Firdauz Kamarudin Takaful

Firdauz Kamarudin Takaful Lindung Diri | Lindung Keluarga | Lindung harta dan aset

Sediakan Perlindungan Anda Disini

Raikan Hari Kemerdekaan ini dengan melindungi orang yang anda sayangi dengan Zurich! Ambillah kesempatan ini untuk melin...
07/08/2024

Raikan Hari Kemerdekaan ini dengan melindungi orang yang anda sayangi dengan Zurich! Ambillah kesempatan ini untuk melindungi masa depan kewangan anda dengan pelan Takaful kami yang menawarkan jumlah perlindungan yang tinggi supaya anda bebas daripada beban kewangan.

Berita Baik! Mulai hari ini sehingga 29 Ogos 2024, nikmati p**angan tunai caruman sehingga 2 bulan apabila anda mendaftar untuk Takaful Al-Shams atau Takaful ProSecure!

Jom Bertakaful

Isteri-isteri….Kena ambil tahu.Jangan buat-buat tak tahu.Jangan buat keras kepala.Andainya suami kita meninggal dunia……1...
19/03/2024

Isteri-isteri….

Kena ambil tahu.
Jangan buat-buat tak tahu.
Jangan buat keras kepala.

Andainya suami kita meninggal dunia……

1- Hari pertama meninggal, kita sudah berada dalam iddah. 4 bulan 10 hari.

2- Tidak boleh menghantar jenazah suami di perkuburan.

3- Kita tidak dibenarkan keluar rumah tanpa sebab. Kenduri kendara tidak dibenarkan. Pergilah setelah habis iddah 4 bulan 10 hari.

4- Tidak boleh berhias, makeup, pakai baju lawa-lawa.

# Gelang emas tidak perlu pakai. Dan perlu ditanggalkan kerana tiada keperluan. Sebab kita berhias hanya untuk suami. Pakailah setelah habis iddah 4 bulan 10 hari.

Perkara yang kita perlu tahu kadang-kadang kita terlepas pandang.

Kredit : Ustaz Mohd Zaki Zulkifli

Perlindungan Pendapatan atau Penggantian Pendapatan adalah salah satu perlindungan yang tersedia dalam pelan perlindunga...
07/02/2024

Perlindungan Pendapatan atau Penggantian Pendapatan adalah salah satu perlindungan yang tersedia dalam pelan perlindungan insurans/takaful hayat. Pelan ini menawarkan kestabilan dan perlindungan kewangan sekiranya pemegang polisi menghadapi krisis seperti penyakit jangka panjang, kecacatan kekal dan menyeluruh atau kematian.

Adakah Anda Memerlukan Perlindungan Pendapatan?

Gaji yang anda terima setiap bulan adalah salah satu sumber pendapatan yang berharga. Apatah lagi jika anda satu-satunya pencari nafkah utama dalam keluarga. Untuk menentukan sama ada anda perlu mendapatkan perlindungan pendapatan atau tidak, pertimbangkan sama ada ahli keluarga anda mempunyai sumber yang mencukupi setelah ketiadaan anda.

Andaikan sesuatu terjadi kepada anda seperti anda meninggal dunia atau lumpuh sehingga tidak dapat bekerja, bolehkah mereka meneruskan hidup seperti biasa? Ramai orang tidak menyedari kepentingan mendapatkan perlindungan pendapatan sehinggalah tidak lagi dapat menampung keluarga akibat hilang upaya atau kematian.

Pelan perlindungan pendapatan memainkan peranan penting dalam melindungi sumber kewangan anda dan keluarga daripada apa-apa risiko yang boleh memberi kesan kepada kewangan anda. Polisi perlindungan pendapatan berfungsi untuk melindungi dan menggantikan pendapatan anda sekiranya anda berdepan situasi berikut:

1. Kematian;
2. Hilang upaya menyeluruh dan kekal;
3. Penyakit kritikal.

TAKAFUL UNTUK ORANG YANG DAH SAKITBiasa tak kita dengar takaful untuk orang dah sakit?Biasanya kita dengar kebanyakan sy...
22/01/2024

TAKAFUL UNTUK ORANG YANG DAH SAKIT

Biasa tak kita dengar takaful untuk orang dah sakit?

Biasanya kita dengar kebanyakan syarikat takaful REJECT orang yang dah mempunyai rekod sakit kan?

Sebab ramai orang dia REJECT takaful semasa dia sihat.

Jadi adil tak adil ye? Masing² reject kan. Satu pihak reject semasa sihat dan satu pihak reject semasa dah sakit.

Tapi bila ramai orang dah mula sakit, perkara yang dia fikir atau waris akan bertanya ada tak kad medikal?

Lebih malang lagi jika mengalami musibah kehilangan, waris akan bertanya ada tak pampasan takaful?

Jadi, sebenarnya ada tak TAKAFUL untuk orang dah sakit?

Sebenarnya ADA. Bagi yang dah menghidapi penyakit, ada pelan perlindungan yang disediakan oleh Zurich Takaful iaitu;

1. Takaful Surecover
https://www.zurich.com.my/en/takaful-products/protection/for-my-life/takaful-surecover

2. Takaful Al-Sham
https://www.zurich.com.my/en/takaful-products/protection/for-my-life/takaful-al-shams

Bolehlah klik pautan diatas untuk mengetahui lebih lanjut pelan produk perlindungan yang ditawarkan.

Tapi untuk penerangan lebih lanjut lebih baik PM Firdauz Kamarudin di 011-1786 5876 😁







16/01/2024

Pengguna aplikasi myJPJ selalu keluh: "Kereta milik saya, tapi kalau ibubapa, suami/isteri, teman lelaki/perempuan atau kawan yang pandu, macam mana tunjuk Digital Roadtax kalau roadblock?"

Kini, myJPJ telah tambah fungsi "kongsi" Digital Roadtax.

Jom ikut 7 langkah berikut:
1) Login, Klik "Profil"
2) Klik "Lesen Kenderaan Motor" & Pilih "No Pendaftaran Kenderaan"
3) Klik "KongsiLKM"
4) Klik "+" untuk kongsi kepada penerima baru
5) Masukkan "No KP Penerima" & Tempoh
6) Pengesahan "No KP Penerima" & Tempoh
7) Paparan "Kod Keselamatan" untuk diberi kepada penerima untuk aktifkan paparan Digital Roadtax di MyJPJ Penerima

atau

MyJPJ Penerima terima kod keselamatan dalam inbox dan aktifkan paparan Digital Roadtax

Mudah sahaja. Jom Langkah Pendigitalan!

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia




10/01/2024

Setiap kita pasti ada sedikit kesedaran untuk memiliki takaful cuma yang membataskan hanya keadaan kewangan.

Jika kita mampu untuk mencarum tetapi kita tak faham apa itu takaful, itu lebih baik daripada kita faham apa itu takaful tetapi kita buat² lupa kenapa PERLU ambil takaful.

Kenapa kita buat endah tak endah?

Mungkin disebabkan kita masih belum mengalami perkara² berikut;

✓ Tak berlaku musibah kemalangan
✓ Tak pernah jatuh sakit
✓ Tak pernah masuk hospital
✓ Tidak berlaku kehilangan ahli keluarga akibat penyakit atau lain² sebab.

Dan pastinya antara lain ialah kita masih belum ada kesedaran kenapa TAKAFUL itu PENTING.

Ianya tidak PENTING jika kita mampu untuk;

✓ Membiayai kos rawatan
✓ Dapat menyara keluarga walaupun ditimpa musibah
✓ Jika diberhentikan kerja akibat kemalangan atau penyakit, kita ada sumber kewangan yang kukuh
✓ Ada simpanan yang banyak
✓ Ansuran Rumah, kereta dan perbelanjaan bulanan tidak terjejas.

Jadi korang rasa Takaful ini penting ke tidak?

09/01/2024

NAK PILIH TAKAFUL APA YA?

Di Malaysia, kita ada 11 syarikat Takaful Keluarga dan 4 syarikat Takaful Am.

Setiap Takaful Provider ni menawarkan pelbagai pelan perlindungan dengan pelbagai manfaat. Secara ringkas untuk Takaful Keluarga, terdapat pilihan pelan perlindungan yang boleh dikategorikan seperti berikut:

-Takaful Hayat
-Takaful Penyakit Kritikal
-Takaful Kad Medikal
-Takaful Kemalangan

Walaupun pelbagai nama pelan perlindungan yang ditawarkan oleh setiap Takaful Provider, biasanya pelan² ini merangkumi 4 perkara diatas yang mana ada pelan yang ditawarkan berasingan atau bersekali antara satu sama lain.

Pelan perlindungan yang ditawarkan bersama atau dipanggil 'rider' iaitu tambahan manfaat keatas setiap pilihan pelan perlindungan asas.

Jadi, mana yang lebih PENTING?

Perkara ini sangat subjektif dan ianya bergantung kepada matlamat dan keperluan masing-masing.

Bagi saya, jika anda seorang yang dah berkeluarga dan anda merupakan sumber utama pendapatan keluarga, pilihan takaful yang lebih penting adalah Takaful Hayat (life takaful). Ianya memberikan perlindungan terhadap gaji atau sebagai penggantian gaji.

Macam mana p**a dengan Takaful Kad Medikal?

Saya tahu ramai diantara kita lebih mementingkan Takaful Kad Medikal daripada lain² pelan takaful. Kerana keinginan kita untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta dan juga kos rawatan yang saban tahun meningkat.

Tiada yang salah memilih takaful mana yang sesuai dengan matlamat dan keperluan kita. Cuma pertimbangan kita mestilah berlandaskan kepada keutamaan dan keadaan kewangan.

Jika nak diceritakan panjang lebar p**a setiap pelan perlindungan takaful ini. Jadi, untuk memilih takaful mana yang sesuai dengan korang, carilah ejen konsultan yang dapat menerangkan setiap manfaat pelan² tersebut supaya anda betul² faham keperluan takaful.

Dapat sesuatu?

𝐑𝐄𝐍𝐄𝐖 𝐈𝐍𝐒𝐔𝐑𝐀𝐍𝐒 (𝐓𝐀𝐊𝐀𝐅𝐔𝐋) 𝐃𝐀𝐍 𝐑𝐎𝐀𝐃𝐓𝐀𝐗 𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐃𝐈𝐒𝐈𝐍𝐈𝐒𝐄𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐎𝐍𝐋𝐈𝐍𝐄, 𝐌𝐔𝐃𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐍𝐓𝐀𝐒;✅ Boleh dapatkan sebut harga terlebih da...
02/01/2024

𝐑𝐄𝐍𝐄𝐖 𝐈𝐍𝐒𝐔𝐑𝐀𝐍𝐒 (𝐓𝐀𝐊𝐀𝐅𝐔𝐋) 𝐃𝐀𝐍 𝐑𝐎𝐀𝐃𝐓𝐀𝐗 𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐃𝐈𝐒𝐈𝐍𝐈

𝐒𝐄𝐂𝐀𝐑𝐀 𝐎𝐍𝐋𝐈𝐍𝐄, 𝐌𝐔𝐃𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐍𝐓𝐀𝐒;
✅ Boleh dapatkan sebut harga terlebih dahulu
✅ Boleh bayar secara online @ tunai
✅ Kami hantar terus ke depan rumah anda

📌 [𝐏𝐄𝐑𝐂𝐔𝐌𝐀] 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐊𝐈𝐓𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐊𝐔𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍

📮𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐁𝐄𝐑𝐀𝐃𝐀 𝐉𝐀𝐔𝐇, 𝐏𝐈𝐇𝐀𝐊 𝐊𝐀𝐌𝐈 𝐏𝐎𝐒 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 𝐊𝐄 𝐀𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐃𝐈𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐀𝐍𝐃𝐀.

Kami, 𝐊𝐀𝐄𝐒𝐇𝐀𝐇 𝐑𝐄𝐒𝐎𝐔𝐑𝐂𝐄𝐒 (CA0297390-K) adalah wakil ejen yang sah berdaftar dengan;
✓ 𝐄𝐓𝐈𝐐𝐀 𝐓𝐀𝐊𝐀𝐅𝐔𝐋
✓ 𝐙𝐔𝐑𝐈𝐂𝐇 𝐓𝐀𝐊𝐀𝐅𝐔𝐋

JADI, APA TUNGGU LAGI, BOLEH CONTACT KAMI DENGAN HUBUNGI ATAU WHATSAPP DI BAWAH:

𝐅𝐈𝐑𝐃𝐀𝐔𝐙 𝐊𝐀𝐌𝐀𝐑𝐔𝐃𝐈𝐍
wasap.my/601117865876/Insurans&Roadtax

𝐍𝐀𝐀 𝐙𝐀𝐍𝐀
wasap.my/60164245430/Insurans&Roadtax

Selesaikan urusan klien untuk penutup hujung 2023. Pelekat roadtax masih ada untuk bulan Disember. Bermula bulan septemb...
30/12/2023

Selesaikan urusan klien untuk penutup hujung 2023.

Pelekat roadtax masih ada untuk bulan Disember. Bermula bulan september yang lepas, semua roadtax adalah digital tertakluk kepada warga emas sahaja.

Bermula awal bulan Disember baru-baru ni, pelekat roadtax diberikan kepada semua. Manakalo info yang terbaru daripada pegawai di kaunter, kemungkinan tahun depan semua digital. Bermaksud akan kembali seperti pelaksanaan pada sebelum ini.

Abam tak pasti dan kita tengoklah macam mana nanti ye.

Yang nak renew takaful dan roadtax kenderaan boleh la roger² abam.

Sudahkah anda merancang untuk masa depan keluarga tanpa anda?Cuba bayangkan jika semalam anda ditimpa musibah, apakah ya...
28/12/2023

Sudahkah anda merancang untuk masa depan keluarga tanpa anda?

Cuba bayangkan jika semalam anda ditimpa musibah, apakah yang akan berlaku hari ini?

Pasti seribu satu persoalan bermain di minda kan.

Tetapi alangkah baik jika kita bijak merancang dari sekarang.

Sediakan payung sebelum hujan.

Sediakan simpanan sebelum kesempitan.

Sediakan Takaful sebelum kehilangan.

Dan kenapa Takaful selalu dikaitkan apabila ditimpa kemalangan, kecederaan atau pun kematian?

Pernah tak dengar?

"Si polan ada amik takaful tak?"

Kenapa takaful selalu ditanya selepas perkara tersebut terjadi. Dan kenapa tak tanya sekarang sebelum apa-apa terjadi. Bertindak la dari sekarang daripada bertanya kemudian.

Jadi, ajak dan ajarlah masyarakat kita untuk memahami keperluan dan bukannya stigma kebencian.

Dapat sesuatu?

27/12/2023

KENAPA TAKAFUL SANGAT PENTING?

Jika anda seorang yang bujang tanpa tanggungan, keperluan memiliki takaful kad medikal sangatlah penting untuk membiayai kos rawatan jika sesuatu musibah penyakit menimpa anda.

Tetapi jika anda seorang ketua keluarga yang mempunyai tanggungan dan pendapatan anda adalah sumber utama perbelanjaan keluarga, takaful hayat adalah penting untuk anda.

Kenapa tak memilih kad medikal yang paling utama?

Kerana hospital kerajaan masih ada. Pilihan yang paling utama adalah meletakkan gaji anda dilindungi jika sesuatu musibah berlaku.

Dan apabila berlaku, perkara² berikut boleh terjadi. Antaranya;

✓ Dimasukkan wad apabila disahkan penyakit/kemalangan
✓ Diberikan cuti dengan gaji atau tanpa gaji
✓ Dinasihatkan untuk berhenti
✓ Diberhentikan kerja
✓ Hilang sumber kewangan bulanan

Dan bagaimana takaful hayat boleh membantu?

Pampasan yang diterima akibat manfaat penyakit kritikal atau hilang upaya kekal boleh membantu waris untuk menguruskan orang yang dilindungi. Dengan pampasan ini, tanggungan bagi orang yang dilindungi boleh berbelanja seperti biasa dengan menggunakan wang pampasan tersebut secara berhemah sehingga ke suatu tempoh.

Yang penting waris yang menguruskan wang tersebut mestilah menggunakan dengan sebaik-baiknya wang tersebut mengikut perbelanjaan biasa dan bukannya luar biasa.

Dapat sesuatu?

Setiap tahun pasti bila melangkah ke tahun baru pasti kita akan memasang impian atau azam baru. Sama ada azam yang lama ...
23/12/2023

Setiap tahun pasti bila melangkah ke tahun baru pasti kita akan memasang impian atau azam baru. Sama ada azam yang lama tercapai atau tidak, pasti tahun baru memberikan kita semangat yang baru untuk terus mengorak langkah ke arah lebih baik.

Pasti kita akan mendengar pelbagai azam tahun baru nanti. Salah satunya korang akan dengar setiap tahun adalah;

"Azam aku tahun baru nak kurus"

Dah hujung tahun tanya balik, adakah dah kurus atau masih yang dulu?

Walaupun apa pun azam kita, pastikan kita berusaha untuk mencapai misi dan visi kita.

Jangan terus mengalah kerana kita perlukan semangat untuk terus melangkah.

Ayuh 2024, kita bersama-sama jadikan tahun akan datang lebih baik daripada tahun ini.

Firdauz Kamarudin
- Yang terus melangkah

Address

Kuantan
25200

Telephone

+601117865876

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Firdauz Kamarudin Takaful posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Firdauz Kamarudin Takaful:

Share