18/12/2019
MASIH UNTUNG BUAT ASB FINANCING WALAU DIVIDEN + BONUS HANYA 5.50%.
Bagi saya, ASB Financing adalah pelaburan wajib untuk anak muda yang baru nak mengenal dunia pengurusan kewangan. Saya kongsikan 10 sebabnya.
1. Risiko sangat rendah
2. Pulangan stabil
3. Simpanan paksaan
4. Simpanan ekspres
5. Sebagai tabung deposit rumah
6. Sebagai tabung kahwin
7. Latihan komitmen bulanan
8. Sangat fleksibel
9. Kiraan mudah difahami
10. Wujudkan komitmen di CCRIS
Kalau anda buat kira-kira ASB Financing dan anda nampak rugi, senang cerita, anda tu yang tak reti kira tapi bajet-bajet pandai. Ha! Awal-awal dah kena kasi ayat sentap.
Pertama sekali, anda kena download dan install app Financial Calculators dalam fon android anda. Kalau pakai Apple, cari app EZ Financial Calculators.
Dalam app tu ada macam-macam jenis kalkulator tau. Tapi kita perlu guna 2 jenis kalkulator je. Gambar kiraan saya ada letak kat atas. Boleh rujuk.
>> ASB SIMPANAN BIASA.
Katakan anda mampu simpan RM 950 sebulan. Jadi, setiap bulan anda pun letak RM 950 dalam akaun ASB selama 3 tahun. Ambil purata dividen 5.50%.
Kira guna Compound Interest Calculator.
Monthly Deposit: 1,010
Period (month): 36
Annual Interest Rate %: 5.5
Compounding: Annually
Total Principal: 36,360.00
Maturity Value: 39,531
Jadi, hasil yang anda dapat termasuk dividen terkumpul hanyalah RM39,531 selepas 3 tahun.
>> ASB FINANCING.
Anda mampu simpan RM1,010 sebulan. Jadi, mohon ASBF maksimum RM200,000 dengan tempoh pembiayaan 35 tahun.
Setiap bulan, anda bayar ansuran RM1,010 kepada bank. Contoh kadar bank profit adalah 5% dan dividen purata ASB adalah 5.50%
Jom kira berapa anda dapat pada tahun ke 3.
Kira guna Loan Calculator.
Loan Amount: 200,000
Interest Rate: 5.00% per year
Loan Term: 35 Years
Monthly Payment: 1,009.38
Klik button Amortization.
Amortization Schedule: 193,177.60 (Bulan ke-36)
Maksudnya pada bulan ke-36, baki ASBF anda adalah RM193,177.60. Maka, prinsipal terkumpul anda pada waktu tu adalah RM200,000 - RM193,178 = RM6,822
Lepas anda mohon ASBF hari tu, bank dah letak ASBF RM200,000 dalam akaun ASB anda. Maka, anda akan dapat dividen berdasarkan jumlah RM200,000 tu.
Kira guna Compound Interest Calculator.
Principal Amount: 200,000
Period (month): 36
Annual Interest Rate %: 5.50
Compounding: Annually
Interest Amount: RM34,848
Interest amount tu adalah mewakili dividen + bonus anda yang compounding selama 3 tahun.
Nak tengok berapa jumlah besar yang anda dapat, kena tambahkan prinsipal terkumpul dan dividen + bonus compounding ni.
RM6,822 + RM34,848 = RM41,670
Jadi, hasil yang anda dapat adalah RM41,670 setelah 3 tahun!! Banyak tu. Boleh buat duit deposit beli dua buah rumah. Jangan anda buat joli p**ak. Buat duit untuk kahwin pun boleh.
>> KESIMPULAN
1. Simpan dalam bank
RM1,010 x 12 x 3 = RM36,360 (Modal)
2. Simpanan biasa ASB:
RM39,531 - RM36,360 = RM3,171 (Net Profit)
3. ASB Financing:
RM41,670 - RM36,360 = RM5,310 (Net Profit)
Jauh betul beza tu. Dah terang lagi bersuluh, dengan ASBF boleh dapat extra RM5,310. Takkan masih nak simpan duit dalam bank biasa kan.
Benda ni ikut kemampuan anda sendiri. Kalau mampu simpan RM505 sebulan, anda buatlah kiraan untuk ASBF RM100,000 p**a. Kena bagitau juga pasal ni, risau kot-kot ada yang tak tahu.
>> JANGKAAN
Ini kiraan kalau dividen + bonus 5.50%. In case, lebih tinggi dapatlah lagi tinggi total untung anda. Kalau turun, turunlah. Senang faham, kan. Anyway, yang diumumkan 5.50% ni untuk pelaburan tahun 2019, bukan 2020 ya.
Dengan pengumuman dividen + bonus yang paling rendah dalam sejarah ini, 5.50%, saya jangka bank-bank akan mula merendahkan kadar keuntungan bank untuk fasiliti ASB Financing pada tahun 2020. Kita sama-sama nantikan. - HF
Disclaimer:
1. Andaian kadar keuntungan bank adalah 5.00%.
2. Andaian purata dividen 3 tahun adalah 5.50%.