20/07/2026
GIBRAN HUFAIZAH, BERMULA SEBAGAI HERO BERAKHIR MENJADI DALANG
Mungkin ramai insan yang bernama Gibran di Indonesia. Namun yang sangat dikenali oleh warganya mungkin hanya dua orang.
Gibran Rakabuming Raka, ialah Wakil Presiden Indonesia. Beliau mendapat pujian dari rakyat Indonesia kerana sifatnya yang “cool”ketika para ahli parlimen Indonesia berjoget di bangunan dewan parlimen. Ketika rakyat Indonesia menjadi marah kerana episod joget dan kemudia merusuh di jalanan serta memusahkan harta milik peribadi ahli parlimen, Gibran Rakabuning Raka antara tokoh yang terkecuali.
Seorang lagi sosok ialah Gibran Huzaifah. Ia bukan sahaja menjadi terkenal di Indonesia tetapi terkenal juga dalam dunia pelaburan dan kewangan antarabangsa. Kini sedang menjalani hukuman penjara 9 tahun di negaranya Indonesia.
Bagaimana beliau Gibran Huzaifah boleh menjadi terkenal?
"Tidak semua scam bermula dengan niat untuk menipu. Ada yang bermula dengan impian untuk berjaya, sebelum akhirnya terjerumus ke dalam penipuan yang semakin sukar dihentikan."
Begitulah kisah yang berlaku kepada Gibran Huzaifah, seorang usahawan muda Indonesia yang pernah dipuji sebagai penyelamat industri akuakultur negara itu.
Beliau bukan sahaja berjaya membina sebuah syarikat teknologi bertaraf unicorn, malah pernah diraikan di pentas antarabangsa sebagai contoh bagaimana teknologi mampu mengubah kehidupan penternak ikan dan udang.
Namun pada penghujung tahun 2024, segala-galanya runtuh.
Apa yang selama ini dipersembahkan sebagai kisah kejayaan rupanya didakwa dibina di atas angka-angka kewangan yang dimanip**asi. Dalam tempoh beberapa minggu sahaja, nama Gibran bertukar daripada ikon startup kepada individu yang dikaitkan dengan antara skandal penipuan korporat terbesar dalam sejarah startup Asia Tenggara.
Siapakah Gibran Huzaifah?
Gibran Huzaifah merupakan graduan Biologi dari Institut Teknologi Bandung (ITB), salah sebuah universiti paling berprestij di Indonesia.
Semasa menuntut di universiti, beliau sering melihat sendiri kesukaran yang dihadapi penternak ikan. Kos makanan ikan yang tinggi serta pembaziran makanan menyebabkan keuntungan penternak menjadi semakin kecil.
Daripada pemerhatian itu lahirlah satu idea yang cukup bernas.
Mengapa tidak dibina mesin yang boleh memberi makanan ikan secara automatik mengikut keperluan sebenar?
Idea inilah yang menjadi asas kepada penubuhan eFishery pada tahun 2013.
eFishery: Startup Yang Mengubah Industri Akuakultur
Produk pertama eFishery ialah mesin pemberian makanan ikan automatik menggunakan teknologi Internet of Things (IoT).
Daripada sebuah mesin, syarikat berkembang menjadi platform digital yang menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada penternak seperti:
- mesin pemberian makanan automatik;
- pembiayaan kepada penternak;
- pembelian makanan ternakan;
- pemasaran hasil ternakan; dan
- aplikasi pemantauan kolam secara digital.
- Model perniagaan ini menarik perhatian pelabur antarabangsa.
Tidak lama kemudian, dana modal teroka terkenal dunia mula melabur dalam eFishery. Nilai syarikat melonjak sehingga melepasi AS$1 bilion dan eFishery dinobatkan sebagai unicorn pertama dunia dalam sektor akuakultur.
Tetapi Di Sebalik Kejayaan Itu...
Apa yang tidak diketahui oleh kebanyakan pelabur ialah syarikat sebenarnya sedang menghadapi tekanan kewangan.
Menurut pengakuan Gibran kemudian, masalah bermula sekitar tahun 2018 apabila syarikat menghadapi kesukaran mendapatkan dana baharu. Beliau bimbang jika pelabur melihat prestasi sebenar syarikat, pembiayaan akan dihentikan dan eFishery akan gulung tikar.
Di sinilah titik perubahan berlaku.
Daripada melaporkan keadaan sebenar, angka kewangan mula diubah.
Pada mulanya mungkin sekadar untuk "menyelamatkan syarikat".
Namun setiap kali syarikat memperoleh pelaburan baharu, angka yang dipalsukan menjadi semakin besar.
Lama-kelamaan, penipuan itu tidak lagi boleh dihentikan.
Bagaimana Penipuan Itu Dilakukan?
Hasil audit forensik mendakwa bahawa eFishery mempunyai dua set penyata kewangan.
Set pertama digunakan untuk kegunaan dalaman dan menunjukkan keadaan sebenar syarikat.
Set kedua p**a disediakan khusus untuk pelabur, bank dan juruaudit luar.
Laporan kedua inilah yang didakwa menggambarkan syarikat jauh lebih menguntungkan daripada keadaan sebenar.
Audit turut mendakwa bahawa:
hasil jualan dibesar-besarkan sehingga hampir lima kali ganda;
keuntungan yang dilaporkan sebenarnya merupakan kerugian;
pendapatan didakwa terlebih nyata hampir AS$600 juta bagi tempoh sembilan bulan sehingga September 2024; dan
bilangan mesin pemberian makanan yang didakwa beroperasi juga jauh lebih tinggi daripada jumlah sebenar.
Semakin besar syarikat berkembang, semakin besar juga jurang antara prestasi sebenar dengan angka yang dilaporkan kepada pelabur.
Siapakah Mangsa?
Ramai menganggap mangsa utama ialah pelabur.
Antara pelabur yang terkesan ialah beberapa dana modal teroka antarabangsa dan pelabur institusi yang telah melaburkan ratusan juta dolar ke dalam eFishery berdasarkan maklumat kewangan yang kemudiannya dipersoalkan.
Antara pelabur institusi yang dikatakan bukan calang-calang agensi ialah;
Softbank
SoftBank sebuah institusi pelaburan modal teroka yang terkemuka. Diasas dan diketuai oleh pelabur billionair dari Jepun iaitu Masayoshi Son. Penglibatan Softbank adalah melalui anak syarikatnya iaitu Sofbank Vision Fund.
Ia disahkan sebagai antara pelabur yang berdepan kemungkinan kehilangan sebahagian besar pelaburan. Bloomberg melaporkan pelabur mungkin memperoleh semula kurang daripada 10 sen bagi setiap US$1 yang dilaburkan jika keadaan tidak berubah.
Temasek Holding
Temasek Holdings ialah sebuah syarikat pelaburan global milik penuh Kementerian Kewangan Singapura yang beroperasi sebagai sebuah syarikat pelaburan komersial yang membuat keputusan pelaburan secara bebas dengan matlamat menjana p**angan jangka panjang.
Ia mempunyai pelaburan di beberapa buah negara seluruh dunia dan sehingga 31 Mac 2026, nilai portfolio bersih Temasek mencecah kira-kira S$518 bilion (lebih kurang AS$400 bilion).
Northstar Group
Northstar Group ialah sebuah firma pelaburan ekuiti persendirian (private equity) yang diasaskan pada tahun 2003 dan memberi tumpuan kepada pelaburan di Asia Tenggara, khususnya Indonesia. Beribu pejabat di Singapura dan Jakarta, Northstar menguruskan dana berbilion dolar Amerika dan melabur dalam syarikat yang mempunyai potensi pertumbuhan tinggi.
Antara pelaburnya ialah dana pencen, syarikat insurans, dana kekayaan negara (sovereign wealth funds) dan institusi kewangan dari seluruh dunia.
KWAP
Kump**an Wang Persaraan (Diperbadankan) atau KWAP ialah sebuah badan berkanun milik Kerajaan Malaysia. Ia adalah mengurus dana persaraan bagi penjawat awam. Sehingga akhir tahun 2025, KWAP mengurus aset bernilai lebih RM190 bilion, menjadikannya antara pelabur institusi terbesar di Malaysia.
KWAP, dana amanah pencen melabur RM200 juta dalam eFishery. Satu kerugian yang pasti
Namun pelabur bukan sahaja mangsanya.
Pekerja syarikat turut menerima kesan apabila berlaku pemberhentian pekerja selepas krisis tersebut.
Rakan niaga dan pembekal juga berdepan ketidakpastian.
Yang paling menyedihkan ialah para penternak ikan dan udang.
Walaupun majoriti mereka tidak kehilangan wang akibat penipuan kewangan itu secara langsung, mereka kehilangan sebuah syarikat yang selama ini banyak membantu meningkatkan produktiviti perusahaan mereka.
Berapa Besar Kerugiannya?
Tiada angka rasmi yang mengesahkan jumlah kerugian yang dialami oleh setiap pelabur, melainkan KWAP dari Malaysia yang telah diumumkan telah melabur sebanyak RM200 juta atau USD49 juta,
Namun Bloomberg pada April 2026 jumlah dana yang terlibat berjumlam USD300 juta.
Sebagai Pelabur Apa Pengajaran Boleh Diambil?
Kes eFishery mengajar kita bahawa syarikat yang menerima liputan media, memenangi pelbagai anugerah dan memperoleh pelaburan daripada institusi besar masih boleh terdedah kepada penipuan.
Ramai pelabur terlalu tertumpu kepada pertumbuhan hasil, bilangan pelanggan dan penilaian syarikat (valuation), tetapi terlupa melihat asas yang paling penting.
Adakah keuntungan itu benar-benar wujud?
Lebih penting lagi, adakah keuntungan tersebut disokong oleh aliran tunai sebenar?
Dalam dunia pelaburan, angka boleh dimanip**asi untuk seketika.
Namun aliran tunai akhirnya akan mendedahkan realiti.
Skandal eFishery membuktikan bahawa kejayaan yang dibina di atas angka palsu mungkin mampu bertahan beberapa tahun, tetapi akhirnya tetap akan runtuh apabila kebenaran terbongkar.
Bagi pelabur, pengajaran terbesar ialah jangan mudah terpesona dengan gelaran unicorn, penilaian berbilion dolar atau kisah kejayaan yang terlalu sempurna. Sebaliknya, nilai sesebuah syarikat berdasarkan integriti pengurusannya, ketelusan laporan kewangan dan kemampuan menjana keuntungan serta aliran tunai yang sebenar.
Sabri Jalil
Remisier berlesen sejak 1996