Bina Aset Untuk Masa Depan

Bina Aset Untuk Masa Depan Bantu bina pendapatan pasif selepas usia 60 tahun, jimatkan faedah & pendekkan tempoh pinjaman rumah, serta urus perwarisan harta (Hibah, Wasiat & Amanah).

Pemilik Perniagaan hendaklah memastikan kesinambungan dan pewarisan perniagaan berjalan lancar, dengan mengelakkan gangg...
19/05/2025

Pemilik Perniagaan hendaklah memastikan kesinambungan dan pewarisan perniagaan berjalan lancar, dengan mengelakkan gangguan perjalanan operasi perniagaan akibat tidak ada pelan penggantian yang jelas.

Menurut satu tinjauan oleh PwC, hampir 1 daripada 3 perniagaan keluarga di Malaysia tidak mempunyai pelan pewarisan dan perlindungan, dan hanya 15% sahaja yang benar-benar memiliki pelan yang kukuh serta didokumentasikan.
(Sumber: TheEdgeMalaysia.com)

Ini menunjukkan betapa pentingnya perancangan awal untuk melindungi kesinambungan perniagaan anda.

Adakah perniagaan anda mempunyai pelan penggantian yang jelas jika berlaku perkara yang tidak dijangka?

1. Adakah anda telah mengenal pasti pengganti yang akan menguruskan operasi jika anda TIADA lagi dapat menerajui perniagaan anda?

2. Apakah langkah yang anda ambil untuk mengelakkan pertikaian hak milik perniagaan di masa akan datang setelah anda TUTUP Usia?

3. Sejauh manakah keyakinan anda perniagaan ini boleh beroperasi tanpa penglibatan langsung tanpa anda?

4. Adakah anda tahu dengan mengalihkan beberapa ASET ALIH anda dengan satu instrumen dari Akta A ke Akta B akan mengurangkan kos yang terlibat apabila anda Tutup Usia nanti?

5. Adakah anda tahu ASET ALIH yang telah dialihkan dari Akta A ke Akta B tu nanti akan terus kepada benefisari anda apabila anda Tutup Usia?

Kalau anda belum ada jawapan yang jelas untuk soalan-soalan di atas, mungkin sudah tiba masanya kita berbincang.

Sila komen di bawah jika anda ingin tahu ...

09/05/2025

sebelum bersatu, semuanya Indah, kena hujan pun tak basah :), bila dah bersatu dengan ikatan halal, dalam tempoh melayari kehidupan berpasangan, masalah akan timbul dari sekecil kecil maslah seperti Off Switch lampu dalam keadaan tangan basah akan mengomel-gomel pasangan kita, tu lah akan wujudnya sengketa yang lebih besar dan akan menjurus ke arah penceraian.

ingat semasa masih hangat bersama waktu yang indah di buai-buai, inilah waktu pasangan perlu merangcang aset (harta), buat satu dokumen deklarasi harta sepencarian.

ingin merancang dengan dokumen mengikut instrumen-instrumen yang boleh diguna pakai kemudian hari nanti, saya sedia membantu, sila komen di ruangan komen "Saya Nak Buat"

https://www.facebook.com/share/v/19VaXt99Wg/

Saya bantu golongan bekerja melindungi gaya hidup keluarga mereka dengan mengelakkan risiko meninggalkan hutang atau beb...
09/05/2025

Saya bantu golongan bekerja melindungi gaya hidup keluarga mereka dengan mengelakkan risiko meninggalkan hutang atau beban kewangan jika sesuatu yang tidak dijangka berlaku.

Dengan kos sara hidup yang terus meningkat dan kadar hutang peribadi yang tinggi, ramai keluarga kini dengan hanya satu diagnosis atau kemalangan sahaja akan berhadapan dengan masalah kewangan.

Semakin ramai sedar bahawa aset terbesar mereka bukan hanya bergantung pada simpanan, tetapi keupayaan untuk menjana pendapatan.

Melindungi sumber pendapatan kini menjadi keutamaan, terutama bagi keluarga yang pendapatannya bergantung kepada kedua-dua gaji pasangan untuk terus hidup dengan selesa.

Pernahkah anda terfikir bagaimana keluarga anda akan bertahan dari segi kewangan jika anda tiba-tiba tidak dapat bekerja?

Sejauh manakah pentingnya bagi anda untuk memastikan keluarga anda tidak perlu mengubah gaya hidup jika sesuatu berlaku kepada anda?

Adakah anda sudah mempunyai perlindungan yang mencukupi untuk menampung pendapatan jika anda jatuh sakit atau kemalangan?

Apakah maksud ketenangan fikiran bagi anda apabila bercakap tentang melindungi masa depan keluarga?

Jom kita aturkan sesi pertemuan hanya 15 minit untuk saya tunjukkan strategi terbaik bagaimana dapat membantu anda melindungi gaya hidup keluarga dan mengelakkan beban kewangan jika sesuatu berlaku pada anda.

sila komen di bawah ... Saya Nak Tahu.

Selamat menunaikan Haji kepada semua rakyat Malaysia yang terpilih ke Tanah Suci, .... semoga mendapat Haji mabrur ... d...
02/05/2025

Selamat menunaikan Haji kepada semua rakyat Malaysia yang terpilih ke Tanah Suci, .... semoga mendapat Haji mabrur ... di permudahkan urusan dan selamat pergi & balik.

Assalamualaikum Tuan-tuan, Puan-puan dan Sahabat semua.Alhamdulillah, semalam saya baru selesai satu appointment, berjum...
17/04/2025

Assalamualaikum Tuan-tuan, Puan-puan dan Sahabat semua.

Alhamdulillah, semalam saya baru selesai satu appointment, berjumpa dengan seorang balu yang baru kehilangan suami 3 bulan lepas dan juga Ibu Bapa arwah suami di rumah arwah. Isteri arwah minta saya bantu uruskan harta pusaka arwah suaminya.

Seperti biasa, bila bertemu waris, saya akan semak tiga perkara penting:

Siapa waris yang ditinggalkan,

Apa harta yang ada,

Apa hutang yang belum diselesaikan.

Dalam kes ini, arwah meninggalkan:

Seorang isteri,

Tiga orang anak (1 lelaki, 2 perempuan - semua masih bawah umur, anak bongsu baru 5 tahun),

Ibu dan bapa kandung yang masih hidup.

Dari segi harta p**a, arwah ada beberapa aset. Tapi yang paling saya ceria dalam kes ini, arwah ada satu sijil Takaful, dan manfaat Takaful itu telah dihibahkan kepada isterinya. Jumlahnya bukan kecil, sekitar RM500,000.

Dan alhamdulillah, duit inilah yang bantu balu ini teruskan hidup.

Rumah yang didiami sekarang adalah rumah atas nama bersama arwah dan isteri. Bahagian arwah telah selesai kerana ada perlindungan Takaful MRTT. Tinggal baki loan bahagian isteri sahaja.

Apa yang si balu buat? Dia guna duit hibah Takaful tadi untuk:

Bayar habis hutang rumah atas nama dia,

Tebus bahagian faraid ibu bapa arwah.

Nilai faraid ibu bapa lebih kurang RM100,000 lebih, tapi bila saya terangkan situasi dan anak-anak masih kecil, ibu bapa arwah sangat memahami. Mereka kata:

“Tak payah tebus semua... ambil RM50,000 pun cukup sebagai bahagian kami. Selebihnya, serahkan pada cucu-cucu.”

Allahuakbar. Betapa indahnya bila waris boleh berbincang dengan harmoni.

Nampak tak betapa pentingnya satu sijil Takaful?

Saya tak kisah Tuan-tuan dan Puan-puan nak ambil dengan mana-mana syarikat sekalipun, yang penting ada satu sijil yang dihibahkan kepada pasangan. Kita tak tahu bila ajal akan datang. Tapi kita boleh ikhtiar untuk tinggalkan sesuatu buat mereka yang kita sayang.

Buat yang pernah dengar orang cakap:

“Takaful menipu lah... Takaful ni tak boleh di percayai ...”

Saya harap kisah ini jadi jawapan. Bila musibah berlaku, orang yang kutuk tu takkan datang bantu. Tapi manfaat Takaful yang kita sediakan itulah yang akan membantu pasangan dan anak-anak kita.

Kalau ada sesiapa yang nak tahu lebih lanjut pasal perancangan harta atau Takaful dan bagaimana nak manfaatkan sijil Takaful dengan cara yang betul - saya sedia bantu, boleh komen di bawah.

Moga bermanfaat ...

Wallahu a’lam.

Manfaat Sakit KritikalBayangkan anda seorang ketua keluarga, bekerja keras setiap hari demi memastikan kebahagiaan ister...
04/04/2025

Manfaat Sakit Kritikal

Bayangkan anda seorang ketua keluarga, bekerja keras setiap hari demi memastikan kebahagiaan isteri dan anak-anak. Kehidupan berjalan lancar, segala keperluan keluarga terjaga. Namun, siapa sangka dalam sekelip mata, segalanya boleh berubah?

Satu hari, anda disahkan menghidap penyakit kritikal. Doktor memberi nasihat untuk berehat dan fokus pada rawatan, tetapi hati anda berat, bagaimana dengan pendapatan anda? Bagaimana dengan keluarga yang bergantung kepada anda?

Di sinilah perlindungan sakit kritikal memainkan peranan penting. Ia bukan sekadar bantuan kewangan, tetapi juga memberi ketenangan jiwa. Dengan manfaat bersamaan tiga hingga lima bulan gaji, anda masih boleh menyara keluarga walaupun tidak dapat bekerja. Ia bukan tentang wang semata-mata, tetapi tentang memastikan kehidupan yang anda bina tidak runtuh dalam sekelip mata.

Jangan biarkan ketidaktentuan masa depan menghantui fikiran anda. Lindungi diri dan keluarga anda. Kerana mereka adalah anugerah paling berharga dalam hidup anda.

Ingin ketahui lebih lanjut tentang perlindungan Sakit Kritikal boleh komen di bawah.

"Bajet Bulanan: Mampu atau Membebankan untuk dapatkan Polisi Takaful?"Ahmad seorang eksekutif berusia 35 tahun. Dia baru...
27/03/2025

"Bajet Bulanan: Mampu atau Membebankan untuk dapatkan Polisi Takaful?"

Ahmad seorang eksekutif berusia 35 tahun. Dia baru sahaja mendengar tentang kepentingan Takaful untuk melindungi keluarganya sekiranya sesuatu berlaku kepada dirinya. Seorang Perunding Takaful mengesyorkan pelan perlindungan dengan caruman RM250 - RM300 sebulan.

Tanpa berfikir panjang, Ahmad hampir sahaja bersetuju, tetapi isterinya, Aida, bertanya:

"Abang dah kira Cash Flow kita?"

Ahmad terdiam. Dia sedar dia belum menilai aliran tunai bulanannya. Malam itu, dia duduk bersama Aida dan mula mengira pendapatan dan perbelanjaan mereka menggunakan satu jadual mudah:

✅ Pendapatan:

Gaji bersih: RM6,000

Pendapatan sampingan: RM500

Total: RM6,500

❌ Perbelanjaan:

Ansuran rumah: RM1,800

Ansuran kereta: RM1,200

Bil utiliti & internet: RM600

Perbelanjaan dapur: RM1,000

Belanja anak-anak: RM800

Lain-lain (makan luar, minyak, simpanan): RM1,200

Total: RM6,600

Ahmad tergamam. Cash Flow mereka sebenarnya negatif RM100 setiap bulan. Jika dia terus ambil polisi RM250 maupun RM300 sebulan tanpa pelan kewangan yang jelas, ia akan membebankan mereka.

Jadi, Ahmad berbincang dengan Aida untuk mengurangkan beberapa perbelanjaan tidak perlu, seperti mengurangkan makan di luar dan menyesuaikan bajet bulanan. Selepas menguruskan kewangan dengan lebih baik, barulah dia mengambil polisi Takaful yang sesuai dengan kemampuannya.

Sebelum mengambil sebarang komitmen baru seperti polisi Takaful, penting untuk kita semak dahulu Cash Flow sama ada ianya positif atau negatif.

Ingat caruman bayaran polisi Takaful adalah satu komitment yang panjang ... !!!!! dengan perancangan kewangan yang betul, caruman bayaran polisi Takaful untuk perlindungan bukanlah satu bebanan.

Untuk anda yang masih ragu-ragu dengan Cash Flow kamu, sila komen di bawah untuk di Analisa.

"Adakah baki anda +ve atau -ve? Jika +ve, produk mana yang paling sesuai untuk dimulakan dulu?"

“Saya tak sangka saya salah seorang daripadanya...”Dulu, saya sihat. Saya rasa saya kebal. Tapi semuanya berubah bila ba...
27/03/2025

“Saya tak sangka saya salah seorang daripadanya...”

Dulu, saya sihat. Saya rasa saya kebal. Tapi semuanya berubah bila badan mula lemah, kaki bengkak, dan tekanan darah semakin naik.
Doktor sahkan saya menghidap penyakit buah pinggang kronik (CKD). Saya perlu menjalani dialisis seumur hidup, 3 kali seminggu. Setiap sesi mengambil masa 4 jam.

Saya terkejut bila tahu Malaysia mencatatkan kes kedua tertinggi di dunia! Kos rawatan juga bukan murah, RM3,000 hingga RM5,000 sebulan. Nasib baik saya sempat ambil Medical Card sebelum sakit.

Kalau tidak, saya mungkin terpaksa bergantung sepenuhnya kepada bantuan atau menghabiskan simpanan keluarga.
Anda mungkin sihat hari ini, tapi bagaimana esok?

Jangan tunggu sehingga terlambat. Jaga kesihatan & buat perancangan kewangan sekarang!

✅ Amalkan gaya hidup sihat
✅ Lakukan pemeriksaan kesihatan berkala
✅ Lindungi kewangan dengan Kad Perubatan

Sediakan payung sebelum hujan. Jangan biarkan keluarga menanggung beban jika sesuatu terjadi.

untuk tahu lebih lanjut bagaimana untuk melindungi rantaian kewangan kita tidak terjejas, sila komen di bawah ...

Mula minum air secukupnya, kawal pemakanan dan lebih berhati-hati dalam pengambilan suplemen.
26/03/2025

Mula minum air secukupnya, kawal pemakanan dan lebih berhati-hati dalam pengambilan suplemen.

"Siapa Yang Akan Menjaga Kebajikan Kita?"Pak Hassan, seorang pesara berusia 75 tahun, dahulunya seorang tukang kayu yang...
25/03/2025

"Siapa Yang Akan Menjaga Kebajikan Kita?"

Pak Hassan, seorang pesara berusia 75 tahun, dahulunya seorang tukang kayu yang gigih. Dia membesarkan anak-anaknya dengan penuh kasih sayang, memastikan mereka mendapat pendidikan terbaik. Namun, masa berlalu... kini dia tinggal seorang diri, mengharapkan bantuan jiran dan sedikit wang pencen yang semakin susut.

Dulu, Pak Hassan kuat dan mampu berdikari. Hari ini, kudratnya semakin lemah. Kerusi roda elektrik itulah sahabat setianya, membawanya ke warung kecil setiap pagi untuk menikmati segelas teh tarik. Tapi dalam hatinya ada keresahan...

"Kalau aku tiada nanti, bagaimana dengan kebajikan aku? Siapa yang akan uruskan segala keperluan aku?"

Inilah persoalan yang sering menghantui mereka yang sudah berusia.

Saat kita tidak lagi berdaya dan keseorangan, siapa yang akan menjaga kebajikan kita?

Tapi bagaimana jika kita sudah meRANCANG lebih awal?

Jangan tunggu sehingga terlambat. Rancanglah sekarang demi masa depan yang lebih terjamin.

Ingin ketahui lebih lanjut tentang Amanah Takaful, sila komen di bawah, saya NAK ...

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bina Aset Untuk Masa Depan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share