01/04/2021
Assalamualaikum wbt
Khamis 1 April 2021
18 Sya'aban 1442H
Ya Allah..Ya Rahman..Ya Rahim.
Kurniakanlah kepada kami jiwa yang tenang dan tenteram, hiasilah hati kami dengan sifat syukur, redha , sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab.
Ya Allah, jadikanlah pagi ini pembuka pintu rezeki dan keberkahan, pintu kebaikan dan nikmat, pintu kesabaran dan kekuatan, pintu kesihatan dan keselamatan dan pintu syurga bagi kami.
Kurniakanlah kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati dan jadikanlah kami semakin dekat dengan-Mu.
Ya Allah, lindungilah kami dan keluarga kami dengan kasih sayang-Mu, sesungguhnya hidup dan mati kami adalah kerana-Mu.
Aamiin..Aamiin..Ya Rabbal Aalamiin.
https://bit.ly/3abCWII
https://bit.ly/3abCWII
https://bit.ly/3abCWII