06/07/2026
AlKisah bermulanya skim cepat papa
Hari ini saya ingat menceritakan dan memperingatkan sikit tentang kes Skim Pak Man Telo.
Skim Pak Man Telo (nama gelaran foundernya) adalah ‘skim pelaburan’ yang super besar di utara Malaysia pada tahun 1980an. Berpengkalan di Taiping, skim itu menjanjikan (dan memberikan!) p**angan 10% sebulan kepada para pelabur. Pulangan 10% sebulan bermakna 120% setahun – angka yang teramat hebat dan lumayan!
Dan oleh kerana p**angan yang super lumayan dan kerana ianya bertahan selama hampir 10 tahun, basically beribu rakyat Malaysia di Perak, Penang, Kedah dan Perlis telah melabur di dalamnya. Ini termasuklah guru, kastam, imigresen dan pegawai polis!
Bila ditanya dari manakah p**angan wang 10% sebulan itu datang, jawapan yang diberi ialah hasil keuntungan daripada bisnes.
Dan jika ada orang yang masih sangsi, ejen Pak Man Telo akan marah orang itu!
“Inilah masalah orang Melayu! Kita nak tolong dia, dia tanya macam-macam p**a!”
“Kita nak tolong dia, dia tuduh kita menipu p**a!”
“Kalau Pak Man Telo nak tipu, takkan skim ini boleh bertahan bertahun-tahun?”
“Kalau Pak Man Telo penipu, takkanlah polis tak ambil tindakan sudah beberapa tahun ni?”
(Pulangan wang 10% itu sebenarnya adalah wang si pelabur yang di recycle. Apabila anda labur RM1k, Pak Man Telo akan bayar anda RM100 pada akhir bulan pertama daripada modal RM1k yang anda telah serahkan kepada dia dahulu. Dia bayar anda RM100 pada akhir bulan kedua juga daripada modal RM1k itu. Jadi dia memang ada modal untuk bayar anda selama 10 bulan. Wang untuk bayar anda pada bulan ke 11 p**a datang dari pelabur baru atau pun tambahan daripada pelaburan baru anda!)
Anyway, to cut the story short, akhirnya pihak berkuasa menyerbu rumah Pak Man Telo pada akhir tahun 1990. Dia dihadapkan ke mahkamah, didapati bersalah mengutip wang tanpa lesen dan didenda RM250,000. Menariknya, Pak Man Telo telah bayar denda itu cash! So instead of berkubur, skim itu bertambah kredibiliti kerana Pak Man Telo bayar denda cash!
Tak lama kemudian pihak berkuasa menyerbu dan menahan Pak Man Telo buat kali kedua. didapati bersalah sekali lagi dan didenda RM500,000. Kali ini Pak Man Telo tak dapat bayar, dia dipenjarakan, dan skim itu pun berkubur.
Keseluruhannya, lebih kurang 50,000 orang - mungkin hampir semuanya Melayu - telah melabur hampir RM100 juta di dalam skim tersebut! Kebanyakan daripada duit tersebut lenyap begitu sahaja. Malah ada yang menjadi gila kerana telah menjual tanah dan meminjam wang semata-mata untuk melabur di dalam skim tersebut.
Moral post ini?
Mana-mana skim yang memberikan p**angan yang begitu hebat tidak semesti datang daripada hasil yang betul, sah dan patuh-syariah.
Ejen sesuatu skim itu pun bukan tahu atau faham sangat tentang skim tersebut!
Hanya kerana ada beberapa orang pegawai kerajaan atau pihak berkuasa menyertai sesuatu skim bukan bukti sesuatu skim itu betul, sah dan patuh-syariah.
Hanya kerana ramai orang Melayu dan Islam menyertai sesuatu skim bukan bukti sesuatu skim itu betul, sah dan patuh-syariah.
Semoga perkongsian ini membuka mata mereka yang mahu diselamatkan.