mungkin bertukar dari semasa ke semasa.

Berkaitan Quarter Report: AMD – Keuntungan Melonjak, Pendapatan Konsisten Kukuh Saham Kajian Hari Ini: Econpile Holdings – Penampilan Sulung Untuk LRT Pulau Pinang Ulasan Keputusan: SKP Resources [$SKPRES] 3 Jun 2025 Tahukah anda setakat ini hanya ada 4 saham yang didagangkan di Pasaran Ace yang...

Saham GHL Systems Akan Digantung Pada 31 JulaiKUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) — Saham GHL Systems Bhd akan digantung mu...
10/06/2025

Saham GHL Systems Akan Digantung Pada 31 Julai

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) — Saham GHL Systems Bhd akan digantung mulai 9 pagi pada Rabu (31 Julai 2024).

“Permintaan untuk penggantungan saham berkenaan dibuat menurut Perenggan 16.02(3) Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia,” kata GHL Systems dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Pada 11.45 pagi, harga saham syarikat itu tidak berubah pada RM1.06 dengan 63,200 saham diniagakan.

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) — Saham GHL Systems Bhd akan digantung mulai 9 pagi pada Rabu (31 Julai 2024). “Permintaan untuk penggantungan saham berkenaan dibuat menurut Perenggan 16.02(3) Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia,” kata GHL Systems dalam makluman kepada Burs...

Highlight Saham Untuk Bulan Oktober 2024Oktober datang lagi dan seperti biasa, pelabur mesti sudah mula membelek-belek s...
09/06/2025

Highlight Saham Untuk Bulan Oktober 2024

Oktober datang lagi dan seperti biasa, pelabur mesti sudah mula membelek-belek senarai saham yang berpotensi untuk bulan ini. Dengan suasana pasaran yang semakin aktif, ada dua saham yang menarik perhatian dan mungkin boleh menjadi peluang pelaburan yang baik untuk bulan ini – PECCA Group Bhd dan Samaiden Group Bhd. Jom kita sembang santai pasal dua saham ni dan tengok apa yang buat mereka menarik untuk diperhatikan.

PECCA Group Bhd: Gergasi Dalam Industri Auto Parts

Sebut pasal PECCA, kita bercakap tentang pemain utama dalam industri sarung kerusi kulit automotif. Kalau korang pernah naik kereta jenama Proton, Perodua, atau Toyota, kemungkinan besar korang dah rasa sendiri hasil kerja tangan PECCA ni. Bukan setakat dalam Malaysia je, PECCA juga eksport produk mereka ke pasaran antarabangsa. Kira macam jenama tempatan yang global lah!

Dari sudut kewangan suku tahunan, PECCA menunjukkan peningkatan yang mantap. Pada suku Jun 2024, pendapatan syarikat mencapai RM55.0 juta, meningkat sebanyak 3.7% berbanding suku sebelumnya. Kalau kita lihat dari segi keuntungan bersih, PECCA mencatat RM14.6 juta, naik 44.5% berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Memang ada peningkatan yang ketara.

Secara tahunan p**a, pendapatan PECCA untuk tahun kewangan 2024 adalah RM242.4 juta, meningkat sebanyak 9.5% berbanding tahun 2023. Keuntungan bersih p**a mencapai RM55 juta, menunjukkan kenaikan 55.3% berbanding tahun sebelumnya. Kenaikan ini menunjukkan bahawa walaupun pasaran automotif ada cabarannya, PECCA masih mampu mengekakalkan prestasi yang baik.

Dari segi Balance Sheet, PECCA berada dalam kedudukan yang kukuh. Aset semasa syarikat masih lebih tinggi daripada liabiliti semasa, menunjukkan syarikat mempunyai kecairan yang mencukupi untuk menampung tanggungan jangka pendek. Lebih menarik lagi, syarikat ini mempunyai liabiliti yang rendah, yang membolehkan mereka mengekalkan kestabilan kewangan walaupun dalam keadaan ekonomi yang mencabar.

Ekuiti PECCA juga terus meningkat, menunjukkan nilai bersih syarikat yang makin bertambah, memberi keyakinan kepada pelabur tentang pertumbuhan jangka panjang syarikat ini.

Dari segi aliran tunai (cash flow), PECCA terus menunjukkan prestasi yang baik dengan aliran tunai operasi yang positif. Ini bermaksud perniagaan teras syarikat berjaya menjana tunai yang mencukupi untuk operasi harian dan juga pelaburan dalam pertumbuhan masa hadapan. Walaupun terdapat pelaburan dalam perbelanjaan modal, aliran tunai keseluruhan kekal sihat, memberi petanda bahawa syarikat mampu mengurus pelaburan mereka dengan bijak.

Sumber: TradingView
Dari sudut carta saham, PECCA nampak stabil dengan trend menaik untuk satu bulan terkini. Ada sokongan kuat pada RM1.20 dan rintangan di RM1.49. Dengan MACD yang menunjukkan isyarat bullish, saham ini ada potensi untuk melonjak kalau harga berjaya melepasi paras rintangan itu. Kalau anda terfikir untuk membeli pada harga yang lebih rendah, tunggu bila harga jatuh di paras sokongan, sekitar RM1.20.

Samaiden Group Bhd: Pemain Tenaga Solar Yang Makin Mengganas

Sekarang kita tengok p**a Samaiden, yang terlibat dalam sektor tenaga boleh diperbaharui, khususnya tenaga solar. Dalam dunia yang semakin beralih kepada tenaga hijau, Samaiden berada di depan barisan untuk mengaut manfaat dari pertumbuhan industri ni. Mereka bukan setakat buat pemasangan loji solar, tapi juga terlibat dalam penyelenggaraan dan pengurusan projek tenaga hijau. Kira macam all-in-one solution provider dalam sektor ni.

Dari segi kewangan suku tahunan, Samaiden juga menunjukkan prestasi yang baik. Pendapatan untuk suku Jun 2024 meningkat kepada RM57.2 juta, naik 23.8% berbanding suku yang sama tahun sebelumnya. 2023. Keuntungan bersih Samaiden mencatat RM5.8 juta, satu peningkatan 93.5% daripada RM3 juta pada suku Jun 2023. Kalau nak ikutkan, ini memang prestasi luar biasa bagi syarikat yang masih berkembang dalam sektor baru seperti tenaga boleh diperbaharui.

Secara tahunan, Samaiden menunjukkan prestasi yang mantap dengan pendapatan mencecah RM227.2 juta pada 2024, naik 33.1% berbanding RM170.8 juta pada 2023. Keuntungan bersih juga melonjak 58.7%, daripada RM10.1 juta kepada RM16 juta pada tahun yang sama. Ini menunjukkan bahawa Samaiden berjaya memanfaatkan peluang dalam pasaran tenaga solar yang semakin berkembang.

Untuk Samaiden, Balance Sheet syarikat ini juga menunjukkan tanda-tanda yang positif. Sama seperti PECCA, aset semasa Samaiden lebih tinggi daripada liabiliti semasa, memberikan mereka fleksibiliti kewangan yang cukup untuk menampung sebarang komitmen jangka pendek. Syarikat juga kelihatan tidak terbeban dengan hutang yang tinggi, memberikan mereka peluang untuk melabur dalam projek-projek tenaga hijau yang baharu tanpa terlalu bergantung kepada pinjaman luar.

Dari sudut aliran tunai, Samaiden menunjukkan aliran tunai operasi yang positif, bermakna operasi perniagaan mereka berjaya menjana tunai yang mencukupi. Namun, sama seperti kebanyakan syarikat yang berada dalam fasa pertumbuhan, aliran tunai daripada pelaburan kekal negatif kerana syarikat terus melabur dalam projek tenaga solar dan loji baru. Ini bukanlah sesuatu yang buruk kerana ia menunjukkan Samaiden sedang membina asas yang kukuh untuk pertumbuhan masa hadapan.

Dari sudut teknikal, Samaiden sedang berada dalam trend menurun, dengan sokongan kuat di RM1.01 dan rintangan di RM1.22 dan RM1.35. MACD menunjukkan momentum jualan yang semakin berkurangan, yang mungkin menandakan potensi pemulihan dalam masa terdekat. Jadi, kalau anda berminat, mungkin boleh tunggu tanda-tanda pemulihan yang lain sebelum masuk.

PECCA Atau Samaiden, Mana Satu Pilihan Hati?
Secara keseluruhannya, PECCA dan Samaiden masing-masing ada kelebihan tersendiri. PECCA lebih kepada syarikat stabil dengan pertumbuhan yang konsisten dalam industri automotif, sesuai untuk pelabur yang mencari pelaburan jangka panjang yang selamat. Sementara Samaiden, sebagai syarikat yang terlibat dalam tenaga boleh diperbaharui, menawarkan potensi pertumbuhan yang lebih besar dalam industri yang sedang berkembang pesat.

Jadi, untuk bulan Oktober ni, kedua-dua saham ini memang menarik untuk diperhatikan. Kalau anda nak pilih, bergantung kepada risk appetite dan strategi pelaburan anda sendiri. Nak yang stabil dan mantap? PECCA pilihan yang lebih bagus. Nak potensi pertumbuhan yang lebih tinggi dalam industri masa depan? Samaiden mungkin pilihan terbaik.

Saham apa menarik bulan ini?

5 Saham F&B Yang Beri DividenRamai masih bingung dan tidak tahu nak beli saham apa. Adakalanya tidak perlu susah payah u...
07/06/2025

5 Saham F&B Yang Beri Dividen

Ramai masih bingung dan tidak tahu nak beli saham apa. Adakalanya tidak perlu susah payah untuk memikirkan saham apa yang boleh dibeli kerana di Bursa Malaysia sahaja terdapat lebih seribu saham yang disenaraikan.

Sebagai seorang pelabur, anda boleh melihat sektor yang paling dekat dengan diri kita iaitu sektor konsumer. Setiap hari, manusia perlu makan dan minum untuk meneruskan kehidupan. Oleh itu, sektor atau industri yang boleh diberi perhatian adalah industri makanan & minuman (F&B).

Terdapat beberapa syarikat F&B yang disenaraikan di Bursa Malaysia, tetapi dalam artikel ini kami ingin kongsikan kepada anda beberapa saham F&B yang mengagihkan dividen. Syarikat-syarikat tersebut p**a memiliki dividend yield yang agak tinggi.

1. Apollo Food Holdings Berhad (APOLLO)
Siapa yang tidak kenal dengan Apollo. Golongan millennial dan gen-Z rata-ratanya membesar dengan snek ini. Tanpa kita sedar snek kegemaran ramai ini juga tersenarai di Bursa Malaysia. Ramai di kalangan golongan millennial dan gen-Z sekarang telahpun bekerjaya serta mempunyai kemampuan untuk melabur. Oleh itu, kenapa tidak menjadi sebahagian daripada perniagaan syarikat ini.

Sambil menjadi sebahagian daripada perniagaan tersebut, anda juga berpeluang untuk menerima dividen hasil dari keuntungan yang dijana syarikat tersebut.

Apollo konsisten mengagihkan dividen kepada pemegang sahamnya setiap tahun. Kita dapat lihat di atas yang Apollo tidak pernah tertinggal memberi dividen sejak tahun 2015. Malah, untuk tahun kewangan yang berakhir 2024, Apollo telah mengagihkan dividen sebanyak 75 sen sesaham, tertinggi untuk 10 tahun terakhir.

Jika anda memiliki 10,000 unit saham Apollo, anda menerima dividen sebanyak RM7,500 bagi tahun 2024.

Untuk perkembangan terkini, ex-date bagi dividen Apollo baru sahaja berlalu iaitu pada 23 Oktober 2024 dan pembayaran dividen p**a dibuat pada 7 November 2024. Ia merupakan dividen terakhir bagi tahun 2024.

Berdasarkan harga saham Apollo yang ditutup pada 1 November 2024 iaitu RM6.58, dividend yield bagi saham ini adalah 11.40%.

2. Power Root Berhad (PWROOT)
Power Roort, sebuah syarikat pengeluar minuman tenaga juga amat terkenal dengan kempennya suatu ketika dahulu yang menghadiahkan pemenang dengan motorsikal. Ayat yang pop**ar daripada iklan tersebut p**a adalah “Saya Menang Motor”.

Setelah sekian lama menjalankan perniagaan dalam industri F&B, Power Root sentiasa tidak terlepas berkongsi pendapatan yang diperoleh dengan pemegang saham.

Power Root mencatatkan pengagihan dividen yang agak tinggi pada tahun 2023 iaitu sebanyak 11.75 sen bagi setiap saham yang dimiliki. Pada tahun 2024, dividen yang diagihkan merosot sedikit kepada 7.1 sen sesaham.

Kali terakhir Power Root membayar dividen adalah pada 4 Oktober 2024 dan ia merupakan agihan dividen bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Mac 2025.

Berdasarkan harga saham Power Root yang ditutup pada 1 November 2024 iaitu RM1.41, dividend yield bagi saham ini adalah 5.04%.

3. Oriental Food Industries Holdings Berhad (OFI)

Oriental Food Industries mungkin tidaklah pop**ar seperti Apollo, namun produknya sebenarnya juga mudah dijumpai di mana-mana pasar raya. Antara produk yang dikeluarkan oleh Oriental adalah snek keropok, biskut, kek dan wafer.

Sama seperti saham lain yang telah dikongsikan sebelum ini, Oriental juga konsisten memberi dividen kepada pemegang saham setiap tahun. Tahun 2024 menyaksikan Oriental memberikan dividen yang jauh lebih tinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Sebanyak 6.5 sen sesaham diagihkan kepada pemegang saham.

Kali terakhir Oriental Food membayar dividen adalah pada 9 Oktober 2024 dan ia merupakan agihan dividen interim bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Mac 2025.

Berdasarkan harga saham Oriental Food yang ditutup pada 1 November 2024 iaitu RM1.73, dividend yield bagi saham ini adalah 3.78%.

4. Hup Seng Industries Berhad (HUPSENG)

Ingat biskut di atas, ingat Hup Seng. Ia merupakan produk yang paling pop**ar dikeluarkan oleh Hup Seng. Tidak mustahil untuk dikatakan hampir setiap isi rumah mempunyai biskut ini.

Hup Seng mengagihkan dividen sebanyak 6 sen sesaham dari tahun 2015 sehingga 2020. Walaubagaimanapun, pandemik mungkin menjejaskan pendapatannya lalu turut menjejaskan pengagihan dividen pada tahun 2021.

Tahun 2021, dividen yang diagihkan merosot kepada hanya 2.5 sen sesaham. Namun selepas itu, Hup Seng mula meningkatkan agihan dividen pada tahun berikutnya.

Untuk tahun 2024, Hup Seng setakat ini hanya mengumumkan pemberian dividen sebanyak sekali iaitu sebanyak 2 sen sesaham dan telah dibayar pada 7 Oktober 2024.

Berdasarkan harga saham Hup Seng yang ditutup pada 1 November 2024 iaitu RM1.06, dividend yield bagi saham ini adalah 3.74%.

5. Fraser & Neave Holdings Berhad (F&N)
Jumlah dividen yang diberikan F&N amat konsisten setiap tahun. Dari tahun 2015 sehingga 2018, sebanyak 57.5 sen diagihkan setiap tahun. Tahun 2019 sehingga 2022 p**a menyaksikan sebanyak 60 sen diagihkan bagi setiap unit saham yang dimiliki.

Tahun 2023 menyaksikan peningkatan dalam amaun dividen yang diagihkan kepada 77 sen sesaham. Untuk tahun 2024 p**a, setakat ini dividen yang diagihkan hanyalah sekali iaitu pada 31 Mei 2024.

Berdasarkan harga saham F&N yang ditutup pada 1 November 2024 iaitu RM30.92, dividend yield bagi saham ini adalah 2.49%.

Kesimp**an
Sekiranya anda sedang mencari saham yang defensif serta memberikan dividen, anda mungkin boleh pertimbangkan untuk memiliki saham-saham di atas di dalam portfolio anda.

Selain memberi dividen, saham di atas juga merupakan patuh syariah.

Syarikat dengan dividen yield yang tinggi

Saham-Saham Wall Street Ini Sedang Pullback Dari All Time High!“Peluang atau sebaliknya?”Pasaran saham Wall Street serin...
06/06/2025

Saham-Saham Wall Street Ini Sedang Pullback Dari All Time High!

“Peluang atau sebaliknya?”

Pasaran saham Wall Street sering menjadi perhatian pelabur seluruh dunia. Saham-saham syarikat teknologi, kewangan, dan tenaga kerap kali mengalami turun naik harga. Salah satu fenomena biasa adalah pull back, iaitu keadaan di mana harga saham jatuh sementara selepas kenaikan mendadak.

Walaupun dilihat sebagai risiko oleh sesetengah pelabur, pull back juga membuka peluang untuk membeli pada harga lebih rendah. Dalam artikel ini, kita akan meneliti saham Apple, Nvidia, dan Tesla yang kini sedang mengalami fasa pull back dan melihat peluang serta risiko yang wujud.

Apple (AAPL) – Peluang di Sebalik Penurunan

Apple baru sahaja mencapai paras tertinggi US$260.10 tetapi kini jatuh ke US$236. Penurunan ini menjadi perhatian kerana paras sokongan utama berada pada US$234.24. Jika harga kekal di atas paras ini, ia boleh menjadi tanda pemulihan.

Namun, kelemahan momentum jangka pendek jelas kelihatan kerana harga berada di bawah MA 20. Peningkatan isipadu dagangan semasa penurunan menunjukkan minat jualan yang tinggi, tetapi ini juga boleh menjadi tanda peluang untuk pelabur yang yakin dengan potensi jangka panjang Apple.

Bila lagi nak beli saham telefon pintar kegemaran dunia ini.

Baca juga: Buka Akaun Trading Global Secara ONLINE Dengan CGS

Nvidia (NVDA) – Raja Cip AI dalam Fasa Pembetulan

Saham Nvidia mencapai paras tertinggi US$153.13 tetapi kini jatuh ke US$135.90. Paras sokongan utama pada US$132.27 akan menjadi kawasan penting untuk dipantau.

Harga Nvidia jatuh di bawah MA 20 tetapi masih di atas MA 50, yang menunjukkan kekuatan jangka panjang masih ada. Walaupun tekanan jualan tinggi, tanda pemulihan seperti peningkatan harga dengan isipadu yang tinggi akan menjadi isyarat positif bagi pelabur yang menunggu peluang.

Bila mahal mengeluh mahal, bila murah mengeluh juga.

Tesla (TSLA) – Gergasi EV Menguji Paras Sokongan

Tesla mencatat paras tertinggi US$488.54 sebelum jatuh ke US$394.74. Paras sokongan utama berada pada US$371.36, yang menjadi tumpuan pelabur untuk melihat sama ada harga mampu bertahan di atas paras ini.

Harga masih di atas MA 50 walaupun sudah jatuh dibawah MA 20, menandakan trend jangka panjang positif. Namun, peningkatan isipadu semasa penurunan menunjukkan tekanan jualan yang signifikan. Pelabur perlu berhati-hati tetapi tidak menolak kemungkinan peluang beli jika tanda pemulihan muncul.

Kesimp**an
Fenomena pull back pada saham Apple, Nvidia, dan Tesla membuka peluang serta risiko untuk pelabur. Memahami paras sokongan dan tanda pemulihan adalah kunci dalam membuat keputusan pelaburan. Bagi pelabur, penting untuk sentiasa memantau perkembangan pasaran dan faktor luaran yang mempengaruhi harga saham ini.

Peluang atau sebaliknya?

Saham Pilihan Hari Ini: Gamuda Berhad ($GAMUDA)Saranan BELIHarga sasar (TP) MYR5.83 yang diperoleh melalui SOP dikekalka...
05/06/2025

Saham Pilihan Hari Ini: Gamuda Berhad ($GAMUDA)

Saranan BELI
Harga sasar (TP) MYR5.83 yang diperoleh melalui SOP dikekalkan, dengan harga saham berpotensi menaik 39%
Kadar hasil dividen sekitar 2% untuk FY26F (Jul)

Profil Syarikat
Gamuda sebuah syarikat pemegang pelaburan dan pembinaan kejuruteraan sivil. Melalui anak syarikatnya, Gamuda menyediakan pembinaan kerja tanah,
mengilang dan membekalkan bahan permukaan jalan raya, dan mengendalikan sebuah kuari dan projek pembinaan jalan raya.

Menerusi usaha sama (JV) dengan Ferrovial, Gamuda menandatangani perjanjian Penglibatan Kontraktor Awal (ECI) dengan Capricornia Energy Hub (CEH) untuk pembinaan Sistem Penyimpanan Hidroelektrik Berpam Capricornia (CPHES) di Central Queensland, Australia. CEH merupakan milik Copenhagen Infrastructure Partners, iaitu salah satu pelabur tenaga bersih terbesar di dunia. Ini merupakan projek ECI kedua Gamuda untuk projek hidro berpam, dengan Oven Mountain Pumped Hydro sebagai projek sulungnya dalam kategori ini yang diumumkan pada Nov 2024.

Butiran projek
Menurut kenyataan Kerajaan Queensland, projek CPHES ini mempunyai nilai pelaburan sebanyak AUD2.9bn yang melibatkan pam berkapasiti kira-kira 750MW dan kemudahan penjanaan tenaga yang berupaya mengagihkan tenaga secara berterusan selama 16 jam dan isi padu pemindahan air sebanyak 18 gigaliter. Kami meramalkan margin untung sebelum cukai (PBT) untuk kerja kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) projek CPHES ini adalah antara 10% dan 20%, iaitu lebih tinggi daripada margin PBT biasa untuk kerja-kerja prasarana lain (landasan kereta api dan lebuh raya).

Tawaran kerja ECI satu pencapaian penting
Saiz kerja ECI dianggarkan tidak melebihi 2% daripada jumlah nilai kontrak projek CPHES ini. Sekiranya kontrak EPCC ini hampir sama dengan nilai pelaburan AUD2.9bn tersebut, pakej kerja ECI mungkin mencecah kira-kira AUD58j (atau AUD29j berdasarkan pegangan saham 50% Gamuda). Selaku kontraktor awal, Gamuda dengan Ferrovial akan bekerja rapat dengan pelanggan berkenaan untuk membangunkan sebuah kontrak EPC yang berkos efektif untuk projek CPHES.

Seterusnya, peranan yang dimainkan GAM dan Ferrovial sebagai kontraktor awal memberikan JV ini kadar kejayaan yang lebih tinggi untuk menjadi kontraktor EPCC untuk projek CPHES. Kerja EPCC bagi projek ini disasarkan untuk mula berjalan pada CY26. Jika diimbaskan kembali, anak syarikat GAM, DT Infrastructure berjaya mengaut pakej ECI untuk sebuah projek ladang angin daratan di Queensland pada Mac 2024 sebelum menerima tawaran pakej kerja awam pada Sep 2024.

Tiada perubahan dibuat pada ramalan perolehan
Ini kerana ramalan kerja ECI menyamai andaian penambahan kerja kami sebanyak RM25bn untuk FY25F (tawaran kerja sejak awal FY25 hingga sekarang mencecah sekitar RM14bn). Oleh demikian itu, TP RM5.83 kami yang diraih melalui kaedah SOP (termasuk premium ESG 8%) dikekalkan pada paras sama. Kami tetap dengan pendirian sebelum ini bahawa Gamuda masih terkurang nilai apabila ia diniagakan pada P/E 16.5x bagi FY26, iaitu sangat hampir dengan paras julat P/E 15-16x yang dicatatkan semasa fasa kenaikan sektor pada tahun 2017 yang merekodkan buku pesanan belum bayar hanya kira-kira MYR7.4bn berbanding nilai sekarang sekitar RM37bn.

Faktor pemangkin jangka panjang di Australia
Berkaitan pengumuman lebih awal daripada yang sepatutnya berhubung tawaran kerja berkaitan kontrak atau ECI yang disenarai pendek, yang tidak hanya terbatas kepada bidang tenaga boleh baharu, tetapi juga kerja pembinaan landasan kereta api yang mungkin mencecah antara AUD7bn dan AUD8bn secara keseluruhannya (Rajah 1).

Risiko-risiko utama
Penambahan kerja lebih perlahan daripada jangkaan.

Asas penilaian
Kami menilai kump**an ini berdasarkan SOP, yang diperoleh melalui gabungan kaedah penilaian P/E, DCF, dan RNAV.

Baca laporan analisis penuh: Gamuda : Satu Lagi Kontrak Pembinaan Pam Dalam Perancangan (27 Jan 2025)

Laporan Sebelumnya: Gamuda : Masih Layak Diberi Perhatian; Kekal BELI (20 Jan 2025)

Pautan kepada laporan bahasa Inggeris: Gamuda : Another Potential Pumped-Up Deal In The Pipeline (27 Jan 2025)

*Nota: Laporan terjemahan Bahasa Malaysia ini merupakan versi ringkas bagi laporan asal dalam bahasa Inggeris dan diguna pakai untuk menyampaikan maklumat sahaja. Penerima dinasihatkan untuk merujuk laporan asal dalam bahasa Inggeris untuk butiran lanjut, dan untuk penafian penyelidikan dan pendedahan rasmi. Walaupun laporan terjemahan Bahasa Malaysia disediakan, laporan asal dalam bahasa Inggeris hendaklah diberi keutamaan sekiranya berlaku sebarang persoalan tentang pentafsiran, percanggahan ataupun dalam hal yang lain.

Satu lagi kontrak pembinaan pam dalam perancangan

Saham Tesla Jatuh Setiap Minggu Sejak Trump Jadi PresidenDonald Trump mengangkat sumpah menjadi presiden Amerika buat ka...
04/06/2025

Saham Tesla Jatuh Setiap Minggu Sejak Trump Jadi Presiden

Donald Trump mengangkat sumpah menjadi presiden Amerika buat kali kedua pada 20 Januari 2025. Dalam gambar di bawah, boleh kelihatan juga Elon Musk pemilik Tesla yang hadir pada upacara tersebut.

Gambar: POOL/AFP via Getty Images
Betul ke saham Tesla jatuh setiap minggu sejak Donald Trump mengangkat sumpah menjadi presiden Amerika Syarikat?

Mari kita lihat pada carta.

Carta mingguan Tesla

Sumber: TradingView
Seperti dalam carta mingguan Tesla, saham Tesla telah susut setiap minggu untuk tujuh minggu berturut-turut sejak Donald Trump mengambil alih pemerintahan Amerika. Ia merupakan kejatuhan terpanjang sejak ianya disenaraikan pada tahun 2010.

Jika dibandingkan harga saham Tesla sejak Trump menjadi presiden dan sekarang, berikut merupakan perbezaannya.

Harga saham Tesla pada 21 Januari 2025: AS$432.64

Harga saham Tesla pada 11 Mac 2025: AS$230.58

Saham Tesla telah susut sebanyak AS$202.06 atau 46.70%. Hampir separuh dari harga saham tersebut jatuh. Ini juga bermakna hampir separuh modal pasaran Tesla telah lenyap dari pasaran.

Elon Musk dilihat menjadi individu penting dalam pentadbiran Trump selepas Trump menjadi presiden.

Gambar: Jim Watson/AFP/Getty Images
Kenapa harga saham Tesla jatuh?
Penurunan terkini dalam saham Tesla berlaku di tengah-tengah ketidakpastian mengenai dasar perdagangan di bawah Presiden Donald Trump. Kebimbangan mengenai tarif, terutamanya yang memberi kesan kepada pasaran automotif utama seperti Kanada dan Mexico, telah menimbulkan kebimbangan terhadap peningkatan kos pengeluaran dan gangguan rantaian bekalan.

Tesla juga menghadapi cabaran reputasi yang berkaitan dengan penglibatan rapat CEO Elon Musk dengan pentadbiran Trump, di mana beliau mengetuai Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang baru ditubuhkan.

Pendiriannya dalam politik telah mencetuskan tindak balas negatif, dengan bekas penyokong mengadakan protes di lokasi Tesla serta laporan mengenai vandalisme dan percubaan pembakaran yang menyasarkan kemudahan syarikat.

Hampir separuh modal pasaran Tesla lenyap

Pemegang Saham HHRG Minta Adakan EGM Untuk Singkir PengarahKUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) — Pemegang saham HHRG Bhd, Dig...
03/06/2025

Pemegang Saham HHRG Minta Adakan EGM Untuk Singkir Pengarah

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) — Pemegang saham HHRG Bhd, Digital Trustees Bhd telah meminta mesyuarat agung luar biasa (EGM) diadakan untuk menyingkirkan lima pengarah syarikat itu daripada lembaga pengarah dan melantik tiga ahli baharu.

HHRG dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata permintaan bertulis telah diterima pada 14 Mac, 2024 daripada Digital Trustees yang memegang lebih daripada 10 peratus saham, meminta diadakan EGM dan penyingkiran Datuk Paduka Ammar Shaikh Mahmood Naim, Guok Ngek Seong, Abdul Rahman Din, Chan Hon Lee Woo dan Ju Siew.

Digital Trustees juga mencadangkan pelantikan Zam Azri Mohamed Zam Zamil, Dr Mazlan Ahmad dan Low Xhu Hern kepada lembaga pengarah HHRG.

Dalam pemfailan berasingan, HHRG berkata dagangan dalam sekuriti berkaitan HHRG dihentikan pada 9.01 pagi, Isnin, 17 Mac, 2025.

Dagangan disambung semula sejam kemudian pada jam 10.01 pagi.

Cadang melantik tiga ahli baharu

Bursa Malaysia Gantung Jualan Singkat Intra Hari 18 SahamKUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) — Bursa Malaysia hari ini mengg...
02/06/2025

Bursa Malaysia Gantung Jualan Singkat Intra Hari 18 Saham

KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) — Bursa Malaysia hari ini menggantung jualan singkat intra hari (IDSS) untuk 18 saham selepas harga terakhirnya susut lebih 15 peratus atau 15 sen daripada harga rujukan.

Saham syarikat yang digantung itu antaranya meliputi syarikat-syarikat terkenal seperti Yinson Holding Bhd, Hibiscus Petroleum Bhd, Dialog Group Bhd, Malaysian Pacific Industries (MPI), EcoWorld Development Group Bhd dan Dayang Enterprise Holding Bhd.

Pada penutup dagangan, Yinson susut 35 sen kepada RM1.81, Hibiscus Petroleum turun 18 sen kepada RM1.45, MPI jatuh RM2.50 kepada RM14.66, Dialog turun 21 sen kepada RM1.23, EcoWorld susut 23 sen kepada RM1.60, dan Dayang jatuh 23 sen kepada RM1.56.

Dalam beberapa makluman berasingan, Bursa Malaysia berkata jualan singkat di bawah IDSS hanya akan diaktifkan pada hari dagangan berikutnya, iaitu pada pukul 8.30 pagi Selasa, 8 April, 2025.

Bursa tempatan ditutup rendah hari ini, dengan indeks penanda aras jatuh 4.01 peratus disebabkan prestasi pasaran serantau yang lemah di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat terhadap kemungkinan perang perdagangan global.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 60.34 mata kepada 1,443.80 daripada 1,504.14 ketika ditutup pada Jumaat.

https://thekapital.my/2025/04/08/bursa-malaysia-gantung-jualan-singkat-intra-hari-18-saham/?fbclid=IwY2xjawKqOChleHRuA2FlbQIxMQBicmlkETF2Q01HSHdLSmhnaE5xZnZXAR6T5KFWZA_SEb0LZ2fhMrtXLkZr6y1s833zRU7IdxVgDfEK_N9s8yDDczqD2Q_aem_BxlsjXGsKwmgOQ0h6iYdJg

Antaranya Yinson Holding Bhd, Hibiscus Petroleum Bhd..

Address

6 Jalan Tpj 9 Taman Perindustrian Jaya Subang Petaling Jaya
Petaling Jaya
47200

Telephone

+639953048266

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Saham Mantap posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share