02/10/2026
ZIARAH KASIH, TANDA KITA PEDULI 🤲❤️
Hari ini saya berkesempatan menziarahi seorang pesakit strok di Kampung Kelantan.
Bila kita datang melihat sendiri keadaan mereka, kita sedar bahawa ada keluarga yang sedang melalui ujian yang cukup berat. Dalam keadaan sebegini, mungkin sumbangan yang kita hulurkan tidaklah seberapa, tetapi mudah-mudahan sedikit bantuan ini dapat meringankan beban dan memberi sedikit sinar buat keluarga.
Saya turut hadir untuk bertanya dan melihat apakah ruang yang boleh dibantu oleh pihak DUN agar kebajikan serta keperluan keluarga ini tidak terpinggir.
Sedikit sumbangan wang tunai dan bakul makanan disampaikan sebagai tanda ingatan dan keprihatinan.
Kerana bagi kita mungkin kecil nilainya, tetapi bagi mereka yang sedang diuji, ia mungkin sangat bermakna.
Semoga Allah memberikan kekuatan kepada pesakit dan seluruh keluarga, dipermudahkan segala urusan, dilapangkan hati dan dikurniakan kesembuhan.
Inilah tanda kita peduli. Kita hadir bukan hanya ketika mereka memerlukan, tetapi untuk sama-sama merasai dan meringankan beban mereka. ❤️🤲