PSSGM Negeri Selangor

Call Contact the business

PSSGM Negeri Selangor Pejabat Urusan PSSGM Negeri Selangor
Nakhoda Bentara Training Centre
No. 1-2 Jalan Bidara 7/1, Saujana Utama 3
47000 Sungai Buloh,
Selangor Darul Ehsan.

Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Bahagian Negeri Selangor telah didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) atau dikenali sebagai The Registry of Societies of Malaysia (ROS) pada 26 September 2013. Yang Di Pertua Negeri : 011-10096905
Setiausaha Negeri : 012-6800915
Email : [email protected]

BERITA DUKA: PEMERGIAN WARIS / GURU SILAT SENI GAYONGإِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَDukacita dimaklumkan ba...
02/10/2026

BERITA DUKA: PEMERGIAN WARIS / GURU SILAT SENI GAYONG

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Dukacita dimaklumkan bahawa CIKGU BADEK RUZAMAN BIN ZAINAL ABIDIN @ DATO’ MEOR ABDUL RAHMAN telah kembali ke rahmatullah di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

Almarhum merupakan anak angkat serta antara waris mutlak terdekat yang dibesarkan di bawah asuhan terus Pengasas Silat Seni Gayong, Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman. Pemergian beliau adalah satu kehilangan yang sangat besar buat seluruh warga persilatan.

Kami mengucapkan setinggi-tinggi salam takziah kepada seluruh ahli keluarga almarhum. Semoga Allah SWT merahmati roh almarhum, memuliakan kematiannya, mengampuni segala dosa-dosanya, dan menempatkan rohnya di kalangan orang-orang yang beriman serta beramal soleh di syurga.

Al-Fatihah. 🤲

MAKLUMAN DUKACITAبِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِإِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَDengan dukacitanya dimak...
10/09/2026

MAKLUMAN DUKACITA

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Dengan dukacitanya dimaklumkan bahawa Allahyarham Mohd Shahmi bin Saparudin, telah kembali ke rahmatullah pada 10 September 2026, pada usia 34 tahun.

Allahyarham yang dilahirkan pada 4 November 1991 merupakan seorang Gurulatih PSSGM yang aktif dalam mengajar dan membimbing pesilat di Daerah Gombak, khususnya di AKADEMI SILAT GOMBAK UTARA – SRAISC.

Allahyarham juga merupakan seorang yang aktif serta banyak menyumbang dalam dunia persilatan, adat dan kepimpinan, antaranya:

- Bendahari Lembaga Adat Istiadat Negeri Selangor
- Timbalan Pengerusi Daerah Gombak
- Gurulatih Aktif PSSGM Daerah Gombak
- Mengajar dan membimbing pesilat di AKADEMI SILAT GOMBAK UTARA – SRAISC
- Aktif dalam PESAKA
- Berkhidmat sebagai Wasit & Juri dalam kejohanan silat

PUNCA KEMATIAN:
Darah beku di kaki yang naik ke saluran jantung, beberapa hari selepas menjalani operation ACL di bahagian lutut.

URUSAN PENGEBUMIAN:
Jenazah kini berada di Masjid Gombak Utara dan akan dikebumikan pada 11 September 2026 selepas solat Jumaat.

Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat keluarga, sahabat handai, warga persilatan serta seluruh warga PSSGM yang mengenali beliau. Allahyarham bukan sahaja seorang Gurulatih, malah seorang yang aktif dalam mengembangkan ilmu persilatan, mendidik generasi muda serta menyumbang tenaga dalam bidang adat, kepimpinan, PESAKA dan pengadilan silat.

Kata-kata akhir:
“Perginya seorang pejuang bukan bererti terpadam segala jasanya. Ilmu yang dicurahkan, silat yang diajarkan, amanah yang dipikul dan budi yang ditaburkan akan terus hidup dalam ingatan mereka yang pernah mengenalinya.”

Marilah kita bersama-sama menghadiahkan Al-Fatihah buat Allahyarham.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa dan kesilapan Allahyarham, menerima segala amal kebajikan serta jasa beliau, melapangkan dan menerangi kuburnya, menempatkan roh beliau dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh serta dikurniakan husnul khatimah.

Semoga seluruh ahli keluarga Allahyarham diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi dugaan atas pemergian insan yang disayangi.

Al-Fatihah. 🤲

Daripada:
Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM)
Bahagian Negeri Selangor

















Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-69! 🇲🇾✨"Adat beradab menjunjung warisan, bangsa berdaulat mempertahankan negara."S...
31/08/2026

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-69! 🇲🇾✨

"Adat beradab menjunjung warisan, bangsa berdaulat mempertahankan negara."

Semoga Malaysia terus aman, makmur, dan berdaulat. Bersatulah kita mempertahankan maruah dan perpaduan tanah air tercinta.

Merdeka! Merdeka! Merdeka! 💪🔥

Ikhlas daripada:
Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) Bahagian Negeri Selangor Darul Ehsan

Antara icon dalam dunia persilatan Gayong .... Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman...Al-fatiha
29/07/2026

Antara icon dalam dunia persilatan Gayong ....

Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman...

Al-fatiha

UCAPAN TAHNIAH & SELAMAT MENJALANKAN AMANAHSetinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada Cikgu Selamat Mat Raji atas p...
28/06/2026

UCAPAN TAHNIAH & SELAMAT MENJALANKAN AMANAH

Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada Cikgu Selamat Mat Raji atas pemasyhuran sebagai Ahli Lembaga Waris Amanah, sekali gus diberikan amanah untuk mewakili Negeri Selangor.

Tahniah juga diucapkan kepada semua Ahli Lembaga Waris Amanah yang telah dimasyhurkan pada 26 Jun 2026. Semoga setiap amanah yang dipikul dapat dilaksanakan dengan penuh keikhlasan, kebijaksanaan, integriti dan tanggungjawab demi memelihara serta memperkukuhkan warisan yang diamanahkan.

Semoga Allah SWT mengurniakan kekuatan, kesihatan, petunjuk dan keberkatan kepada seluruh Ahli Lembaga Waris Amanah dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan.

Sekalung tahniah dan selamat menjalankan amanah.

Tarikh Pemasyhuran: 26 Jun 2026.

🚨 HEBAHAN RASMI PSSGM NEGERI SELANGOR 🚨Perhatian kepada semua ahli, ibu bapa, pihak sekolah dan orang awam.PSSGM Negeri ...
16/06/2026

🚨 HEBAHAN RASMI PSSGM NEGERI SELANGOR 🚨

Perhatian kepada semua ahli, ibu bapa, pihak sekolah dan orang awam.

PSSGM Negeri Selangor ingin mengingatkan bahawa penggunaan nama, logo dan identiti Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia hendaklah hanya dilakukan oleh gelanggang dan gurulatih yang berdaftar serta mendapat pengiktirafan yang sah.

📌 Semakan status Gurulatih dan Gelanggang PSSGM Negeri Selangor boleh dibuat melalui pautan berikut:

https://tinyurl.com/SemakanNoAhliPSSGMSelangor

PSSGM Negeri Selangor tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang aktiviti atau program yang menggunakan nama dan identiti pertubuhan tanpa kebenaran serta pengiktirafan yang sah.

Bersama-sama kita memelihara keaslian, maruah dan warisan Silat Seni Gayong Malaysia.

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam, khususnya warga PSSGM di Negeri Selangor.Semoga Aidiladha ini mem...
26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam, khususnya warga PSSGM di Negeri Selangor.

Semoga Aidiladha ini membawa keberkatan, mengeratkan ukhuwah serta menyemarakkan semangat pengorbanan dalam diri kita semua.

Ikhlas daripada
AJK PSSGM Negeri Selangor


Anak Gayong perlukan bantuan....
21/05/2026

Anak Gayong perlukan bantuan....

DERMA KILAT – TABUNG KECEMASAN

Assalamualaikum wbt.

Dimaklumkan bahawa anak kepada ahli Gelanggang Warisan Laksamana, Cawangan Seputeh, iaitu:

Nama Ahli: Mohd Ezuan Shafry bin Zainal

Nama Anak: Eshal Az Zahra binti Mohd Ezuan Shafry

Tarikh Kemalangan: Khamis, 26 Februari 2026

Anak beliau telah mengalami kecederaan serius akibat kemalangan, antaranya:

• Putus kaki kanan paras bawah lutut
• Paha kanan patah
• Pinggul patah
• Luka besar di kaki kiri

Sehubungan itu, pihak PSSGM WPKLP membuka ruang Derma Kilat bagi membantu meringankan beban keluarga beliau.

Sumbangan dibuka sehingga: 14 Jun 2026

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun berikut:

PSSGM NEGERI WPKLP
CIMB: 8602655450

Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi asbab kebaikan, keberkatan dan meringankan urusan keluarga adik Eshal Az Zahra.

Terima kasih.

MAKLUMAT TERKINI 11 Mei 2026.Dengan penuh rasa dukacita dimaklumkan bahawa Cikgu Ibrahim Mohd Yatim, Mantan Khalifah Bes...
11/05/2026

MAKLUMAT TERKINI 11 Mei 2026.

Dengan penuh rasa dukacita dimaklumkan bahawa Cikgu Ibrahim Mohd Yatim, Mantan Khalifah Besar Negeri Selangor dan Kuala Lumpur, telah kembali ke rahmatullah pada sekitar jam 12.30 pagi, 11 Mei 2026.

Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar buat seluruh warga Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM). Allahyarham merupakan antara tokoh Gayong yang sezaman dengan Mahaguru Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman dan banyak berjasa dalam memperjuangkan serta mengembangkan Silat Seni Gayong Malaysia, khususnya di Negeri Selangor dan Kuala Lumpur.

Sepanjang perjuangan beliau, Allahyarham telah melahirkan ramai gurulatih serta anak murid yang terus menyambung warisan dan perjuangan Silat Seni Gayong Malaysia hingga ke hari ini. Segala jasa, pengorbanan dan bakti Allahyarham dalam memperkukuhkan perkembangan PSSGM amat besar nilainya dan tidak akan dilupakan.

Semoga segala ilmu yang dicurahkan, didikan yang diberikan serta amal bakti Allahyarham menjadi saham akhirat yang berpanjangan dan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham.

Marilah kita bersama-sama menghadiahkan bacaan Al-Fatihah buat Allahyarham.

Al-Fatihah.

19/02/2026

Address

PSSGM Bahagian Negeri
Negeri

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+60378750036

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PSSGM Negeri Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to PSSGM Negeri Selangor:

Shortcuts

Share