AIA JB Pasir Gudang Public Takaful

AIA JB Pasir Gudang Public Takaful AIA PUBLIC TAKAFUL (HIBAH / MEDICAL CARD)

14/01/2025

 : Fakta-Fakta Kanser Paru-paru dan PayudaraDi Malaysia, kanser adalah salah satu penyakit kritikal yang paling kerap di...
14/01/2025

: Fakta-Fakta Kanser Paru-paru dan Payudara

Di Malaysia, kanser adalah salah satu penyakit kritikal yang paling kerap dihadapi. Mari kita fahami risiko dan realiti:

:
- Salah satu penyakit kanser yang biasa di Malaysia.
- Menyumbang 10% daripada semua kes malignan.
- Hampir 90% kes disahkan pada Tahap 3/4, apabila kanser telah merebak.
- Pengesanan awal boleh meningkatkan prognosis sehingga 60% dalam tempoh 5 tahun.

:
- Dianggarkan 1 daripada 20 wanita akan mengalami kanser payudara dalam hayat mereka.
- Hampir 40% kes baru setiap tahun dikesan pada tahap lanjutan.
- Kadar hidup 5 tahun adalah 49%.

Pengesanan dan rawatan awal dapat meningkatkan peluang hidup.

Dengan AIA Public Takaful, kami menawarkan Total Health Solution yang memberikan perlindungan menyeluruh untuk membantu anda menghadapi cabaran kesihatan seperti kanser.
Pengesanan awal dan akses kepada rawatan perubatan boleh menyelamatkan nyawa.
Ketahui lebih lanjut tentang bagaimana kami dapat membantu anda dalam menjaga kesihatan anda dengan lebih baik.
Hubungi saya untuk maklumat lanjut dan mulakan perjalanan ke arah hidup yang lebih sihat, berpanjangan, dan bermakna.

13/01/2025


13/01/2025


Jadikan kemenangan kecil tahun ini sebagai momentum untuk kewangan yang lebih sihat pada tahun 2025!
01/01/2025

Jadikan kemenangan kecil tahun ini sebagai momentum untuk kewangan yang lebih sihat pada tahun 2025!

Dapatkan ganjaran apabila anda pilih kehidupan yang lebih bermakna dengan Life+ Rewards. Tindakan mudah seperti memuat t...
06/08/2024

Dapatkan ganjaran apabila anda pilih kehidupan yang lebih bermakna dengan Life+ Rewards.

Tindakan mudah seperti memuat turun e-sijil anda di aplikasi AIA+ boleh memberikan anda ganjaran tunai.

Lebih banyak tindakan yang anda lengkapkan, lebih banyak ganjaran tunai yang anda perolehi!

Terima kasih atas sokongan anda! AIA PUBLIC Takaful telah berjaya mengagihkan lebihan daripada Dana Tabarruโ€™ berjumlah R...
30/07/2024

Terima kasih atas sokongan anda!

AIA PUBLIC Takaful telah berjaya mengagihkan lebihan daripada Dana Tabarruโ€™ berjumlah RM70.7 dan RM2.2 juta daripadanya telah disalurkan kepada Tabung Penyala Harapan bagi menjalankan aktiviti kebajikan.

๐—ฆ๐—บ๐—ฎ๐—ฟ๐˜ ๐—ข๐—ฝ๐˜๐—ถ๐—ผ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐—ฐ๐—ฎ๐—น ๐—–๐—ฎ๐—ฟ๐—ฑ ๐—”๐—œ๐—” | ๐—™๐—ฎ๐—ฒ๐—ฑ๐—ฎ๐—ต & ๐—–๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—š๐˜‚๐—ป๐—ฎKita tahu saban hari caruman Pelan Medical Card mempunyai kenaik...
25/07/2024

๐—ฆ๐—บ๐—ฎ๐—ฟ๐˜ ๐—ข๐—ฝ๐˜๐—ถ๐—ผ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐—ฐ๐—ฎ๐—น ๐—–๐—ฎ๐—ฟ๐—ฑ ๐—”๐—œ๐—” | ๐—™๐—ฎ๐—ฒ๐—ฑ๐—ฎ๐—ต & ๐—–๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—š๐˜‚๐—ป๐—ฎ

Kita tahu saban hari caruman Pelan Medical Card mempunyai kenaikan harga. Walaupun ia tidak secara kerap dan mendadak, ia tetap berlaku. Terdapat banyak faktor kenapa ianya berlaku. Antaranya adalah faktor inflasi perubatan (medical inflation) yang kian meningkat dari tahun ke tahun.

Menyedari masalah ini syarikat-syarikat Takaful bertungkus lumus mencari jalan penyelesaian bagaimana untuk mengurangkan kos caruman kepada semua, baik pelanggan sedia ada mahupun pelanggan baru agar tidak terbeban dengan kos caruman yang tinggi ini.

Oleh itu, antara inisiatif terbaru yang dilancarkan oleh AIA adalah dengan memperkenalkan Smart Option. Di dalam artikel ini anda akan diterangkan tentang :

1 . ๐—”๐—ฝ๐—ฎ ๐—œ๐˜๐˜‚ ๐—ฆ๐—บ๐—ฎ๐—ฟ๐˜ ๐—ข๐—ฝ๐˜๐—ถ๐—ผ๐—ป?
2 . ๐—”๐—ฝ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ต ๐—™๐—ฎ๐—ฒ๐—ฑ๐—ฎ๐—ต ๐—ฆ๐—บ๐—ฎ๐—ฟ๐˜ ๐—ข๐—ฝ๐˜๐—ถ๐—ผ๐—ป?
3 . ๐—•๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ถ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ ๐—–๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—š๐˜‚๐—ป๐—ฎ ๐— ๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐—ฐ๐—ฎ๐—น ๐—–๐—ฎ๐—ฟ๐—ฑ ๐——๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—บ๐—ฎ๐—ฟ๐˜ ๐—ข๐—ฝ๐˜๐—ถ๐—ผ๐—ป
(๐—ฆ๐—บ๐—ฎ๐—ฟ๐˜ ๐—๐—ผ๐˜‚๐—ฟ๐—ป๐—ฒ๐˜†)?
4 . ๐—”๐—ฝ๐—ฎ ๐—๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ ๐—๐—ถ๐—ธ๐—ฎ ๐—ง๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ ๐—œ๐—ธ๐˜‚๐˜ ๐—Ÿ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—ต-๐—Ÿ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—ต ๐—ฌ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐——๐—ถ๐˜๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ฝ๐—ธ๐—ฎ๐—ป
๐——๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ฆ๐—บ๐—ฎ๐—ฟ๐˜ ๐—๐—ผ๐˜‚๐—ฟ๐—ป๐—ฒ๐˜†?

Detail dan keterangan lanjut boleh dirujuk di bawah.

๐—”๐—ฝ๐—ฎ ๐—œ๐˜๐˜‚ ๐—ฆ๐—บ๐—ฎ๐—ฟ๐˜ ๐—ข๐—ฝ๐˜๐—ถ๐—ผ๐—ป?

Smart Option adalah satu pilihan yang anda boleh buat ke atas Pelan Medical Card AIA untuk mengurangkan kos caruman bulanan atau tahunan.

Setelah memilih pilihan ini, anda perlu mengikuti dan menuruti langkah-langkah yang ditetapkan sekiranya anda ingin mendapatkan sebarang rawatan di hospital. Langkah-langkah ini dipanggil sebagai Smart Journey.

Secara ringkasnya, medical card tanpa Smart Option, jika anda sakit dan perlukan rawatan, anda boleh terus ke hospital. Manakala medical card dengan Smart Option, anda perlu melalui Klinik Panel Smart AIA, kemudian ke Hospital Panel Smart AIA.

๐—”๐—ฝ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ต ๐—™๐—ฎ๐—ฒ๐—ฑ๐—ฎ๐—ต ๐—ฆ๐—บ๐—ฎ๐—ฟ๐˜ ๐—ข๐—ฝ๐˜๐—ถ๐—ผ๐—ป?

Semestinya dengan Smart Option, anda akan memperolehi medical card yang lebih murah berbanding medical card biasa. Anda akan memperolehi diskaun caruman 20%. Contoh, jika medical card biasa carumannya RM150, untuk medical card dengan Smart Option akan jadi RM120 sahaja.

Antara faedah yang lain, anda akan dilorongkan ke saluran dan kaedah rawatan dengan cara yang betul. Kaedah ini dipanggil sebagai Smart Journey. Dengan adanya kaedah ini, anda boleh memastikan jenis penyakit atau musibah yang anda hadapi betul-betul memerlukan rawatan hospital atau tidak.

Ini juga mengurangkan risiko-risiko tuntutan ditolak dan bermasalah (rejected claim) dan dalam masa yang sama anda sedar dan tahu bagaimana proses rawatan serta tuntutan rawatan dibuat dari awal sehingga akhir secara jelas tanpa syak wasangka.

๐—•๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ถ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ ๐—–๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—š๐˜‚๐—ป๐—ฎ ๐— ๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐—ฐ๐—ฎ๐—น ๐—–๐—ฎ๐—ฟ๐—ฑ ๐——๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—บ๐—ฎ๐—ฟ๐˜ ๐—ข๐—ฝ๐˜๐—ถ๐—ผ๐—ป
(๐—ฆ๐—บ๐—ฎ๐—ฟ๐˜ ๐—๐—ผ๐˜‚๐—ฟ๐—ป๐—ฒ๐˜†)?

Cara dan Kaedah Smart Journey perlu dituruti secara tertib dari awal sehingga akhir bagi mengelakkan sebarang masalah dalam tuntutan. Senarai panel untuk Smart Journey boleh dirujuk di laman web AIA Panel Locator.

Cara dan langkah-langkah guna Medical Card dengan Smart Option adalah seperti di bawah :

Langkah 1 : Mulakan dengan Klinik Panel Smart AIA (Smart GP)

Sekiranya anda sakit, pergi ke mana-mana Klinik Panel Smart AIA yang berhampiran. Jika ianya penyakit berkaitan dengan Kemalangan, langkah ini tidak diperlukan. Anda boleh terus ke Langkah 3.

Lakukan diagnosis dan dapatkan nasihat doktor berkenaan penyakit anda. Jika ia tidak teruk, anda boleh mengambil ubat di klinik dan pulang ke rumah untuk berehat. Jika penyakitnya teruk dan perlukan rawatan di hospital, dapatkan Surat Rujukan (refer letter) ke Klinik Pakar (specialist) di Hospital Panel Smart AIA. Beritahu di mana Hospital Panel Smart AIA berhampiran yang anda selesa dan mudah untuk anda berurusan.

Bayaran Bil Klinik perlu dibuat oleh anda. Simpan segala resit pembayaran beserta laporan kesihatan. Bayaran bil ini boleh dituntut kembali (kaedah pay-and-claim atau pay-and-file). Cara tuntutan boleh dirujuk pada Langkah 5.

Langkah 2 : Klinik Pakar di Hospital Panel Smart AIA (Smart Specialist)

Setelah mendapat Surat Rujukan (refer letter), terus pergi ke Hospital Panel Smart AIA seperti yang tertera di surat rujukan. Terus berjumpa dengan Pakar (specialist). Rujuk dengan pakar apakah prosedur hospital untuk dapatkan rawatan seterusnya.

Bayaran Bil Klinik perlu dibuat oleh anda. Simpan segala resit pembayaran beserta laporan kesihatan. Bayaran bil ini boleh dituntut kembali (kaedah pay-and-claim atau pay-and-file). Cara tuntutan boleh dirujuk pada Langkah 5.

Langkah 3 : Hospital Panel Smart AIA untuk Rawatan seterusnya

Hospital Panel Smart AIA akan menguruskan Surat Jaminan (Guarantee Letter โ€“ GL) untuk urusan kemasukan ke wad. Setelah Surat Jaminan diluluskan, anda akan mendapat rawatan (ubat, pembedahan, dan sebagainya) sepanjang berada di wad hospital.

Apabila selesai rawatan di hospital, bil akan dikeluarkan. Tertakhluk kepada jenis medical card, anda akan diminta untuk membuat bayaran deduktibel RM500. Bakinya akan ditanggung oleh pelan Medical Card anda.

Dan anda boleh pulang ke rumah dan berehat.

Langkah 4 : Rawatan Susulan (jika perlu) di Hospital Panel Smart AIA

Sekiranya Doktor dan Hospital memerlukan anda untuk hadir ke rawatan susulan, anda boleh pergi mengikut tarikh yang ditetapkan.

Tiada sebarang kos akan dikenakan pada peringkat ini kerana Surat Jaminan (GL) telah pun dibuat oleh pihak hospital.

Langkah 5 : Hantar Sebarang Resit Tuntutan (claim) yang masih belum dibuat melalui Aplikasi AIA+

Sekiranya ada bil atau caj yang telah dibayar tetapi belum dituntut terutamanya semasa Langkah 1 dan 2, anda boleh menghantar dan menguruskannya dengan memuat naik semua dokumen melalui aplikasi AIA+.

Rujuk ejen atau penasihat Takaful anda jika perlukan bantuan atau ada sebarang masalah dan soalan.

๐—”๐—ฝ๐—ฎ ๐—๐—ฎ๐—ฑ๐—ถ ๐—๐—ถ๐—ธ๐—ฎ ๐—ง๐—ถ๐—ฑ๐—ฎ๐—ธ ๐—œ๐—ธ๐˜‚๐˜ ๐—Ÿ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—ต-๐—Ÿ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—ต ๐—ฌ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐——๐—ถ๐˜๐—ฒ๐˜๐—ฎ๐—ฝ๐—ธ๐—ฎ๐—ป
๐——๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ฆ๐—บ๐—ฎ๐—ฟ๐˜ ๐—๐—ผ๐˜‚๐—ฟ๐—ป๐—ฒ๐˜†?

Semestinya anda akan dikenakan cas Deduktibel RM500 dan Ko-Takaful 20% dari jumlah bil sekiranya :

Anda tidak mengikut langkah-langkah Smart Journey secara tertib, atau menggugur salah satu dari langkah-langkah yang ditetapkan. atau/dan;
Tidak memilih Panel Smart AIA sepanjang proses diagnosis dan rawatan. Baik Klinik atau Klinik Pakar (Specialist) atau Hospital.
Contoh situasi : Anda sakit di bahagian perut dan terus pergi ke Hospital bukan Panel Smart AIA tanpa merujuk kepada Klinik dan Pakar. Selesai rawatan, bil yang dikeluarkan, RM8,000. Maka :

Anda perlu membayar Deduktibel : RM500. Dan,
Anda perlu juga membayar Ko-Takaful 20% dari jumlah bil selepas tolak deduktibel : 20% X RM7,500 = RM1,500
Maka, jumlah yang anda perlu keluarkan adalah RM2,000. Selebihnya, RM6,000, dibayar oleh AIA.

credit info : lifetakaful

Memperkenalkan SMART Option! Dengan pilihan penjimatan kos ini, anda akan menerima perlindungan perubatan yang berkualit...
24/07/2024

Memperkenalkan SMART Option! Dengan pilihan penjimatan kos ini, anda akan menerima perlindungan perubatan yang berkualiti di seluruh negara dengan caruman mampu milik.


Program Life+ Rewards kami memberi anda lebih peluang untuk meraih ganjaran tunai, termasuk mendaftar tanggungan anda un...
14/07/2024

Program Life+ Rewards kami memberi anda lebih peluang untuk meraih ganjaran tunai, termasuk mendaftar tanggungan anda untuk perlindungan hayat, sehingga 5 orang!

Kini, anda seisi keluarga boleh menjalani kehidupan yang lebih sihat, berpanjangan dan bermakna di samping meraih ganjaran tunai yang menarik.

Layari aplikasi AIA+ untuk info lanjut tentang Life+ Rewards hari ini.


Address

Pasir Gudang
81700

Telephone

+60177000133

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AIA JB Pasir Gudang Public Takaful posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to AIA JB Pasir Gudang Public Takaful:

Share