Plan Takaful Termurah Mampu Milik

Plan Takaful Termurah Mampu Milik Menyediakan dan membantu review polisi sedia ada, khidmat nasihat dan quotation secara percuma untuk personal, famili, group company life insuran dan aset.

ALHAMDULILLAH...Ikhlaslink Secure Takaful memang terbaik. PM tepi kalu anda tertipu dgn medical card skrg! (01141385302)...
25/05/2017

ALHAMDULILLAH...Ikhlaslink Secure Takaful memang terbaik. PM tepi kalu anda tertipu dgn medical card skrg! (01141385302) Kami citer keburukkan dulu, baru layan kelebihan yg company lain xleh offer.

5 Perkara Kena Faham Supaya Tak ‘Tertipu’ Dengan Medical Card

1. Jenis Coverage – Tahunan Atau Seumur Hidup?

Ada 2 jenis coverage yang terdapat pada Medical Card yang perlu anda tahu untuk bezakan, iaitu perlindungan seumur hidup (life time coverage) atau perlindungan tahunan (annual coverage).

Menurut ramai ejen takaful yang berpengalaman, apabila ditimpa penyakit, situasi yang biasa berlaku adalah seseorang tidak dapat menampung jumlah kos perubatan kerana telah mencapai had perlindungan tahunan, contohnya RM 100,000/tahun. Menurut akhbar tempatan bertarikh Mei 2017, rawatan kanser paling minima di hospital swasta adalah RM20,000 dan ia boleh mencecah hingga ratusan ribu ringgit. Jadi, apabila keadaan bertambah buruk, seseorang perlu menampung dengan wang sendiri walaupun mempunyai Medical Card.

Jangan keliru, ejen takaful kadang-kadang s**a sebut angka yang besar-besar.

“Bro, jangan risau…Medical Card ni cover sampai RM500,000”

Biasanya, itu had seumur hidup. Kalau had tahunan cuma RM100,000 dan kalau kita jatuh sakit, bila habis saja had tu, kita terpaksa keluar dari hospital swasta walaupun had seumur hidup masih berbaki RM400,000.

2. Co-Takaful / Co-Payment atau Full Payment?

Co-Takaful ialah peratusan yang perlu ditanggung sendiri setiap kali claim. Contoh 10% dari bil setiap kali masuk wad dan setiap kali follow up. Biasanya ada limit antara RM300 ke RM1,000 setiap kali masuk wad atau follow up.

Co-Payment p**a ialah peratusan yang perlu ditanggung dari bil-bil lain (selain caj bilik) yang dikenakan bila client naik taraf bilik wad melebihi had bilik.

Teliti terma dan syarat dalam Medical Card sama ada ianya menawarkan pelan yang ada co-payment. Walaupun harganya nampak murah, tapi ia mungkin akan menyusahkan anda apabila ditahan wad nanti.

Jadi, kalau masa kecemasan tak bawa cash, susahlah. Tapi, kalau anda rasa lebih jimat begitu, terp**ang.

3. Renewal – Yearly Atau Guaranteed?

Bagi Medical Card yang diperbaharui setiap tahun (Yearly Renewable), pembaharuan bergantung kepada claim review setiap tahun. Kalau pernah claim banyak, maksudnya ada kemungkinan akan kena caj tambahan, syarat pengecualian, dan sebagainya hingga ia boleh menghilangkan faedah Medical Card anda. Malah, ia mungkin menyukarkan anda untuk memohon Medical Card baru dari melalui syarikat lain.

Maka, pastikan perkara ini dijelaskan secara terperinci oleh ejen.

Medical Card yang jenis Guaranteed Renewal lebih terjamin kerana syarikat tidak boleh menamatkan Medical Card anda ses**a hati atau menambah sebarang caj melainkan bila anda tak bayar atau lifetime limit dah habis. Jadi, walaupun pernah claim banyak kali untuk penyakit yang sama atau penyakit berisiko tinggi, anda tak perlu risaukan sebarang caj ‘tersembunyi’.

4.Harga bilik
Kalau terjadi sesuatu, hospital mana yang paling selesa untuk dirujuk? Berapa harga wad bilik di hospital tersebut? Adakah harga tersebut bersesuaian dengan kawasan tempat tinggal anda? Ini adalah persoalan yang berbaloi untuk anda renungkan kerana faktor lokasi memainkan peranan penting juga. Kalau duduk di Lembah Klang, harga untuk bilik single RM250 sehari tu masih boleh dapat lagi.

Selain itu, kena realistik untuk memikirkan sama ada jumlah coverage tersebut tahan inflasi. Jadi, adakah harga bilik wad yang ditawarkan masih relevan untuk tempoh 10 tahun dari sekarang?

5. Polisi Boleh Ubah Atau Tetap

Akhir sekali, jangan lupa semak sama ada polisi Medical Card anda adalah tetap atau boleh ubah. Jangan lupa teliti betul-betul pada bahagian Portfolio Withdrawal Condition kerana sesetengah orang mungkin tak faham bab ni.

Klausa Portfolio Withdrawal Condition ini membenarkan syarikat insurans untuk menarik balik produk dari pasaran dengan memberi notis 30 hari. Walaupun menjanjikan guaranteed renewal, ia membolehkan syarikat tersebut untuk berhenti menanggung claim yang terlalu banyak. Dalam erti kata lain, tak salah untuk mereka ‘lepaskan diri’!

Tiada Istilah Medical Card Terbaik

Maaf, tiada istilah Medical Card terbaik, tetapi yang ada adalah “paling sesuai”.

Jadi kalau sudah ada Medical Card, buka balik polisi tu. Baca dan faham apa yang dia cover.

Jangan asyik bertangguh, sebab Medical Card biasanya akan kecualikan coverage untuk sakit yang dah ada dalam rekod kita selama 5 tahun kebelakangan – tak kiralah rekod pada hospital kerajaan, hospital swasta, atau klinik.

Jadi sebaiknya Medical Card ini diambil semasa umur muda sebab bayaran premium bulanannya murah. Harganya tak akan berubah walaupun harga semasanya dah naik banyak kali bila umur kita semakin meningkat. Maksudnya, lagi awal kita mula, lagi murah kita bayar. Barulah jimat!


#01141385302
#01141385302

Umur 27 tahun..RM 80 sebulan atau serendah rm2.60 sehari.. Hibah 50k, Kemalangan rm40k, Sakit Kronik 50K, Elaun Wad rm20...
04/05/2017

Umur 27 tahun..RM 80 sebulan atau serendah rm2.60 sehari.. Hibah 50k, Kemalangan rm40k, Sakit Kronik 50K, Elaun Wad rm200 sehari (Max sehingga rm500 sehari)..yang dah ade medical card company, yg dah peronal insuran&takaful pun boleh apply..Offer Sempena Ramadan dan Raya Puasa 2017..Percuma review polisi insurance&takaful, free khidmat nasihat soaljawab takaful dan insurance dan Free Quotation..

https://api.whatsapp.com/send?phone=601141385302&text=

01141385302
01141385302

WhatsApp Messenger: More than 1 billion people in over 180 countries use WhatsApp to stay in touch with friends and family, anytime and anywhere. WhatsApp is free and offers simple, secure, reliable messaging and calling, available on phones all over the world.

04/05/2017

Address

Malacca City

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Plan Takaful Termurah Mampu Milik posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share