23/11/2023
Apa nak buat bila nak masuk hospital?
Pastikan Pelan Perlindungan anda aktif, tiada tunggakan.
Pastikan Had Tahunan anda mencukupi.
Pastikan anda telah melepasi tempoh menunggu untuk penyakit tertentu.
Tak pasti?
Hubungi Akmal. โบ๏ธ
https://linktr.ee/akmal55takaful
GARIS PANDUAN
SURAT JAMINAN
Apakah Itu Surat Jaminan (GL)?
Surat Jaminan adalah surat yang dikeluarkan oleh syarikat pengendali takaful kepada hospital yang mengesahkan bahawa kos rawatan bagi pesakit akan ditanggung oleh syarikat pengendali takaful.
Ini bermaksud pesakit tidak perlu membayar kos rawatan mereka terlebih dahulu dan pihak takaful akan menanggung perbelanjaan yang layak dan membuat pembayaran terus kepada pihak hospital.
Ini adalah perkhidmatan tambahan untuk pemegang polisi / sijil perubatan di hospital panel untuk memudahkan kemas**an mereka.
PROSES
PRA-KEBENARAN
Langkah 1
Dalam Borang Pra-Kebenaran, maklumat seperti diagnosis awal, cadangan rawatan perubatan dan sebab kemas**an ke hospital diperlukan oleh pengendali takaful untuk membuat keputusan tentang kelayakan anda untuk kemudahan Surat Jaminan. Adalah dinasihatkan untuk mendedahkan maklumat tersebut dengan penuh dan tepat dalam borang (diuruskan oleh panel).
Langkah 2
Semasa menyemak permintaan Surat Jaminan, beberapa faktor yang akan dipertimbangkan oleh AIA termasuk:
๐Butiran Polisi / Sijil, Sejarah perubatan, Umur, Jantina, Diagnosis & Jenis Rawatan
Langkah 3
Jika terma dan faedah pelan pesakit mencukupi untuk menanggung perbelanjaan kemas**an ke hospital, pengendali takaful akan membuat pra-kebenaran tuntutan dengan mengeluarkan Surat Jaminan Pertama kepada hospital.
Langkah 4
Sebelum pesakit discaj, kos sebenar perbelanjaan hospital yang perlu dibayar oleh pengendali takaful akan diperincikan dalam Surat Jaminan Akhir.