04/12/2022
HIBAH
Ciri-ciri hibah adalah seperti berikut:
1.Suatu akad pemberian milik harta kepada sesuatu pihak.
2.Harta yang boleh dihibah ialah ain harta, bukannya hutang atau manfaat.
3.Akad hibah dibuat tanpa mengenakan sebarang balasan (iwad).
4.Akad hibah berkuat kuasa semasa hidup pemberi hibah.
5.Akad hibah dibuat secara sukarela tanpa paksaan.
6.Akad dibuat bukan bertujuan untuk mendapat pahala atau memuliakan seseorang.
Akad hibah tidak akan terbentuk melainkan setelah dipenuhi rukun dan syarat-syaratnya iaitu :
1.Pemberi hibah (al-wahib)
2.Penerima hibah (al-mauhub lahu)
3.Barang yang dihibahkan (al-mauhub)
4.Sighah (ijab qabul).
Dalam melaksanakan sighah (ijab dan qabul), perkara yang penting untuk dilihat adalah sama ada elemen terimaan atau al-qabd berlaku atau tidak. Al-qabd (penerimaan barang) bermaksud mendapat sesuatu, menguasainya dan boleh melakukan tasarruf (urusan) terhadap barang atau harta tersebut.
Mengikut mazhab Hanbali dan Maliki, penerimaan barang tidak disyaratkan dalam sesuatu hibah, malah memadai dengan akad semata-mata. Ini bererti apabila berlaku kematian salah seorang atau salah satu pihak sama ada pemberi hibah atau penerima hibah sebelum penyerahan barang, maka hibah itu tidak terbatal.
Mengikut Abu Hanifah dan Syafie, penerimaan barang merupakan salah satu dari syarat sah hibah. Oleh itu, apabila berlaku kematian salah satu dari dua pihak sebelum penyerahan barang, maka hibah itu terbatal. Dalam mazhab Syafie, al-qabd merupakan syarat luzum, ertinya akad hibah tidak sempurna dan tidak berkuat kuasa dengan ijab dan qabul semata-mata, kecuali selepas al-qabd. Sekiranya al-qabd tidak berlaku maka akad hibah merupakan akad yang tidak mengikat. Oleh itu, pemberi hibah berhak menarik balik hibah tersebut selama mana harta berkenaan berada dalam pemilikannya.
https://wa.me/message/T6H7QXYOYUFWO1
https://wa.me/message/T6H7QXYOYUFWO1
https://wa.me/message/T6H7QXYOYUFWO1