GTR Burger Kangar Jaya

GTR Burger Kangar Jaya Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from GTR Burger Kangar Jaya, Seriab, Perlis.

28/04/2024

GRAB. TASTE. REPEAT.

Kemunculan set makanan dan minuman GTR Burger buat semua penyokong hijau kuning bermula perlawanan Selasa ini.

🍔đŸĨ¤ GTR Sang Kenari Burger
🌭đŸĨ¤ GTR Sang Kenari Sausage Monster

Setiap Set Kombo Burger/Sausage + Minuman Berkarbonat/Mineral berharga RM10.

â„šī¸ Pilihan air mineral, minuman akan menggunakan cawan plastik dalam set kombo.

GTR Burger 🌐 https://gtrburger.my/

Sedikit perkongsian antara GTR Burger HQ dan Kedah Darul Aman FC
25/04/2024

Sedikit perkongsian antara GTR Burger HQ dan Kedah Darul Aman FC

Alhamdulillah, GTR Burger HQ maju setapak lagi kehadapan dengan kolabrasi bersama pasukan Kedah Darul Aman FC.
25/04/2024

Alhamdulillah, GTR Burger HQ maju setapak lagi kehadapan dengan kolabrasi bersama pasukan Kedah Darul Aman FC.

GTR BURGER, RAKAN RASMI MAKANAN DAN MINUMAN KDA FC MUSIM 2024/25

KDA FC dengan bangganya mengumumkan kerjasama dengan Rakan Rasmi Sang Kenari Kategori Makanan & Minuman, NA D Ventures Global Sdn. Bhd. (GTR Burger) untuk musim 2024/25 dengan penajaan bernilai RM50,000.00 dan perkongsian keuntungan dalam penjualan produk syarikat tersebut di hari perlawanan dan juga acara anjuran KDA FC. Antara lain, projek kerjasama kedua-dua pihak dalam mewujudkan program usahawan tempatan dalam menggunakan francais GTR Burger x KDA FC yang mampu menyuntik semula dana secara terus kepada KDA FC. Beberapa manfaat lagi turut ditawarkan melalui keahlian Kepak Kenari serta pelancaran produk eksklusif untuk ditawarkan kepada semua penyokong dalam masa terdekat.

Paling dinantikan adalah pek F&B hari perlawanan di Stadium Darul Aman yang menawarkan menu lebih premium dengan harga rahmah. Kelainan dalam memberi layanan dengan memudahkan penyokong di stadium adalah kerjasama dengan 'runner' terbukti memberi peningkatan besar dalam kuantiti penjualan makanan dan minuman. GTR Burger juga komited untuk menjual produk mereka di semua venue perlawanan melibatkan pasukan Liga Super Kedah dan KDA FC B di Stadium Darul Aman, KDA FC C & KDA FC D di venue pertandingan Piala Belia & Presiden, Stadium Mini Jitra dan kejohanan Liga KPM di Stadium Mini SMK TATAR, Kepala Batas.

NA D Ventures Global Sdn. Bhd. menjalankan perniagaan dibawah jenama GTR Burger beroperasi di seluruh Malaysia melalui rangkaian francais dan gerai jualan burger sistematik dan aktif dalam pemasaran produk burger dengan kelainan citarasa unik.

GTR Burger adalah entiti perniagaan yang mewakili Koperasi Kelab Generasi Transformasi Ruminan Malaysia Berhad yang mewakili 5,000 ahli termasuk penternak ruminan iaitu lembu, kambing, rusa dan lembu tenusu.

GTR Burger mempromosikan produk daging lembu dan daging kambing tempatan sebagai produk hiliran kepada orang ramai dan juga membuka peluang kepada semua rakyat Malaysia, yang berkelayakan untuk bergabung dalam membina perniagaan GTR Burger di seluruh negara.

Seiring dengan usaha menarik ramai lagi usahawan dari Kedah untuk bekerjasama dengan KDA FC, kesudian pihak GTR Burger amatlah dihargai, menyuntik sokongan dan motivasi kepada pihak pengurusan untuk terus mencipta ekosistem perniagaan sihat bersama syarikat tempatan. Kepercayaan yang dizahirkan menterjemah sokongan semua pihak berkepentingan tanpa had amaun tertentu di Kedah mampu membantu ekosistem penajaan bola sepak bersama KDA FC.

Ingat GTR Burger, anda sentiasa keluarga Sang Kenari!

GTR Burger 🌐 https://gtrburger.my/

SALAM TAKZIAHkepada seluruh keluarga mangsa tragedi nahas helikopter di Lumut Perak yang terlibat dan seluruh keluarga T...
23/04/2024

SALAM TAKZIAH

kepada seluruh keluarga mangsa tragedi nahas helikopter di Lumut Perak yang terlibat dan seluruh keluarga TLDM

15/04/2024
08/04/2024

Dalam apa-apa jenis perniagaan pun, harga adalah elemen paling mustahak kerana ia akan menentukan berapa jumlah jualan yang akan diperolehi dan juga bagaimana harga itu akan memberi kesan kepada corak membeli oleh pelanggan.

Rata-rata kini ada keluhan khususnya dari peniaga tentang harga bahan mentah yang naik mendadak. Bahan mentah perlu untuk peniaga menggunakannya untuk menghasilkan produk akhir sebelum ia dijual kepada pelanggan.

Bagi GTR Burger, produk akhir ialah pelbagai jenis burger dan harga bahan mentah biasanya akan mempengaruhi harga akhir berkenaan.

Bagaimanapun, burger sudah dikenali di Malaysia sebagai satu dari jenis makanan jalanan yang harga untuk menjualnya sepatutnya murah.

Ia menjadi satu tanggungjawab besar kepada GTR Burger untuk sedaya upaya memastikan harga burger yang kami jual sentiasa mampu untuk dibeli oleh orang ramai.

Oleh kerana masalah harga yang semakin meningkat dalam negara, atas dasar tanggungjawab kami memperkenalkan Burger Rakyat iaitu burger baharu dengan harga hanya RM4.00 sebiji untuk anda.

Kami ingin letakkan harga burger yang orang ramai akan mampu untuk membeli dan merasanya pada waktu-waktu yang sukar ini.

28/03/2024
25/03/2024

Kami ingin berkongsi sesuatu mengenai statistik pasaran patty burger dunia. Saiz pasaran global untuk pasaran patty burger dunia dianggkarkan bernilai USD$6 Bilion (RM28.42 Bilion) pada tahun 2022 dan ia dijangka meningkat pada USD$11 Bilion (RM52.1 Bilion) di penghujung tahun 2030.

Ini berdasarkan satu kajian oleh laman web soal selidik pasaran yang berpusat di India, Amerika Syarikat dan Kanada.

Berdasarkan jumlah itu peningkatan saiz pasaran dari 2023 hingga 2030 ialah kira-kira 8.2 peratus setahun.

Pertumbuhan yang laju ini adalah berdasarkan ramalan pasaran tentang kepesatan pembangunan, kewujudan bandar-bandar besar baharu dan permintaan ke atas makanan segera yang semakin meningkat.

Menurut kajian itu, mengikut rantau, industri patty burger di rantau Asia-Pasiifik dijangakan akan merekodkan pertumbuhan paling pantas.

Ada disebutkan bahawa permintaan ke atas makanan segera yang meningkat betul? Perlu diingatkan patty burger yang dihasilkan oleh GTR Burger bukan datangnya dari daging proses sebaliknya dari daging segar haiwan ternakan dan ada yang dari sumber ladang para penternak tempatan juga.

Bukan main-main dan bukan patty yang disediakan untuk premis makanan segera.

Para usahawan GTR Burger di seluruh Malaysia juga sentiasa menggunakan bahan-bahan segar dan masih baik untuk disertakan dalam menu GTR Burger yang mereka sediakan kepada pelanggan.

Bayangkan betapa besar pasaran industri patty burger dunia dan bagaimana besar p**a saiz p**angan yang boleh didapati daripada semua peniaga jenama GTR Burger di Malaysia.

Kalau buat mesti jadi, burger berkualiti, sentiasa di hati.

Address

Seriab
Perlis
01000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when GTR Burger Kangar Jaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share