Koguru Terengganu

Koguru Terengganu Koperasi Warga Pendidikan Terengganu Berhad
(1)

04/06/2026

KOGURU pun ada panel umrah ? Senang la gini semua ada sini 🤩 ゚viralシ

04/06/2026

Program Korban KOGURU x EZQURBAN di Pulau Redang ✨
゚viralシ

03/06/2026

Ada Apa Dengan KOGURU ? Ada Penampilan Khas hujung video 😆 ゚viralシ

KAMPUNG PERADONG, 28 Mei 2026 – Masjid Al Muhtadin menjadi lokasi pelaksanaan Program Korban Kasih Ummah 2026: Hub EZ Qu...
03/06/2026

KAMPUNG PERADONG, 28 Mei 2026 – Masjid Al Muhtadin menjadi lokasi pelaksanaan Program Korban Kasih Ummah 2026: Hub EZ Qurban–KOGURU Bersama Komuniti yang berlangsung meriah dengan penglibatan pelbagai lapisan masyarakat.

Program bermula jam 8.00 pagi dengan sembelihan awal tiga ekor lembu korban diikuti aktiviti gotong-royong memasak melibatkan ahli jawatankuasa masjid, sukarelawan dan komuniti setempat.

Majlis turut diserikan dengan ucapan aluan pengerusi majlis dan bacaan doa sebelum diteruskan dengan ucapan wakil KOGURU serta wakil Koperasi Kariah Masjid Al Muhtadin.

Turut hadir menjayakan program ialah Hj Samsudin bin Ismail selaku Pengerusi KOGURU bersama barisan ALK dan kakitangan KOGURU. Program turut dihadiri, wakil EZ Qurban, wakil Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), wakil ANGKASA serta Pengerusi Masjid Al Muhtadin sebagai tanda sokongan dan kerjasama erat antara agensi serta komuniti setempat.

Sembelihan baki tiga ekor lembu korban kemudiannya dilaksanakan sebelum sesi agihan daging kepada penduduk dan asnaf di sekitar kawasan tersebut.

Program diakhiri dengan jamuan makan tengah hari yang menjadi platform mengeratkan silaturahim dan semangat kebersamaan antara peserta serta komuniti.

KOGURU merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang bersama-sama menyumbang tenaga dan kerjasama dalam menjayakan program berkenaan.

KUALA TERENGGANU, 28 Mei 2026 – Program Korban Kasih Ummah 2026: Hub EZ Qurban–KOGURU Bersama Komuniti diteruskan di Kam...
03/06/2026

KUALA TERENGGANU, 28 Mei 2026 – Program Korban Kasih Ummah 2026: Hub EZ Qurban–KOGURU Bersama Komuniti diteruskan di Kampung Pak Bang dengan pelaksanaan ibadah korban melibatkan tiga ekor lembu korban.

Program yang berlangsung di kawasan sembelihan Kampung Pak Bang itu bermula seawal jam 7.30 pagi dengan penyembelihan dan kerja-kerja melapah dilaksanakan secara bergotong-royong oleh jawatankuasa, sukarelawan serta komuniti setempat.

Hadir sama dalam program tersebut ialah Hj Samsudin bin Ismail selaku Pengerusi KOGURU, Hj Juhari bin Ismail Setiausaha bersama barisan ALK dan kakitangan KOGURU yang turut bersama membantu kelancaran perjalanan program.

Sesi agihan daging korban kepada penduduk dan penerima yang dikenal pasti berlangsung sekitar jam 10.30 pagi sebelum diteruskan dengan sesi bergambar sebagai simbolik kebersamaan dan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan program.

Program tamat pada jam 11.30 pagi dalam suasana penuh harmoni dan semangat kekitaan.

KOGURU turut merakamkan penghargaan kepada semua petugas, sukarelawan dan masyarakat setempat atas komitmen serta kerjasama yang diberikan sepanjang program berlangsung. Masjid Al Muhtadin Jadi Lokasi Program Korban dan Gotong-Royong Komuniti

Program Korban Kasih Ummah 2026 di Surau Al Hidayah Berlangsung MeriahKUALA BEDAH, 27 Mei 2026 – Program Korban Kasih Um...
03/06/2026

Program Korban Kasih Ummah 2026 di Surau Al Hidayah Berlangsung Meriah

KUALA BEDAH, 27 Mei 2026 – Program Korban Kasih Ummah 2026: Hub EZ Qurban–KOGURU Bersama Komuniti telah berlangsung dengan jayanya di Surau Al Hidayah, Kampung Kuala Bedah, melibatkan penyembelihan seekor lembu korban hasil kerjasama pelbagai pihak serta komuniti setempat.

Program bermula seawal jam 8.30 pagi dengan ketibaan urus setia dan sukarelawan sebelum proses penyembelihan dilaksanakan pada jam 9.30 pagi mengikut syariat serta prosedur yang ditetapkan.

Turut hadir memeriahkan program ialah Hj Samsudin bin Ismail selaku Pengerusi KOGURU bersama barisan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) serta kakitangan KOGURU yang turut berganding bahu menjayakan pelaksanaan program tersebut.

Turut berlangsung sesi melapah, memotong dan pengagihan daging korban kepada penduduk serta golongan yang memerlukan bermula jam 12.00 tengah hari.

Program ini bukan sahaja menyemarakkan ibadah korban sempena Aidiladha, malah turut memperkukuh semangat kerjasama, gotong-royong dan ukhuwah dalam kalangan masyarakat setempat.

KOGURU merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program tersebut. Program Korban Kasih Ummah 2026 di Kampung Pak Bang Kukuhkan Semangat Kebersamaan


02/06/2026

Untuk anggota KOGURU, dah download ke belum apps eKOGURU? Kan mudah skrg dah ada apps ni ! 😍 ゚viralシ

29/05/2026

Alhamdulillah selesai program korban KOGURU x EZQURBAN untuk tahun ini, terima kasih buat semua yang menyokong & memilih KOGURU utk melaksanakan ibadah korban tahun ini ✨♥️
゚viralシ

📢 NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA 🌙Dimaklumkan bahawa Pejabat KOGURU akan ditutup sementara sempen...
26/05/2026

📢 NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA SEMPENA HARI RAYA AIDILADHA 🌙

Dimaklumkan bahawa Pejabat KOGURU akan ditutup sementara sempena sambutan Hari Raya Aidiladha bermula 26 Mei 2026 hingga 1 Jun 2026.

Pejabat akan kembali beroperasi seperti biasa pada 2 Jun 2026.

Segala kesulitan amat dikesali dan didahului dengan ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh anggota dan pelanggan KOGURU. ✨

🌙 Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H“Daging dan darah korban itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang ...
26/05/2026

🌙 Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H

“Daging dan darah korban itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya ialah ketakwaan kamu.”
— Surah Al-Hajj : 37

Semoga Aidiladha ini membawa keberkatan, keikhlasan dan semangat pengorbanan dalam kehidupan kita semua.

Ikhlas daripada
Haji Samsudin bin Ismail
Pengerusi
Koperasi Warga Pendidikan Terengganu Berhad

Address

31
Kuala Terengganu
21000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:30
Tuesday 08:00 - 17:30
Wednesday 08:00 - 17:30
Thursday 08:00 - 16:00
Sunday 08:00 - 17:30

Telephone

+6096221881

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Koguru Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Koguru Terengganu:

Share