LindungDuit.com

LindungDuit.com Bukan untuk semua orang. Tetapi setiap amanah akan dijaga sepenuh hati. Trusted Takaful Advisor.
(2)

03/06/2026

Alhamdulillah, nikmat Allah bagi dapat bangun dan bernafas lagi pagi ni.
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Pagi ini, sebelum kita meneruskan langkah mencari rezeki dan menguruskan kehidupan, marilah kita titipkan doa buat merek...
03/06/2026

Pagi ini, sebelum kita meneruskan langkah mencari rezeki dan menguruskan kehidupan, marilah kita titipkan doa buat mereka yang sedang berjuang dalam cara mereka sendiri. Mungkin ada yang sedang berjuang dengan kesusahan, kesakitan, kerinduan, atau ujian yang tidak terlihat oleh mata manusia.

Semoga setiap doa yang dipanjatkan menjadi asbab turunnya rahmat, ketenangan dan pertolongan daripada Allah SWT.

🌷 Doa Buat Pejuang Kehidupan

Ya Allah, kuatkanlah hati mereka yang sedang berjuang dalam kehidupan. Lapangkan dada mereka, permudahkan urusan mereka dan gantikan setiap lelah dengan ketenangan serta keberkatan.

🌷 Doa Buat Yang Sedang Berjuang Untuk Sihat

Ya Allah, kurniakanlah kesembuhan kepada mereka yang sedang diuji dengan kesakitan. Angkatlah segala penyakit, ringankan penderitaan dan berikan kesihatan yang berpanjangan.

🌷 Doa Buat Ibu dan Ayah

Ya Allah, rahmatilah ibu dan ayah kami. Ampunkan dosa-dosa mereka, panjangkan umur mereka dalam kebaikan dan tempatkan mereka dalam kalangan hamba-Mu yang Engkau kasihi.

🌷 Doa Buat Anak-Anak

Ya Allah, peliharalah anak-anak kami. Jadikan mereka penyejuk hati, anak yang soleh dan solehah, berjaya di dunia serta akhirat dan sentiasa berada dalam lindungan-Mu.

🌷 Doa Buat Seluruh Umat Islam

Ya Allah, satukan hati umat Islam di seluruh dunia. Kurniakan keamanan, kesejahteraan dan rahmat-Mu kepada kami semua. Ampunkan dosa kami dan matikan kami dalam husnul khatimah.

Aamiin Ya Rabbal ’Alamin🤍

Dulu saya ingat bunga kantan ni tugas dia bagi wangi je. Rupanya dia datang sekali dengan pakej ‘upgrade’ rasa.Sekarang ...
29/05/2026

Dulu saya ingat bunga kantan ni tugas dia bagi wangi je. Rupanya dia datang sekali dengan pakej ‘upgrade’ rasa.

Sekarang kalau masak patin tempoyak memang wajib masuk bunga kantan. Selain bagi aroma yang buat orang lain terliur, dia juga buat kuah jadi lebih pekat, rasa lebih padu dan ikan pun macam lagi manis.

Pendek kata, bunga kantan ni bukan pelakon tambahan, dia antara hero dalam periuk!😆

Salam jumaat semua jangan lupa selawat!

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1447HDi kesempatan yang penuh keberkatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil...
27/05/2026

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1447H

Di kesempatan yang penuh keberkatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua pelanggan, sahabat, kenalan serta insan-insan yang sentiasa menyokong perjalanan kerjaya saya selama ini.

Semoga Aidiladha ini mengajar kita erti keikhlasan dalam pengorbanan, memperkuatkan iman, serta mengeratkan kasih sayang bersama keluarga dan insan tersayang.

Terima kasih atas segala kepercayaan, doa dan sokongan yang diberikan. Semoga Allah SWT melimpahkan rezeki, kesihatan, kebahagiaan dan keberkatan buat kita semua.

Ikhlas daripada,
Rusmanidar Rozali
Founder lindungduit.com

Dulu saya selalu fikir…“Alahh nanti dulu lah ambil takaful. Aku sihat lagi.”Sampai satu masa saya mula nampak sendiri or...
25/05/2026

Dulu saya selalu fikir…
“Alahh nanti dulu lah ambil takaful. Aku sihat lagi.”

Sampai satu masa saya mula nampak sendiri orang sekeliling diuji dengan sakit, accident, masuk hospital. Masa tu baru sedar.

Benda ni bukan pasal kita sakit hari ni atau tidak. Tapi pasal kita bersedia atau tak bila ujian datang tanpa warning.

Saya pun bukan jenis s**a hardsell orang.
Kadang segan nak message banyak-banyak sebab saya sendiri tak s**a dipaksa beli apa-apa.

Tapi bila dah lama dalam bidang ni, saya faham satu benda, ramai orang bukan tak nak ambil. Mereka cuma belum faham kepentingan dia.

Sebab tu sekarang saya lebih s**a share awareness dan cerita kehidupan sebenar.
Bila client sendiri cerita macam mana medical card membantu waktu susah, dekat situ saya rasa kerja ni ada nilai.

Kadang satu posting simple pun boleh buka mata orang. Yang muda mula fikir pasal protection. Yang dah berkeluarga mula fikir pasal masa depan anak-anak.

Dan jujurnya, saya bersyukur Allah bagi jalan untuk saya bantu orang melalui bidang ni.

Kadang orang nampak kita diam, mereka ingat kita dah mengalah.Padahal kita cuma sedang penat bercakap dan memilih untuk ...
25/05/2026

Kadang orang nampak kita diam, mereka ingat kita dah mengalah.

Padahal kita cuma sedang penat bercakap dan memilih untuk fokus pada usaha.

Tak semua perjuangan perlu diumumkan.
Ada masa, kita kerja dalam diam menang pun dalam diam.

Result lambat? Teruskan.
Orang tak percaya? Teruskan.
Diuji berkali-kali? Tetap teruskan.

Sebab yang benar-benar berjaya bukan yang laju, tapi yang tetap berjalan walau perlahan.

Assalamualaikum dan selamat hari isnin🤍

“Bila sakit datang tanpa amaran, simpanan boleh habis sekelip mata. Sebab tu takaful bukan pilihan, tapi perlindungan.”•...
21/05/2026

“Bila sakit datang tanpa amaran, simpanan boleh habis sekelip mata. Sebab tu takaful bukan pilihan, tapi perlindungan.”

• “Bukan tunggu kaya baru nak ambil takaful. Tapi ambil takaful supaya hidup tak susah bila diuji.”

• “Hari ni mungkin kita sihat. Tapi masa depan tak pernah bagi jaminan.”

• “Takaful bukan untuk menunjuk mampu. Tapi untuk pastikan keluarga terus kuat bila kita diuji.”

• “Kadang bukan kos rawatan yang menakutkan, tapi bila keluarga terpaksa tanggung semuanya sendiri.”

Malam ni hujan, suasana tenang.Sebelum tidur, saya nak share sikit tentang pentingnya ada medical card.Kadang-kadang ora...
19/05/2026

Malam ni hujan, suasana tenang.
Sebelum tidur, saya nak share sikit tentang pentingnya ada medical card.

Kadang-kadang orang rasa takaful tu mahal.
Tapi bila tengok harga ubat untuk pesakit kanser, baru faham kenapa perlindungan tu penting.

Ada ubat yang sebulan sahaja sudah cecah ribuan ringgit. Belum masuk kos rawatan, ulang alik hospital, susu khas dan lain-lain keperluan.

Sakit tak pernah minta izin untuk datang.
Sebab tu sementara masih sihat dan masih boleh memohon, cubalah sediakan perlindungan untuk diri dan keluarga.

Semoga Allah pelihara kita semua daripada sakit yang berat🤍

Rusmanidar Rozali
19 Mei 2026

Sampai rumah sambung duduk berbincang tentang kewangan dan masa depan dekat laman rumah.Kalau bab kewangan keluarga, say...
19/05/2026

Sampai rumah sambung duduk berbincang tentang kewangan dan masa depan dekat laman rumah.

Kalau bab kewangan keluarga, saya memang orang penting yang susun semuanya. Dari saving semasa, perancangan haji, hutang rumah, hutang kereta sampailah perancangan masa depan. Memang selalu update “report” dekat dia.

Kadang-kadang orang nampak kerja takaful ni sekadar kerja cari client. Tapi sebenarnya banyak benda yang saya belajar dan praktikkan dalam kehidupan sendiri juga.

Seronok bila dapat berbincang tentang impian bersama. Tentang apa yang nak dicapai, apa yang perlu disediakan dan macam mana nak pastikan masa depan keluarga lebih teratur, tenang dan selamat.

Jadi ejen ni, sebelum buat profile kewangan orang lain, profile kewangan diri sendiri kena cantik dulu. Alhamdulillah selesai untuk hari ni.

Pagi ni suami ajak sarapan di luar. Lepas hantar anak-anak ke sekolah, kami terus cari breakfast. Suami nak makan lempen...
19/05/2026

Pagi ni suami ajak sarapan di luar. Lepas hantar anak-anak ke sekolah, kami terus cari breakfast. Suami nak makan lempeng kari kambing pagi ni.

Dalam perjalanan tu sempat baca Al-Waqiah dulu. Tenang rasa pagi macam ni. Kadang hidup ni bukan tentang sibuk kejar dunia saja, tapi tentang ada masa untuk nikmati momen kecil yang Allah bagi setiap hari.

Syukur sebab kerjaya takaful ni banyak bagi ruang dalam hidup saya. Bukan tak bekerja, bukan juga goyang kaki. Ada masa memang sibuk turun naik jumpa orang, urus client, settlekan macam-macam hal. Tapi yang saya s**a, saya masih ada pilihan untuk susun masa sendiri.

Pagi-pagi macam ni, saat orang lain dah terkejar-kejar punch card dan hadap jem, saya masih boleh tarik nafas, baca Quran dalam kereta, hantar anak sekolah sendiri dan sarapan dengan suami tanpa rasa kelam-kabut.

Rupanya nikmat masa fleksibiliti tu mahal. Lagi-lagi bila dah ada keluarga.

Assalamualaikum dan pagiiii🕊️

Address

Mentakab

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when LindungDuit.com posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to LindungDuit.com:

Share