06/03/2023
โญ๏ธโญ๏ธโญ๏ธโญ๏ธโญ๏ธโญ๏ธโญ๏ธโญ๏ธโญ๏ธ
ANTARA 5 SEBAB UTAMA KENAPA KITA PERLU ADA TAKAFUL
10 tahun dulu dengar sahaja perkataan insurans/takaful rata-rata masyarakat akan lari dan tidak mengambil endah tentang perihal insurans.
Kebanyakannya menganggap insurans hanya menipu, membazir, menyusahkan dan mengarut. Tapi di zaman sekarang kesedaran dalam masyarakat semakin meningkat. Sekarang semakin ramai client-client yang mencari ejen takaful untuk dapatkan khidmat nasihat takaful.
Pada pendapat peribadi saya, insurans / takaful merupakan โjaminan kehidupanโ kerana ianya menjamin hidup kita dan keluarga apabila berlaku kematian dan segala yang telah diinsuranskan.
Tapi berapa ramai yang mempunyai kesedaran seperti ini? Kebanyakan mereka yang berumur 20-an kurang mempunyai kesedaran tentang kepentingan insurans / takaful kerana :
(1) Kurang pendedahan dan penerangan dari ejen.
(2) Mereka hanya nampak pembaziran kerana bayaran bulanan yang mahal.
(3) Tiada perancangan yang jelas dalam kehidupan.
Oleh yang demikian, berikut merupakan 5 sebab utama mengapa kita perlu ada takaful:
SEBAB 1
Adakah kita mempunyai hutang bank, hutang seperti courts mammoth, bil elektrik, bil air dan segala macam bil? Agak-agaknya jika berlaku kematian siapa yang nak menjelaslan semua itu? Isteri? Ibu bapa? Anak? Kita harus ingat, mati itu pasti cuma tak tahu bila waktunya.
SEBAB 2
Kita masih sihat, muda dan tiada kecacatan? Inilah antara masa yang sesuai untuk kita mengambil takaful kerana sumbangan bulanannya adalah rendah dan sama tiap-tiap bulan sehingga anda berumur 80 tahun (bergantung kepada pelan takaful yg disertai). Takaful biasanya tidak dapat melindungi orang yang telah sakit sebelum sertainya jadi rancanglah sewaktu kita muda dan sihat.
SEBAB 3
Kita dah berkahwin? Jika ya, kita perlu mangambil takaful supaya pasangan anda tidak terbeban jika kita ditimpa musibah. Bayangkan satu hari nanti kita membawa kereta dan terlibat dengan kemalangan seperti berita Pajero dan Myvi baru-baru ini. Apa akan terjadi pada anak-anak kita?Jika isteri kita masih hidup siapakah yang akan menanggung perbelanjaannya?
SEBAB 4
Kebanyakan isteri mahu meninggalkan harta kepada anak-anak sebab suami akan kahwin lain kalau isteri dah tiada (berdasarkan jawapan lebih dari 10 orang). Jadi bagaimana kita mahu menurunkan harta pada anak-anak? Dengan mengambil takaful, kita boleh menghibahkan sejumlah wang kepada sesiapa sahaja yang anda mahu termasuklah anak tanpa melalui proses faraid.
SEBAB 5
Ketenangan jiwa? Kita akan berasa lebih tenang jika telah menyertai takaful kerana kita telah bersedia lebih awal merancang tentang hal kewangan jika ditimpa musibah. Kerana kita akan dibantu oleh tabung peserta-peserta takaful
Sebagai langkah permulaan, kita boleh sediakan 5-10% dari pendapatan kita untuk sertai takaful demi persediaan masa depan.