My Alza Owners Club - Hulu Selangor

My Alza Owners Club - Hulu Selangor ZON INFORMASI DAN AKTIVITI MAOC HULU SELANGOR

PENGUATKUASAAN JPJ  BERASASKAN TEKNOLOGI Sekarang JPJ tak perlu tunggu roadblock untuk “tangkap” kesalahan... Anthony Lo...
20/06/2026

PENGUATKUASAAN JPJ BERASASKAN TEKNOLOGI

Sekarang JPJ tak perlu tunggu roadblock untuk “tangkap” kesalahan... Anthony Loke memaklumkan, penguatkuasaan jalan raya bakal berlaku berubah besar daripada sekatan jalan raya cara konvensional kepada sistem berasaskan teknologi...

Kamera ANPR akan mula digunakan untuk mengesan nombor plat secara automatik, semak lesen, roadtax dan insurans secara masa nyata...

Kenderaan rondaan p**a bakal dilengkapi kamera 360° seperti “Google Street View bergerak”... Maksudnya jelas jalan raya Malaysia akan jadi lebih “smart enforcement” dan ruang untuk terlepas daripada pemeriksaan makin sempit...

Era roadblock besar-besaran mungkin makin berkurang… Tapi pemantauan makin menyeluruh...

Muhammad Haffiz

Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua ahli My Alza Owners Club. 🌙🐄Kepada yang p**ang ke kampung halaman, berhati-hati d...
26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua ahli My Alza Owners Club. 🌙🐄
Kepada yang p**ang ke kampung halaman, berhati-hati di jalan raya. Semoga perjalanan pergi dan p**ang dipermudahkan serta selamat sampai ke destinasi masing-masing.
Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan semangat pengorbanan buat kita semua. 🤲

🌙 Selamat Hari Raya Aidilfitri 🌙Maaf Zahir & BatinKepada semua ahli My Alza Owners Club Hulu Selangor,semoga perjalanan ...
19/03/2026

🌙 Selamat Hari Raya Aidilfitri 🌙
Maaf Zahir & Batin
Kepada semua ahli My Alza Owners Club Hulu Selangor,
semoga perjalanan p**ang ke kampung dipermudahkan.
🚗 Pandulah dengan berhati-hati
🚗 Utamakan keselamatan di jalan raya
🚗 Semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju
Ikhlas daripada:
Majlis Tertinggi
My Alza Owners Club - Hulu Selangor
Sesi 2026

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗛𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗔𝗧 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗔 𝗔𝗛𝗟𝗜 My Alza Owners Club - Hulu Selangor ..📢📢
18/02/2026

𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗛𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗔𝗧 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗔 𝗔𝗛𝗟𝗜 My Alza Owners Club - Hulu Selangor ..📢📢

Tragedi di Sungai Korok: Satu Ingatan, Satu KesedaranKami merakamkan ucapan takziah yang sedalam-dalamnya buat keluarga ...
08/07/2025

Tragedi di Sungai Korok: Satu Ingatan, Satu Kesedaran

Kami merakamkan ucapan takziah yang sedalam-dalamnya buat keluarga mangsa tragedi di Sungai Korok, yang kehilangan enam nyawa dalam satu insiden kereta terjunam ke dalam sungai.

Enam sekeluarga satu kehilangan besar yang menyayat hati seluruh negara. Kita hanya mampu mengirim doa, agar mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman, dan keluarga yang ditinggalkan diberi kekuatan untuk menghadapi ujian yang sangat berat ini.

Dalam kesayuan ini, kami ingin mengajak semua untuk mengambil iktibar. Kita tidak mampu mengubah takdir, tetapi kita boleh belajar untuk bersedia jika berdepan situasi cemas seperti ini.

Apa perlu kita buat jika kereta terjunam ke dalam sungai?

✅ 1. Jangan panik. Panik hanya melambatkan reaksi. Fokuskan diri untuk keluar.

✅ 2. Cabut tali pinggang keselamatan. Ini langkah pertama yang perlu dibuat sebaik sahaja sedar kereta terjunam.

✅ 3. Jangan cuba buka pintu. Tekanan air di luar terlalu kuat pintu hampir mustahil dibuka.

✅ 4. Turunkan tingkap dengan segera dalam 30–60 saat pertama, sistem elektronik kereta masih boleh berfungsi.

✅ 5. Keluar ikut tingkap. Tolak diri keluar secepat mungkin.

✅ 6. Jika tingkap tak boleh diturunkan, pecahkan tingkap. Gunakan alat pemecah tingkap, kepala penyandar, atau apa sahaja objek keras yang ada.

Ingat urutan mudah ini:
👉 Tali pinggang – Tingkap – Keluar.

Sediakan juga alat kecemasan seperti pemecah tingkap dan pemotong tali pinggang dalam kereta letak di tempat mudah capai, bukan dalam but.

Semoga tragedi ini menjadi peringatan buat kita semua, bukan sekadar untuk bersedih, tetapi untuk lebih bersedia.

🔧 Penting! Servis Kenderaan Sebelum Memulakan Perjalanan! 🔧Pastikan kenderaan anda dalam keadaan terbaik dengan pemeriks...
07/06/2025

🔧 Penting! Servis Kenderaan Sebelum Memulakan Perjalanan! 🔧

Pastikan kenderaan anda dalam keadaan terbaik dengan pemeriksaan atau servis berkala sebelum memulakan perjalanan.

Keselamatan anda adalah keutamaan!



INISIATIF TAWARAN KOMPAUN KHAS KADAR RATA (RM150)3 NOTIS SAMAN YANG DIBENARKAN ✅ Saman AwAS (Saman 53A)        Dari Okto...
03/06/2025

INISIATIF TAWARAN KOMPAUN KHAS KADAR RATA (RM150)

3 NOTIS SAMAN YANG DIBENARKAN

✅ Saman AwAS (Saman 53A)
Dari Oktober 2018 dan kini
✅ Notis 114 (Notis Panggilan Temu Siasat)
Dari tahun 2023 dan ke bawah
✅ Notis 115 (Notis JPJP23 Permintaan Butir-Butir Pemandu)
Dari tahun 2023 dan ke bawah

Sehingga 30 JUN 2025 🗓️

Semakan & Pembayaran:

✳️Aplikasi MyJPJ
✳️Portal MySIKAP Awam
✳️Kios
✳️JPJ Mobile
✳️Kaunter

‼️ Orang awam disaran untuk menyelesaikan notis-notis saman JPJ, kegagalan mengambil peluang akan mengakibatkan berlaku sekatan urus niaga selepas tempoh tawaran pembayaran khas kompaun berakhir. ‼️


𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐊𝐎𝐌 𝐋𝐚𝐤𝐬𝐚𝐧𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐚𝐦𝐛𝐚𝐡𝐛𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐨𝐬𝐞𝐝𝐮𝐫 𝐏𝐞𝐦𝐞𝐫𝐢𝐤𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐤𝐚𝐥𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐤𝐮𝐚𝐭 𝐊𝐮𝐚𝐬𝐚 𝟏 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟓 - 𝐋𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐡 𝐉𝐏𝐉 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭...
03/06/2025

𝐏𝐔𝐒𝐏𝐀𝐊𝐎𝐌 𝐋𝐚𝐤𝐬𝐚𝐧𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐚𝐦𝐛𝐚𝐡𝐛𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐫𝐨𝐬𝐞𝐝𝐮𝐫 𝐏𝐞𝐦𝐞𝐫𝐢𝐤𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐤𝐚𝐥𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐤𝐮𝐚𝐭 𝐊𝐮𝐚𝐬𝐚 𝟏 𝐉𝐮𝐧 𝟐𝟎𝟐𝟓 - 𝐋𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐡 𝐉𝐏𝐉 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐬𝐚 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐫𝐚𝐲𝐚 𝐝𝐢𝐬𝐨𝐤𝐨𝐧𝐠

Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://www.puspakom.com.my/implementation-of-enhanced-routine-inspection-procedures-from-1-june-2025/

03/06/2025

Address

Jalan Stadium, Presint Merdeka 118,
Kuala Lumpur
50118

Telephone

0172340485

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when My Alza Owners Club - Hulu Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share