20/09/2019
Rahsia kehidupan seorang jutawan muslim.
1. Solat sunat subuh + solat subuh + selawat + istighfar (buat sebanyak yg mampu) + sedekah
2. Solat dhuha + solat istikharah + waqiah
3. Solat Zohor
4. Solat asar + mathurat
5. Solat Maghrib + baca quran
6. Solat Isyak + Solat sunat taubat + al mulk
7. Solat malam - tahajjud + hajjat
8. Puasa sunat isnin khamis
Senang tulis tapi susah buatkan, jom konsisten moga Allah beri kemudahan di atas semua urusan, bersihkan hati supaya rezeki mudah melekat.
Ada 8 point di atas sah sah kita rasa beratkan?. Sebab apa ada banyak solat dan amalan?
Sebab lagi kita dekatkan diri dengan Allah , maka makin cepatlah pertolongan Allah dan semakin melimpah rezeki kita.
Saya ada terbaca di buku ustaz ebit lew sebenarnya usaha kita mencari rezeki di waktu pagi hanyalah 20% usaha, baki 80% lagi terletak aktiviti kita di malam hari. Tahajjud, doa, istikarah, taubat.
Ramai yang percaya bahawa usaha dan keputusan akhir terletak atas usaha kita semata tapi kadang terlupa Allah yang menentukan segalanya.
Buatlah kerana Allah, tidak dijadikan manusia melainkan untuk beribadah kepada Allah.
Allah juga berjanji barangsiapa yang menjaga solat, maka dia orang yg berjaya.
Barangsiapa yang menjaga solat, maka Allah akan angkat kesempitan hidup di dunia.
Moga Allah mudahkan urusan kita hari ini, esok dan seterusnya sehinggalah kita berjaya lintasi titian sirat yang amat gelap.