24/08/2026
PAHANG, 17–19 Ogos 2026 – Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Ibu Pejabat JPJ Malaysia, YBhg. Datin Haslina binti Kamaluddin telah mengadakan Kunjungan Kasih ke JPJ Cawangan Negeri Pahang pada 17 hingga 19 Ogos 2026 sebagai usaha memperkukuh hubungan silaturahim serta mengeratkan ukhuwah antara PUSPANITA Cawangan Kecil Ibu Pejabat dan Cawangan Kecil Negeri Pahang.
Sepanjang kunjungan tersebut, pelbagai aktiviti telah diadakan yang bukan sahaja memberi ruang kepada warga PUSPANITA untuk beramah mesra, malah mencerminkan nilai keprihatinan dan semangat kekeluargaan dalam kalangan warga JPJ.
Antara pengisian utama ialah majlis makan malam yang menjadi platform untuk mengeratkan hubungan serta bertukar pandangan dalam suasana santai dan mesra.
Turut diadakan ialah lawatan kasih dan ziarah prihatin kepada warga JPJ yang sedang diuji dengan musibah. Kunjungan tersebut merupakan tanda sokongan moral dan keprihatinan PUSPANITA terhadap kebajikan warga kerja yang sedang melalui detik sukar.
Selain itu, Kejohanan Boling turut dianjurkan sebagai aktiviti riadah dan rekreasi bagi menyemarakkan semangat kerjasama serta mengukuhkan hubungan antara warga PUSPANITA.