Ruby Public Gold : Simpanan Emas Untuk Semua

Ruby Public Gold : Simpanan Emas Untuk Semua Saya ingin berkongsi dengan anda ilmu tentang emas, keistimewaan simpanan emas dan perak masa depan

Untung simpan EMAS ni
09/02/2026

Untung simpan EMAS ni

“Kak Ruby, boleh bagi saya kata-kata semangat untuk menyimpan emas?”Ini antara permintaan sahabat saya. Sebenarnya bila ...
26/09/2024

“Kak Ruby, boleh bagi saya kata-kata semangat untuk menyimpan emas?”

Ini antara permintaan sahabat saya. Sebenarnya bila dapat soalan ini ianya ibarat bola untuk saya smash! Wachaaa! 😁

💪🏻
Jika sudah bekerja berbelas tahun tetapi masih tiada atau belum ada duit simpanan, maka jangan masih berfikir nak simpan emas atau tidak. Jangan mengkaji seolah-olah kita mahu menyediakan thesis PhD.

💪🏻
Jika kita pernah diajak oleh sahabat, saudara mara atau kawan-kawan untuk simpan emas tetapi kita pernah menolak, carilah mereka semula dan ucapkan terima kasih. Mereka sebenarnya ikhlas nak sebarkan ilmu tentang emas. Lihat saja kita sekarang, kita menyesal sebab tak mula. Kan?

💪🏻
Jika kita sudah sedar untuk menyimpan emas tapi kita masih ada sifat nak kaji, itu bermaksud kita cuba ulang kesilapan kita kali-2 iaitu bertangguh. Cara betul ialah mula menyimpan, lihat dan kaji daripada belian kita itu.

💪🏻
Ketahuilah, kita tidak akan ada simpanan walaupun sekecil 1gram emas tanpa tindakan. Semuanya berbalik kepada tindakan kita. Kita selalu bertangguh miliki 1gram emas (RM380) tetapi jika shopping RM3-4 ratus pun kita pejam mata. Kata kita, untuk apa kita bertangguh!

💪🏻
Kita tahu kita boros tapi kita masih memujuk diri kita dengan kata-kata manis. Jika kita tidak boleh simpan duit, cuba kaedah lain seperti menyimpan emas. Simpan duit belum tentu jadi emas, simpan emas bila-bila sahaja boleh jadi duit. Dah Cuba? Belum kan? 😌

Ok? Cukuplah dulu 5. Larikkkkk 😁



Jerat kewangan anak muda  Anak-anak muda, elakkan 5 kesilapan ini untuk bebas dari jerat kewangan.  1️⃣ Self reward berl...
19/09/2024

Jerat kewangan anak muda

Anak-anak muda, elakkan 5 kesilapan ini untuk bebas dari jerat kewangan.

1️⃣ Self reward berlebihan setiap bulan
Setkan bajet untuk self reward, antara 10% - 15% dari pendapatan.

2️⃣ Bajet kereta Axia, tapi pakai H
Pakar kewangan mencadangkan bajet untuk pinjaman kenderaan adalah 15% daripada gaji. Elakkan berlebihan dalam membuat pinjaman kereta kerana susut nilai kereta sangat tinggi.

3️⃣ Buat hutang jahat
Say NO NO NO kepada hutang jahat seperti personal loan, kad kredit, pay later dan yang sewaktu dengannya. Ini adalah petanda yang anda berbelanja di luar kemampuan, menggunakan pendapatan masa depan. Sekali termasuk dalam jerat ini, s**ar untuk mengelakkan yang kedua, ketiga dan seterusnya. Hutang jahat inilah yang menjadikan ramai anak muda muflis sejak dahulu lagi.

4️⃣ Live-style “have-have”
Hidup ini tidak mahal, yang mahal adalah gaya hidup. Berbelanjalah ikut kemampuan, elakkan berlebihan dan ikut-ikutan.

5️⃣ Gopoh nak melabur, tetapi tiada ilmu
Kenalpasti red flag dalam membuat pelaburan. Elakkan pelaburan yang menjanjikan untuk besar dalam tempoh yang singkat. Elakkan pelaburan yang tidak jelas dan s**ar difahami. Sebelum melabur, dapatkan ilmu mengenai instrumen tersebut terlebih dahulu. Carilah pelaburan yang berisiko rendah seperti ASB dan TH. Sayangi dan hargailah wang hasil titik peluh anda.

Anak-anak muda,
Elakkan terjerat dalam belenggu kewangan secara berterusan.
Carilah ilmu untuk urus kewangan.
Dapatkan pandangan daripada mereka yang telah berjaya.

Anak-anak muda,
Jika belum pernah ada simpanan walaupun RM1000, simpanlah emas.
Mulakan dengan RM100 setiap bulan dalam akaun GAP.
Simpan dan lupakan. Tahun depan semak semula gram emas yang terkumpul.
Anda akan tersenyum dan berterima kasih kepada diri sendiri.

Mulakan hari ini!

Tahu tak orang paling rugi simpan emas siapa?1. Mereka yang simpan RM100 je dalam GAP lepas tu berhenti 2. mereka yang b...
03/09/2024

Tahu tak orang paling rugi simpan emas siapa?

1. Mereka yang simpan RM100 je dalam GAP lepas tu berhenti
2. mereka yang buat epp sekali je lepas tu tak buat lagi EPP.

Cuba tanya mereka duit EPP sekarang ada tak simpan lepas habis EPP yang lama?

*Habis dibelanjakan dan lenyap sekelip mata.*

Pernah terjadi kepada saya. Emas tak ada simpan, duit pun tak ada simpan. Rugi saya, jangan ikut saya cara saya ya

Bilakah Waktu Terbaik untuk Membeli Emas?  Soalan yang selalu ditanya: Bila sebenarnya waktu terbaik untuk mula membeli ...
02/09/2024

Bilakah Waktu Terbaik untuk Membeli Emas?

Soalan yang selalu ditanya: Bila sebenarnya waktu terbaik untuk mula membeli emas?
Jawapannya...

✅ 10 tahun lalu
Tapi kita tak boleh kembali ke masa silam, kan?

✅ Ketika masih hidup.
Ya, ini jawapan paling tepat.

✅ Ketika ada duit
Kalau hidup tapi tak ada duit, tak boleh juga beli emas.

✅ Ketika harga murah
Ini bonus, bukan keutamaan. Ramai tunggu harga murah, tapi bila murah, nak lagi murah. Bila harga naik, mula menyesal. Kadang, bila harga rendah, duit dah beli handbag. Haha.

Jadi, bila nak mula beli emas?
Jawapannya: Sekarang!

"Beli Emas menyesal, tak beli Emas lagi akan menyesal."Kawan, harga emas turun dan naik dalam jangka pendek itu perkara ...
31/08/2024

"Beli Emas menyesal, tak beli Emas lagi akan menyesal."

Kawan, harga emas turun dan naik dalam jangka pendek itu perkara biasa. Emas aset pelaburan yang baik jangka panjang kerana nilainya semakin naik dan naik. Apabila kita simpan emas, kita sebenarnya telah SELAMATKAN nilai simpanan kekayaan kita daripada Inflasi.

Itu sebab penting untuk kita membeli dan menyimpan emas dengan ilmu.

Bila ada ilmu kita tak gelabah nak fikir nanti mana nak jual emas dalam simpanan kita.
Bila ada ilmu kita tak gentar bila ada arrahnu polisinya menolak emas ditangan kita.
Bila ada ilmu kita tahu bagaimana hendak uruskan emas dalam simpanan kita.

Kesimpulannya, carilah ilmu berkaitan simpanan emas. Semua perkara berkaitan keduniaan perlukan ilmu, mahukan akhirat juga perlukan ilmu. Jangan pernah cepat berputus asa dan teruskanlah menambah ilmu dan sambil-sambil teruskan tabungan emas.

Petuanya, jangan tunggu ilmu dah sempurna baru nak mulakan tabungan emas, jika diamalkan memang sampai bila-bila la kita tak menabung emas dik.

Dapat sesuatu?

BELI EMAS UNTUK APA SEBENARNYA? 1. Persoalan yang sama saya hadapi masa mula-mula orang tua pesan: “ada duit lebih, simp...
29/08/2024

BELI EMAS UNTUK APA SEBENARNYA?

1. Persoalan yang sama saya hadapi masa mula-mula orang tua pesan: “ada duit lebih, simpan aset, simpan emas”. Whatt?!? Dah la saya ni memang tak s**a pakai barang kemas. Nak suruh simpann emas pulakk..aduss

2. Taat punya pasal, saya Ikutkan je lah. Saya beli satu keping 1 dinar emas dan simpan. Takde feel apa apa pun. Takde rasa kaya pun, sebaliknya rasa tak berduit tu ada la sebab tak dapat nak dibelanjakan lagi dah. Duitnya dah jadi emas 🥴. Bulan depan beli lagi dan lagi dan lagi.

3. Akibatnya, dah jadi berkeping-keping emas dalam peti simpanan. “Ok, kali ni rasa kaya sikit 😜.” Kesimpulannya, simpan emas ni bukan nak cepat kaya, tapi boleh kawal ketirisan simpanan, pastu pupuk budaya menyimpan dgn berkesan, menghargai titik peluh kerja sebulan yang tak dimamah inflasi.

4. Emas ni pelik. Kita baru simpan 1 gram pun member-member akan pandang kita tinggi. Walhal 1 gram je pun kita start. Harga handphone sekarang rata-rata harga RM1000 - RM2,500. RM2000 boleh beli 6g emas tau. Pakat takut dah sebab ada 6g tu. Takut orang curi 😉. HP tu letak merata atas meja kat kopitiam, tak ada pulak kita takut 🤣.

5. Takde apa yang pelik pun, cuma bezanya apa yang kita tahu tentang emas, betul tak apa yang kita tahu & tindakan ada dibuat tak? Tu je.

Ni belum lebih dalam tentang inflasi, tentang sejarah harga emas, tentang nak pilih emas apa yang sesuai. Saya sekadar nak didik simpan emas dengan displin je.

Jadi, kalau nak faham tentang emas, jangan tanya member yang takde simpan emas. Tanya orang macam yang buat posting cenggini😙

Insya Allah kefahaman akan datang dengan sendirinya.

Ramai orang  berangan mahukan simpanan yang banyak untuk masa hadapan.Tapi tak ramai sebenarnya yang betul-betul mengamb...
28/08/2024

Ramai orang berangan mahukan simpanan yang banyak untuk masa hadapan.

Tapi tak ramai sebenarnya yang betul-betul mengambil tindakan untuk BERMULA menabung hatta RM1 sekalipun. Lebih ramai Mat Jenin di luar sana. Bila susah dia menyalahkan orang lain. Pinjam sana sini sampai menyusahkan seluruh ahli keluarga.

Sahabat, menabunglah bermula SEKARANG, bukan untuk kesenangan dan manfaat orang lain, untuk diri sendiri juga. Simpan duit itu bagus, sebaiknya laburkan sedikit agar ia terus beranak jadi banyak. Tambah simpanan emas fizikal juga kerana tabungan yang lebih baik adalah tabungan EMAS ❤️.

Emas ini nilainya kekal dan Kalis Inflasi.
Emas memegang nilainya yang tersendiri, manakala tunai terdedah kepada ketirisan dan inflasi.

Maka itulah emas adalah pilihan paling bijak untuk simpanan yg lebih berharga 👍

JOM MENABUNG 1 GRAM SEBULAN

Simpan emas untuk diri sendiri. Orang tak nak buat, kita buat. Kita yang untung! Displinkan diri simpan emas 1 gram 1 bu...
27/08/2024

Simpan emas untuk diri sendiri. Orang tak nak buat, kita buat.

Kita yang untung!

Displinkan diri simpan emas 1 gram 1 bulan pun tak pe. Orang tak buat, kita buat.

Kita untung!

Bermula dari 1 gram 1 bulan. Kini dah meningkat ke 5 gram, 10 gram sebulan. Orang tak buat, kita buat.

Kita untung!

Apabila kita dapat kumpul hingga berkilo-kilo emas itulah kejayaan Terbesar hidup kita. Bukan untuk menjadi riak atau untuk menunjukkan-nunjuk tapi untuk kesenangan kita di masa depan.

Di saat dan ketika itu kita dah boleh tersenyum, sebab orang tak buat, KITA BUAT.

YESS! Kita untung!

Kawan, NAK simpan emas tak perlu alasan pun. Kita bermula sikit-sikit, lama-lama jadi banyak juga.

Yakin & Percaya PADA DIRI sendiri, InsyaAllah semua akan berhasil dengan izin Allah.

PAKSA DIRI BUAT SIMPANAN SEKARANG SEBELUM SUSAH DI KEMUDIAN HARI.

PM nak saya bantu..
019-3227532

Apa matlamat kewangan simpanan anda?
26/08/2024

Apa matlamat kewangan simpanan anda?

NTAH HAPA HAPA SIMPAN EMAS NI!Ada orang simpan emas sebab dia s**a emas.Ada orang pulak simpan emas sebab terikut-ikut t...
25/08/2024

NTAH HAPA HAPA SIMPAN EMAS NI!

Ada orang simpan emas sebab dia s**a emas.
Ada orang pulak simpan emas sebab terikut-ikut trend terkini.
Ada yang simpan sebab mak suruh. Nak lawan tak boleh sebab yang suruh tu MAK.
Ada juga yang simpan sebab boleh dik!

Kawan, simpan emas biarlah secara berilmu. Cari dan gali ilmu emas, kenapa kena simpan emas, apa guna emas, bagaimana memfungsikan emas, bagaimana melihat carta emas, bagaimana mengira untung dan rugi dan sebagainya. Bila kita simpan emas dengan ilmu, kita takkan pernah rasa rugi dan susah diperdayakan oleh skim-skim cepat kaya berasaskan emas.

Itu sebab kebanyakan usahawan Public Gold rajin sebar ilmu tentang emas. Mahaguru emas pun tak berhenti beri ilmu sebab kita nak penyimpan emas Public Gold jadi penyimpan yang bijaksana dan tak mudah diayam-ayamkan.

Sifir paling mudah nak hadam ialah kita simpan sebab kita tahu emas boleh tolong kita di kemudian hari, di saat kita dilanda dan dibadai gelombang hidup.

Begitulah.

Address

Kuala

Telephone

+60193227532

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ruby Public Gold : Simpanan Emas Untuk Semua posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share