SEGALANYA Allah Yang Punya

SEGALANYA Allah Yang Punya SILA LIKE DAN SHARE FOTO-1,000,000 AHLI DIPERLUKAN SEGERA! JANA INCOME RM3,889,553.00 DARI RUMAH ANDA!

Salam Sistem auto profit terbaru pendapatan harian RM100=jana RM5,000 sebulan dr internet! Daftar percuma di http://www.biodinar.com/daftar.asp?ref=Kusyairich X jual barang, x perlu bercakap, x payah buat loan=DAPATKAN RM100 SEHARI HANYA SEBARKAN LINK WEBSITE ANDA! *=>memang best termantop x jual produk hanya top up prepaid hp anda Anda dapat RM5,000 Setiap Bulan*psst jangan terlewat untuk untuk kayakan diri anda!

Power Of SedekahSedekah dapat menghapuskan dosa sebagaimana air memadamkan api - HR Tirmidzi      Dgn bantuan sistem & i...
16/11/2019

Power Of Sedekah

Sedekah dapat menghapuskan dosa sebagaimana air memadamkan api - HR Tirmidzi

Dgn bantuan sistem & izin Allah,dgn RM15 boleh jd
RM15juta. https://danaxtreme.com/HambaAllah

boleh amalkan ye.. :)
19/05/2017

boleh amalkan ye.. :)

Doa.nabi Yusof
03/05/2017

Doa.nabi Yusof

Jom amalkan ayat pelaris ni,selain ayat 1000 dinar :)
24/04/2017

Jom amalkan ayat pelaris ni,selain ayat 1000 dinar :)

31/03/2017

Mengapa Tuhan Disebut ALLAH Dalam Islam? Ini Jawapan Dr Zakir Naik Yang Buat Anda Faham Sampai MATI... SEBAR PADA SEMUA!!! ok? Mengapa Tuhan Disebut ALLAH Dalam Islam? Ini Jawapan Dr Zakir Naik Yang Buat Anda Faham Sampai MATI... SEBAR PADA SEMUA!!! article at Tambah Cheese

 # SELAMAT DATANG BULAN REJAB1 REJAB 1438H = 29 Mac 2017**اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبَ وَشَـعْبَانَ وَبَلِّـغْن...
29/03/2017

# SELAMAT DATANG BULAN REJAB

1 REJAB 1438H = 29 Mac 2017*

*اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبَ وَشَـعْبَانَ وَبَلِّـغْنَا رَمَضَانَ*
“Ya Allah, berkatilah kami (limpahkanlah kasih sayang kepada kami) dalam bulan Rejab dan Syaaban, serta pertemukanlah kami dengan bulan Ramadhan.”

* #1 – Apa Maksud ‘Rejab’?*

‘Rejab’ bererti keagungan, kerana bulan ini diagungkan oleh Allah s.w.t.

* #2 – Mengapa Bulan Ini Diagungkan?*

Ini kerana ia termasuk dalam 4 bulan suci dan mulia yang diharamkan berperang atau bersengketa dalam Islam. Bulan ini adalah bulan aman, damai dan selamat. Seperti firman Allah s.w.t yang bermaksud;

_“Sesungguhnya, bilangan bulan di sisi Allah adalah 12 bulan, (sepertimana) dalam ketetapan Allah pada waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya ada empat bulan suci tidak boleh berperang di dalamnya (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, Rejab). Itulah ketetapan agama yang lurus, maka janganlah kamu menzalimi dirimu dalam (bulan yang empat) itu…”_
Surah at-Taubah:36

* #3 – Adakah Terdapat Peristiwa Penting Dalam Bulan Rejab?*

Ya. Antara peristiwa penting yang berlaku dalam bulan Rejab ialah peristiwa Israk dan Mikraj pada 27 Rejab.

Juga berlakunya Perang Tabuk, peperangan terakhir yang disaksikan oleh Rasulullah s.a.w.
Selain itu, pada bulan Rejab juga berlakunya hijrah pertama dalam Islam.

* #4 – Apa Yang Boleh Dilakukan Dalam Bulan Rejab?*

Digalakkan kepada kita umat Islam untuk memperbanyakkan berzikir, istighfar, berpuasa serta melakukan amal kebajikan dalam bulan Rejab.

Juga digalakkan untuk kita melazimkan doa berikut;

“Ya Allah, berkatilah kami (limpahkanlah kasih sayang kepada kami) dalam bulan Rejab dan Syaaban, serta pertemukanlah kami dengan bulan Ramadhan.”

* #5 – Apa Keistimewaan Bulan Ini?*

Di antara keistimewaan bulan ini, malam pertama bulan Rejab adalah malam dikabulkan doa sepertimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud;

_“Lima malam doa tidak ditolak, iaitu malam pertama bulan Rejab, malam Nisfu Sya’ban, malam Jumaat, malam Hari Raya Eidulfitri, malam hari raya Eiduladha.”_
Hadis Riwayat Al-Baihaqi.

* #6 – Adakah Terdapat Ayat Al-Quran Yang Menyebut Mengenai Bulan Rejab?*

Al-Quran tidak menyebut secara terperinci mengenai bulan Rejab dan kelebihannya. Akan tetapi terdapat dua surah al-Quran yang menyebut mengenainya secara tidak langsung, iaitu surah al-Baqarah ayat 194 dan 217 dan surah at-Taubah ayat 2, 36 dan 37.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca untuk merebut keistimewaan bulan Rejab yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Bahkan, bulan Rejab ini juga menjadi penanda aras atau tanbih (ingatan) kepada umat Islam agar bersedia untuk menghadapi bulan Ramadan; bulan yang di dalamnya terkandung 1001 rahmat dan maghfirah (keampunan) daripada Allah s.w.t. Wallahua’lam.

28/03/2017

*SPM Dunia dan SPM Akhirat*
========================

"Puan, dah pernah ambil SPM?"

Tanya ustaz ketika di dalam kelas Taddabur di bulan lalu. Beliau yang dari depan menghampiri meja saya.

"Eh, mestilah sudah, ustaz. 20 tahun lepas"

Jawab saya yakin.

"Agak-agak kalau diberi peluang, nak ambil lagi sekali lagi tak?"

Tanya ustaz lagi.

"Taknaklah ustaz"
Jawab saya ringkas.

Dalam hati berkata sendiri, apalah yang ustaz nak terangkan tentang SPM ni.

Ustaz kembali ke depan memberikan penerangan.

"Hakikatnya, kita semua bakal menduduki *SPM kedua.* Bezanya, *Ujiannya Sepanjang Kehidupan* namun tarikh keputusannya kita tidak tahu. Jadi perlu sentiasa ada persediaan. Buku rujukannya sudah ada.

Itulah dia, *Sijil Padang Mahsyar (SPM).*
Bila tarikhnya tidak diketahui.
Buku rujukannya adalah *Al Quran & al-Sunnah.*
Ujiannya sepanjang kita berada didunia. Keputusannya nanti apabila berlakunya akhirat yang kekal.

Semua yang di dalam kelas tertunduk. Seolah sedang membayangkan bagaimanalah keadaannya ketika mengambil keputusan SPM akhirat.

Ustaz menyambung lagi, kali ini dengan penerangan yang lebih menyentap.

"Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di dunia ini nampak besar sangat sebab dengan keputusan baik, seolah-olah nampak cerah sangat masa depan untuk kehidupan yang sementara. Walhal tidak ada jaminan pun. Tetapi inilah yang dikejar-kejarkan.

Tapi keputusan yang kita dapat ketika Sijil Padang Mahsyar (SPM) di akhirat, adalah penentu ke mana kita seterusnya selepas kehidupan yang kekal. Balasan *Syurga* dan *Neraka* yang kekal, tetapi kebanyakan kita tidak nampak itu semua.

Ibu bapa menyiapkan anak dengan segala segi persediaan untuk SPM dunia.
Hantar anak Tuisyen, panggil lagi guru datang ke rumah, tak cukup dengan itu, hantar lagi bagaimana cara menjawab soalan yang betul.

Tapi apa usaha ibu bapa untuk persediaan anaknya untuk mendapatkan keputusan yang baik di dalam *SPM akhirat* kelak?!!!

Maksud Surah Al-Fatihah pun tidak tahu, bagaimana mereka dapat melaksanakan solat dengan sempurna?, Sedang solat adalah amalan yang memberikan markah yang tertinggi di sana nanti"

Allahu Akbar...
Kata-kata ustaz bagai satu Pukulan Ghaib, tidak nampak dengan mata kasar, tetapi sakitnya menyucuk sampai ke tulang hitam!
Saya adalah guru yang pernah membawakan propaganda dengan mendapat keputusan SPM dunia yang baik, menjamin masa depan yang cerah!

Ustaz kemudiannya bertanya kami semua,

"Pernah tengok keadaan anak-anak yang ambil keputusan SPM?
Masing-masing beratur dengan berdebar.
Ahli keluarga & ibu bapa semua tunggu di belakang.
Menunggu giliran untuk mengambil keputusan, baik atau tidak. Mereka tertanya adakah sama keputusan seperti adik beradik yang lain?

Nak tahu bagaimana keadaannya kita nanti mengambil *Keputusan SPM di Akhirat?*"

*Al- Inshiqaq : 7*
Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya, -

*Al-Inshiqaq : 8*
Maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan,

*Al-Inshiqaq : 9*
Dan ia akan pergi kepada keluarganya (yang beriman) dengan s**acita.

*Al-Inshiqaq : 10*
Dan sesiapa yang diberi menerima surat amalnya (dengan tangan kiri), dari sebelah belakangnya,

*Al-Inshiqaq : 11*
Maka ia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya,

*Al-Inshiqaq : 12*
Dan ia akan menderita bakaran Neraka yang marak menjulang.

*Al-Inshiqaq : 13*
Sebenarnya ia semasa di dunia dahulu bers**aria dalam kalangan keluarganya (yang juga kufur ingkar)!

*Al-Inshiqaq : 14*
Sesungguhnya ia menyangka bahawa ia tidak sekali-kali akan kembali (kepada Kami untuk menerima balasan)!

*Al-Inshiqaq : 15*
(Sangkaannya itu tidak betul) bahkan ia tetap kembali! Sesungguhnya Tuhannya sentiasa Melihat dan Mengetahui keadaannya!

*************
Kita marah anak-anak kita tidak baca dan faham isi kandungan buku kerana takutkan mereka *Gagal dalam peperiksaan.*
Namun kita tidak pernah marah mereka tidak baca dan faham *Al-Quran,* walhal itulah yang menyelamatkan kita dari menjadi bahan bakaran Api Neraka.
Nauzubillahi min zalik...

Analoginya mudah, tak baca / faham buku, mana mungkin dapat keputusan peperiksaan dengan cemerlang...
Tak baca / faham Al Quran, mana mungkin masuk Syurga Allah SWT dengan senang...

***********
Mg Bermanfaat...
C&P...

Salam pg Malaysia...Kenapa ada yang menjual nasi lemak tepi jalan setiap hari tapi tetap tak buka kedai? Sebab dia seles...
05/03/2017

Salam pg Malaysia...
Kenapa ada yang menjual nasi lemak tepi jalan setiap hari tapi tetap tak buka kedai? Sebab dia selesa begitu. Tak s**a nak fikir masalah yang complicated. Kenapa ada yang jadi doktor walaupun gaji tidak setimpal tenaga dan masa yang dikorbankan? Sebab passion. Happy bila tengok pesakit baik semula. Kenapa ada yang setia menjala ikan setiap pagi? Sebab hanya itu yang dia tahu. Seronok dapat ikan banyak.

Jangan paksa orang jadi kaya. Jangan sombong dalam kata seolah semua manusia kena kaya dan berharta. Seolah yang memilih 'makan gaji' itu tidak berjiwa besar atau taknak maju dalam hidup. Seolah yang berniaga kecil-kecilan itu takde apa nak dibanggakan. Seolah yang memilih menjadi surirumah tangga sepenuh masa itu 'loser'. Seolah bila bergelar jutawan itu baru definisi kaya dan berjaya.

Kebahagiaan dan rasa cukup manusia itu berbeza. Keperluan dan kehendak manusia itu berbeza. Allah mencipta manusia itu berbeza. Minat berbeza. Kudrat berbeza. Kepakaran berbeza. Pengetahuan berbeza. Latar belakang berbeza. Sihat sakit berbeza. Kerana semua memerlukan antara satu sama lain.

Kalau hari ini kita rasa kita hero, jangan lupa esok kita boleh jadi zero. Hanya dengan KUN FAYAKUN. Buang sombong dan rasa besar dalam diri tu. Tidak memiliki itu sebuah ujian. Memiliki sesuatu juga sebuah ujian-- yang lebih hebat, yang lebih halus. Optimis itu bagus; cuma jangan sampai riak, takabbur, tidak menjaga silaturrahim. Jangan lupa asal usul kita. Semuanya asal dari tanah, dan ke tanah juga kita akan kembali. Apa yang kita ada hari ni, semuanya akan kita tinggalkan. Tak ada satu pun kita akan bawa bersama. Hanya satu yang bernama taqwa.

Respect other's decision.
Embrace diversity.
Pesanan buat diri sendiri.

29/12/2015

subhanallah

Tiap jumaat..
02/10/2015

Tiap jumaat..

Nabi saw bersabda :"Barangsiapa yang menghafaz 1-10 ayat dari surah Al-Kahfi di pelihara dan di selamatkannya dari Fitnah Dajjal". (Diriwayatkan oleh Ahmad d...

JGN LAKUKAN...
02/10/2015

JGN LAKUKAN...

Ingat!! Jangan Lakukan 24 Perkara Ini Dalam Hidup Anda

1 Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan in tidak dis**ai oleh ALLAH s.w.t.
2 Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar).Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
3 Jangan makan dan minum dalam bekas yg. pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.
4 Jangan biarkan pinggan magkuk yg. telah digunakan tidak berbasuh.Makruh dan mewarisi kepapaan
5 Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)
6 Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan.Nanti makanan yg. dimakan adalah dari muntah syaitan.
7 Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan.Takut-takut mati dalam perjalanan.
8 Jangan pakai kasut atau selipar yg. berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
9 Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10 Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
11 Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
12 Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
13 Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak siratulrahim.
14 Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w.t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa p**a bila gagal.
15 Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
16 Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.
17 Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang org.kepada kita.
18 Jangan s**a menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yg.teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s.w.t.
19 Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
20 Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
21 Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makan jin.
22 Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan salam ketika masuk kerumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.
23 Jangan memakai tangkal kerana ALLAH s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA.
24 Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH s.w.t itu lebih mengetahui.Yang baik itu adalah dari ALLAH s.w.t dan yg.buruk itu dari hambanya juga.

Kongsikan kepada rakan-rakan anda dan juga ahli keluarga anda. agar kita semua dapat melakukan amar ma’ruf, nahi mungkar.. in shaa Allah.. icon smile Ingat!! Jangan Lakukan 24 Perkara Ini Dalam Hidup Anda ;) ;)

Address

Bandar Kuantan
Kuantan
25200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SEGALANYA Allah Yang Punya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share