01/07/2024
Saya Ada Semput Tapi Masih Boleh Berlari & Bersenam
Siapa sini yang ada sempot (asthma) macam saya.?
Mari saya kongsi 1 pengalaman saya sebagai seorang "Anak Cikgu yang ada sempot".
Kalau diingat semula, saya ni semput dari umur saya 3-4 tahun lagi.
Tersiksa sikit bila ada cop "budak sempot" dekat dahi nie.
Kenapa?
Nak makan aiskrim tak boleh. Nak berlari sikit tak boleh. Nak milo ais tak boleh. Cendol? Mimpi jela.
Sikit-sikit kang guna Salbutamol. Tak pun Ventolin. Ha ha ha
Bila kita main kejar-kejar, nanti ada la suara ;
"Man! Jangan lari-lari nanti sempot"
"Luqman kenapa makan aiskrim? Nak saya repot dekat teacher Anita (Ibu)"
Saya faham, semua risau bila sakit nanti susah.
Saya ingat lagi masa saya darjah 3 saya kena angkot naik Ambulan & diwarded sebab semput dekat sekolah masa hari s**an. Itulah pertama kali saya warded disebabkan semput.
Nie sajalah nak bagitahu. Memang waktu tu hari s**an tahunan sekolah saya. Cumanya saya warded waktu tu bukan sebagai wakil rumah s**an acara 100 meter, tapi hanya sebagai penyokong sahaja kt tepi padang. Hahaha
But how.?? Please take note yang "asthma nie bukan main-main. Sometimes benda kecik pun boleh trigger.
Masa pengumuman juara rumah s**an waktu tu, bila saya dengar je "rumah merah juara!!", saya terus teriak & mengejek² rumah kuning (along) yg ada berkumpul di sebelah rumah s**an merah.
Terlompat-lompat, terjerit-jerit & terkinja-kinja macam lah saya yang masuk acara. Bila ingat balik malu p**a rasa. Ha ha ha..
Pada ketika saya lupa diri tu, tiba-tiba saya tersedak, on the spot dada saya rasa sempit, nak tarik nafas secara normal sangat susah. Saya struggle sangat. I meant it, sangat susah nak dapatkan udara.
Tengok orang kiri kanan cari along, terus tak peduli dah rumah s**an mana yang menang sebab what is really important for me at that moment is to keep breathing.
Sampai lekuk dekat collar bone waktu tu. Mcm dah rupa orang nazak. Guna hidung, guna mulut. Tariklah nafas semampu yang saya boleh.
Sampailah saya rebah di padang. Tulah, mengejek orang lagi. Haihh..
Sejak dari hari tu, lompat jauh pun diharamkan utk saya. Yang boleh cuma perbarisan je. Sedih kan? Walaupun Ibu mengajar sekolah lain, tetapi vibe kena angkot naik Ambulan memang dipandang serius oleh pihak sekolah. So, cannot participate any sports lah senang ckp.
But how do i survive? Apa yang saya buat mungkin sesuai utk saya & segelintir orang, uolz boleh amalkan kalau nak ok.
1. Naikkan berat badan.
Masa saya sekolah rendah, saya perasan saya tak kuat nak lawan bila diserang asthma sebab saya terlalu kurus. Berat paling tinggi 38Kg. Selera makan sangat kurang. Nasi goreng order separuh, tapi saya makan pun separuh daripada separuh tu.
Tapii, lepas dah masuk sekolah menengah, selera tu tiba-tiba datang, berat pun mula naik 50Kg-60Kg. And surprisingly bila ada rasa nak "sempot", saya boleh counter dengan lebih santai.
2. Aktifkan bersenam.
Kalau ikut saranan Dr yang incharge pada waktu saya warded, dia sarankan saya berenang. Alasannya untuk latih paru-paru utk jadi kuat.
Tapi saya jarang lah buat sebab kelas renang bukan free. So, saya workout ringan-ringan je. Contoh pushups, main lah dumbbell 2.5Kg tu. Masa tu pun sekolah rendah, cara semua berterabur.
But still, lagi kuat badan kita, lagi mudah untuk counter bila rasa "sempot" tu datang.
3. Don't trigger the asthma.
Yang ini trial & error. Untuk saya, saya tak boleh tersedak, bila tersedak, mula rasa ketat dekat dada.
Saya memang berusaha juga elakkan diri dari tersedak. Tapi dah nama pun "ter"sedak, mana lah kita nak jangka betul? That's why penting untuk point nombor 1 & 2 diatas.
Alhamdulillah ya Allah kerana memberikan nikmat kesihatan yang semakin baik kepada saya.
Bila saya dah habis sekolah, jarang sangat saya diserang asthma.
Mybe sebenarnya asthma tu ada, tapi saya tak rasa dah. Saya boleh minum Spanish Iced Latte, saya boleh makan aiskrim & even nk jog pun tiada masalah.
And Alhamdulillah saya tak bergantung pun lagi dengan Ventolin & Salbutamol.
So, pengalaman you all p**a macam mana? Masih depends on Salbutamol? And still tak boleh minum /makan sebarangan? Boleh komen kt bawah. Kita kongsi pengalaman untuk manfaat bersama.
Next nanti saya kongsi lagi pengalaman saya bab "asthma" nii. Semoga memberi manfaat kepada semua followers & pembaca.
Btw, utk orang semput mcm saya, boleh ke buat medical card? Nak tahu boleh komen. He he he..