05/08/2026
🚨 8 daripada 10 orang yang beli Medical Card masih salah faham tentang Waiting Period.
Ramai sangka bila polisi dah aktif, terus semua penyakit boleh buat claim. Hakikatnya, Medical Card mempunyai waiting period (tempoh menunggu) yang berbeza mengikut jenis penyakit atau situasi. Sebab itu penting untuk faham sebelum berlaku kecemasan.
Berikut adalah ringkasan waiting period yang biasa digunakan:
✅ 24 Jam – Kes Kemalangan Selepas polisi berkuat kuasa selama 24 jam, perlindungan untuk semua jenis kemalangan sudah bermula. Jika memerlukan rawatan di hospital akibat kemalangan, jaminan kemasukan (GL) boleh dikeluarkan selepas pengesahan daripada pihak syarikat.
✅ 30 Hari – Penyakit Akut Penyakit yang berlaku secara tiba-tiba dan mempunyai punca yang jelas seperti: • Demam panas • Denggi • Cirit-birit • Influenza • Keracunan makanan • Leptospirosis • Rotavirus
Penyakit-penyakit ini hanya boleh dituntut selepas polisi melepasi tempoh 30 hari.
✅ 120 Hari – Penyakit Spesifik Sesetengah penyakit memerlukan tempoh pemerhatian yang lebih lama, antaranya: • Kencing manis • Darah tinggi • Penyakit jantung • Penyakit kulit tertentu • Ketumbuhan
Untuk kategori ini, perlindungan hanya bermula selepas 120 hari daripada tarikh polisi berkuat kuasa (tertakluk kepada terma dan syarat polisi).
✅ 2 Tahun – Tempoh Siasatan Dalam tempoh dua tahun pertama, syarikat takaful berhak menjalankan siasatan jika terdapat tuntutan yang meragukan atau memerlukan pengesahan lanjut. Ini bukan bermaksud claim akan ditolak, tetapi proses semakan mungkin diperlukan bagi memastikan maklumat yang diberikan semasa permohonan adalah tepat.
💡 Kesimpulannya, jangan hanya beli Medical Card tanpa memahami bagaimana perlindungan itu berfungsi. Mengetahui waiting period dapat membantu anda merancang kewangan dan mengelakkan salah faham apabila ingin membuat tuntutan.
📌 Simpan poster ini sebagai rujukan. Jika anda kurang pasti tentang waiting period Medical Card yang anda miliki, atau ingin saya semak manfaat perlindungan anda, boleh terus PM saya.
Saya bantu semak tanpa sebarang caj. 😊
Nota: Penerangan ini adalah ringkasan umum. Tertakluk kepada terma, syarat dan manfaat polisi/takaful yang dimiliki.
-Fa Etiqa Takaful Advisor-