30/12/2021
SUSAH KE SENANG JUAL TAKAFUL?
Saya bukan jual takaful tuan, apa yang saya jual adalah
Sehelai kertas (buku polisi) yang dibayar menggunakan kertas (duit) dibeli dengan sehelai kertas (rekod kesihatan) dan manfaat yang anda terima pun adalah sehelai kertas (duit pampasan).
Semua bisnes dalam dunia ni susah tuan tuan, takde yang mudah pun untuk berjaya. Berjaya itu adalah definisi orang yang tidak pernah give up, berjaya itu adalah pilihan orang yang rajin berusaha, dan berjaya itu adalah ketentuan Allah SWT.
Saya tidak menjual buku polisi, saya cuma menjual kesedaran yang pastinya takde dijual di kedai ataupun pasaraya.
Kerana,
Kesedaran hanya datang bila kita dah SAKIT
Kesedaran hanya datang bila kita dah MATI
Kesedaran hanya datang๏ฟผ bila kita ditimpa MUSIBAH
Kesedaran hanya datang bila ahli keluarga atau orang terdekat kita SAKIT atau MATI
Sayang nya, kesedaran tidak mampu mengubah apa yang berlaku semalam. Kita hanya boleh kawal apa yang kita lakukan harini kerana semalam adalah sejarah, esok belum pasti lagi.
Selebihnya, biar lah Allah yang tentukan. Kerana Allah akan bantu sesiapa yang berusaha kan?
Kesedaran perlukan Tindakan. Apa tindakan anda?
Jom sediakan perlindungan buat diri, keluarga dan seluruh kesayangan anda.