28/12/2024
Medical kad biasa tak cover kemasukan hospital kerana penyakit mental seperti Major Depressive Disorder (MDD), melainkan kalau kita ambil medical kad khas, yang ada faedah penyakit mental seperti MediPRO.
Di Zurich Takaful, kami cover 5 penyakit mental termasuk MDD, sebanyak 1,500 - 3,000 setahun. Nampak sikit, tapi sebenarnya rawatan penyakit mental ini biasanya diberi di hospital awam.
Jika seseorang mengalami penyakit mental seperti yang dinyatakan, kos rawatan di hospital akan ditanggung, dengan syarat individu tersebut perlu dirawat di hospital secara berterusan selama sekurang-kurangnya 3 HARI dan dirujuk secara bertulis oleh pakar psikiatri.
Berikut adalah jenis penyakit mental yang layak untuk tuntutan:
1. Gangguan Kemurungan yang Teruk
Ini melibatkan perasaan sedih yang sangat berpanjangan, hilang minat, dan keletihan yang jelas mengganggu kehidupan harian seperti kerja, hubungan sosial, atau aktiviti lain.
Tuntutan hanya boleh dibuat jika pesakit menerima rawatan terapi elektroconvulsive (ECT).
2. Gangguan Bipolar
Penyakit ini melibatkan perubahan emosi yang sangat ketara, dari sangat gembira (mania) kepada sangat sedih (depresi), yang mengganggu fungsi harian.
Pesakit perlu menunjukkan gejala yang sangat teruk dan didiagnosis oleh pakar psikiatri.
3. Gangguan Obsesif Kompulsif (OCD)
Melibatkan obsesi atau tindakan berulang yang mengganggu kehidupan harian secara serius, seperti kerja dan hubungan sosial.
Untuk layak, OCD tersebut mesti berada pada tahap severe (teruk) atau extreme (sangat teruk) berdasarkan penilaian pakar psikiatri.
4. Skizofrenia
Penyakit ini menyebabkan gangguan utama pada pemikiran, emosi, dan tingkah laku, termasuk halusinasi (melihat atau mendengar perkara yang tidak wujud).
Diagnosis perlu dibuat oleh pakar psikiatri berdasarkan kriteria yang diiktiraf.
5. Gangguan Skizoafektif
Gabungan ciri skizofrenia (seperti halusinasi) dan gangguan emosi (seperti depresi atau mania), yang berlaku serentak.
Sama seperti skizofrenia, ia mesti didiagnosis oleh pakar psikiatri.
Syarat untuk Tuntutan
1. Diagnosis Tepat: Penyakit mental tersebut mesti disahkan oleh pakar psikiatri berdasarkan kriteria DSM-5 (atau kriteria lain yang diiktiraf).
2. Rawatan Spesifik: Pesakit mesti menjalani kombinasi rawatan tertentu seperti terapi ubat antipsikotik atau terapi lain sekurang-kurangnya 180 hari selepas diagnosis.
Nota Penting:
Tuntutan rawatan kes gangguan perasaan ringan, tekanan biasa atau penyakit mental berpunca dari alkohol adalah dikecualikan.