21/07/2024
Selepas seseorang meninggal, adakah langsung tak boleh gunakan atau ambil harta dia walau sedikit? Adakah semuanya akan terus automatik kena faraid?
Nak urus harta pusaka ada tertib dan aturannya. Faraid itu proses yang paling akhir sekali. Sebelum sampai ke faraid kena melalui proses pentadbiran dan pengurusan harta pusaka terlebih dahulu :
1) Laksanakan hibah jika ada.
2) Belanja pengebumian.
3) Selesaikan hutang2 si mati.
4) Badal haji jika belum menunaikan haji.
5) Selesaikan urusan tuntutan harta sepencarian oleh isteri/suami terlebih dahulu
6) Laksanakan wasiat jika ada (wasiat kepada bukan waris)
Dah tolak semua di atas bakinya barulah boleh difaraid.
Bahagian anak bawah umur, ibu/ayahnya boleh jadi pentadbir dan pemegang amanah. Tugas pentadbir termasuklah menguruskan bahagian anak bawah umur tersebut untuk urusan belanja harian, makan minum, urusan persekolahan dan sebagainya. Tak semestinya kena tunggu 18 tahun baru boleh digunakan harta2 tu. Umur 18 tahun tu untuk proses tukarnama dari nama pentadbir kepada nama anak tu. Tapi tak bermakna pentadbir tak boleh gunakan harta tu untuk urusan pembesaran dan perbelanjaan anak tersebut.
Sesungguhnya..
Perebutan harta pusaka itu benar.
Penganiayaan terhadap balu dan anak yatim itu benar.
Persengketaan dan salah faham tentang harta pusaka itu benar.
Kejahilan tentang faraid dan harta pusaka itu benar.
Campurtangan dari waris2 yang tidak berkenaan itu juga benar.
Kita tidak akan faham jika kita sendiri tidak melaluinya. Maka jangan tunggu nak terhantuk baru nak tergadah. Belajarlah dan ambillah pengajaran dari pengalaman orang lain.
“Sesungguhnya orang2 yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api yang menyala-nyala (neraka)” (Surah An-Nisa : ayat 10)