Najib Financial

Najib Financial PENGURUSAN HARTA PUSAKA ISLAM | UNIT TRUST | CORPORAT INVESTMENT |

Ringgit Terbaik di Asia 2024: Ekonomi Malaysia Semakin StabilBerita baik! Ringgit Malaysia telah diiktiraf sebagai mata ...
10/01/2025

Ringgit Terbaik di Asia 2024:
Ekonomi Malaysia Semakin Stabil

Berita baik! Ringgit Malaysia telah diiktiraf sebagai mata wang terbaik di Asia pada 2024:
✅ Naik 14.9% sepanjang tahun
✅ Naik +2.73% berbanding USD
✅ Keyakinan pelabur semakin tinggi

Ini maksudnya ekonomi Malaysia yang kukuh membuka peluang pelaburan baru, terutama dalam pelaburan unit trust.

Manfaat apa yang boleh dinikmati:
- Pulangan Lebih Tinggi: Potensi untuk dapat p**angan lebih baik.
- Pertumbuhan Nilai Simpanan: Peluang untuk simpanan berkembang dalam jangka panjang.
- Kestabilan Pelaburan: Pelaburan lebih stabil dengan ekonomi yang kukuh.

Nak tahu lebih lanjut fund yang best2 dekat Kenanga boleh contact saya sekarang. “Masa depan cerah bermula dengan keputusan bijak hari ini.”

012-703 6396

Kita tahu ke bila tarikh kita akan mati? 🤔Pasti takda sesiapa pun tahu bila dia akan mati.. betul tak?Tapi sebenarnya ra...
21/12/2024

Kita tahu ke bila tarikh kita akan mati? 🤔

Pasti takda sesiapa pun tahu bila dia akan mati.. betul tak?

Tapi sebenarnya ramai lagi yang masih belum ada kesedaran, bila kita meninggal dunia: 🪦

• Akaun simpanan bank, ASB, Tabung Haji, Unit Trust, rumah, kereta, semuanya akan dibekukan. 🥶🧊

• Waris tak boleh keluarkan duit kita atau ambil harta kita semudah pergi ke kaunter bank je sebab itu bukan duit mereka. 🏧🏦❌

• Proses nak cairkan harta sangat rumit, panjang, dan sangat memenatkan.

Lebih-lebih lagi kalau waris kita tu masih kecil atau tak tahu nak mula dari mana. Akhirnya, harta yang kita kumpul dengan susah payah jadi beban kepada anak - anak kita p**a. 😭🥺

Tapi sekarang dah tak perlu risau! Dengan perancangan yang betul, kita semua boleh elakkan semua ni. Najib ada cara bagaimana untuk:

✅ Mencairkan harta si mati dengan mudah.
✅ Memastikan pembahagian harta pusaka mengikut syariah.
✅ Mengelakkan perselisihan antara waris.

📞 Jangan tunggu sampai terlambat. Mulakan langkah pertama hari ini.

📩 DM saya terus untuk sesi penerangan PERCUMA!

Atau

👉 Klik sini untuk info lebih lanjut:
wa.link/lrwxum
wa.link/lrwxum
wa.link/lrwxum

Assalamualaikum wbt salam Jumaat penuh baraqah..Allahumma Solli’alaa Sayyidina Muhammad Wa’alaa Aali Sayyidina Muhammad ...
20/12/2024

Assalamualaikum wbt salam Jumaat penuh baraqah..

Allahumma Solli’alaa Sayyidina Muhammad
Wa’alaa Aali Sayyidina Muhammad ❤️

Najib FinancialSebagai Perunding Kewangan Berpengalaman, saya komited membantu anda merancang masa depan kewangan yang s...
16/12/2024

Najib Financial

Sebagai Perunding Kewangan Berpengalaman, saya komited membantu anda merancang masa depan kewangan yang stabil dan berkembang melalui pelaburan Unit Amanah yang bijak dan strategik.

Dalam masa yang sama, saya juga merupakan seorang Perunding Perancangan Harta Pusaka Islam, saya menyediakan solusi menyeluruh untuk memastikan pengurusan harta dan pusaka anda berjalan lancar, berpandukan prinsip Syariah.

Dengan kepakaran ini, matlamat saya adalah untuk melindungi legasi keluarga anda dan memastikan harta diwariskan dengan adil serta sempurna.

Bila tarikh kita mati?Adakah kita semua sedar bahawa sekiranya berlaku kematian ke atas diri kita segala aset yang di da...
13/12/2024

Bila tarikh kita mati?

Adakah kita semua sedar bahawa sekiranya berlaku kematian ke atas diri kita segala aset yang di daftarkan atas nama kita semuanya akan terbeku atau lebih tepat lagi di bekukan. Ini termasuklah saving account, pelaburan asb, tabung haji, unit trust, rumah, kereta serta emas dan sebagainya.

Adakah kita sedar bahawa apabila harta - harta kita ini terbeku, waris - waris kita tidak dapat mencairkan harta kita dengan semudah pergi ke kaunter untuk mengeluarkannya. Kerana segala aset yang didaftarkan atas nama kita tidak boleh dikeluarkan oleh orang lain termasuk waris kita sendiri!!!

Ianya perlu melalui beberapa proses yang renyah, rumit dan panjang apatah lagi waris kita itu di bawah umur. Adakah mereka tahu bidang kuasa mana yang patut mereka rujuk?

Semua perkara - perkara di atas adalah situasi benar berlaku tuan - tuan bukan hanya sekadar cobaan - cobaan belaka.

Di Wasiyyah Shoppe kami ada cara untuk mencairkan (liquidate) harta - harta yang terbeku tadi dengan serendah RM 65 / sebulan.

Janganlah kita mengambil mudah tentang perkara - perkara yang saya sebutkan di atas. Kita tidak tahu bila tarikh kita akan mati tapi kita boleh rancang harta kita supaya harta yang ditinggalkan menjadi barokah dan pahala yang berpanjangan buat kita. Semoga perkongsian saya ini bermanfaat buat kita semua.

Untuk keterangan lanjut sahabat - sahabat boleh hubungi saya wasap.my/60127036396/hibahhartaku

11/12/2024

NAK POLIGAMI BOLEH TAPI ADA BRANN KE???!!!

Salah satu golongan yang kritikal untuk mengatur hibah ialah lelaki yang mengamalkan poligami. Kenapa?

1. Elakkan Konflik Keluarga
Dalam keluarga poligami, pembahagian harta secara faraid mungkin menimbulkan pertelingkahan antara isteri-isteri atau anak-anak. Hibah boleh membantu memastikan agihan yang lebih adil dan harmoni.

2. Keperluan Setiap Individu Berbeza
Setiap isteri atau anak mungkin mempunyai keperluan yang berbeza. Dengan hibah, lelaki boleh menentukan agihan berdasarkan keperluan tersebut.

3. Melindungi Hak Isteri dan Anak-Anak
Tanpa hibah, sesetengah pihak mungkin tidak menerima bahagian yang sewajarnya mengikut keperluan sebenar mereka.

Hibah bukan untuk menggantikan faraid, tetapi sebagai pelengkap agar keadilan dapat dicapai dan mengelakkan konflik dalam kalangan keluarga.

Ada soalan tentang hibah? Saya sedia bantu. Pastikan keluarga tuan - tuan dilindungi.

*KLIK UTK INFO LANJUT:

wasap.my/60127036396/hibahhartaku

AssalamualaikumSekadar perkongsian;MELANTIK ISTERI SEBAGAI PEMEGANG AMANAHRamai yang tidak tahu… Apabila seorang suami m...
08/12/2024

Assalamualaikum

Sekadar perkongsian;

MELANTIK ISTERI SEBAGAI PEMEGANG AMANAH

Ramai yang tidak tahu… Apabila seorang suami meninggal dunia:

🔸Isteri bukan secara automatik menjadi pemegang amanah harta anak-anak di bawah umur 18 tahun.
🔸Isteri hanya diberi hak menjaga kebajikan anak-anak sahaja.

Tanggungjawab seorang suami adalah *MEMASTIKAN ISTERI DILANTIK SEBAGAI PEMEGANG AMANAH* kepada anak-anak di bawah umur.

Kenapa penting?
Isteri adalah orang yang akan membesarkan dan mendidik anak-anak jika Allah menjemput suami lebih awal.

Pasangan suami isteri muda yang mempunyai anak-anak di bawah umur 18 tahun WAJIB AMBIL PERHATIAN!

Tambahan isteri adalah suri rumah p**a..

*PUJUKLAH SUAMI MEMBUAT HIBAH ATAU SEKURANG2 WASIAT*, agar penjagaan harta anak bawah umur diserahkan kpd isteri..
1. Hibah Harta – Penyerahan harta secara langsung kepada isteri atau anak-anak tanpa melalui faraid.
2. Melantik Wasi – Menentukan siapa yang bertanggungjawab menjaga harta anak-anak di bawah umur.

➡️ Kenapa Hibah Harta Penting?
1. menjaga bahagian harta isteri dan anak2
2. ⁠menjaga bahagian harta anak bawah umur apabila ibu bapa mati serentak

Ingatlah, mati tidak menunggu tua…
persediaan awal amat penting untuk kebajikan keluarga yang ditinggalkan.

Jom rancang harta sebelum orang lain yang merancang untuk kita.
Sediakan payung sebelum hujan.

KLIK UNTUK INFO LANJUT:
👉 wasap.my/60127036396/rancanghartaku

📌 Penama KWSP: Elak Makan Duit Haram! Bahagikan Ikut Faraid ✨Ramai antara kita masih salah faham tentang peranan penama ...
28/11/2024

📌 Penama KWSP: Elak Makan Duit Haram! Bahagikan Ikut Faraid ✨

Ramai antara kita masih salah faham tentang peranan penama KWSP. Tahukah anda, penama bukan pemilik mutlak wang tersebut? Sebaliknya, penama hanyalah pentadbir harta yang bertanggungjawab membahagikan wang itu mengikut hukum Faraid.

❓ Apa yang berlaku jika wang tersebut tidak dibahagikan?
✔️ Risiko makan harta secara tidak sah di sisi agama.
✔️ Beban tanggungjawab akhirat yang berat.

🌟 Apa yang perlu dilakukan?
1️⃣ Fahami peranan sebenar sebagai penama.
2️⃣ Pastikan pembahagian dilakukan mengikut hukum Faraid.
3️⃣ Dapatkan panduan dan rujukan daripada pihak berautoriti dalam pengurusan harta pusaka.

⚠️ Kesedaran masyarakat sangat penting untuk memastikan wang pusaka diagihkan secara adil dan sah di sisi agama.

💬 “Jangan ambil yang bukan hak kita. Jadilah penama yang bertanggungjawab!”

Hubungi kami untuk bantuan dalam pengurusan harta pusaka Islam. Bersama kita jaga amanah ini. 🌿

https://wa.link/9ce0m8

https://wa.link/9ce0m8


MUNGKIN ada dalam kalangan orang awam yang menganggap urusan meletakkan penama akaun Kump**an Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak perlu difikirkan kerana akan diuruskan waris yang tinggal, malah tidak mustahil ada beranggapan ia akan diwarisi isteri atau suami secara automatik.

“Kekayaan Anda, Warisan Berpanjangan”Bayangkan kekayaan dan harta yang dimiliki hari ini bukan sekadar lambang kemewahan...
12/11/2024

“Kekayaan Anda, Warisan Berpanjangan”

Bayangkan kekayaan dan harta yang dimiliki hari ini bukan sekadar lambang kemewahan untuk diri sendiri, tetapi menjadi hadiah yang kekal untuk generasi seterusnya. Dalam Islam, pengurusan harta pusaka bukan sekadar soal harta, ia soal tanggungjawab dan amanah.

🔑 Kenapa Perlu Pengurusan Harta Pusaka?
Tanpa pengurusan yang teratur, kekayaan boleh bertukar menjadi punca perpecahan keluarga. Pengurusan yang baik memastikan harta diagihkan dengan adil, menurut syariat, dan menjadi amal jariah buat pemiliknya.

🏠 Pastikan Kekayaan Anda Jadi Legasi, Bukan Beban
Dengan memastikan pengurusan harta pusaka yang tersusun, anda tidak hanya memberi ketenangan buat diri anda tetapi juga buat mereka yang bakal mewarisi kekayaan ini. Tiada yang lebih berharga daripada meninggalkan dunia dengan lega, mengetahui bahawa mereka yang disayangi akan dijaga.

💡 Mulakan Hari Ini
Jika anda memiliki harta, besar atau kecil, setiap sen dan aset itu boleh menjadi asbab pahala yang berterusan. Pastikan kekayaan ini diurus dengan baik, agar ia benar-benar memberi manfaat untuk jangka masa yang panjang.

Sebagai agen Pengurusan Harta Pusaka Islam, saya sedia membantu anda merancang warisan yang bukan sahaja menjaga keluarga tetapi juga menjadi bekal akhirat.

Untuk keterangan lanjut sila klik link wasap https://wa.link/c438iy

Salam Jumaat yang penuh barakah! Semoga hari yang mulia ini membawa ketenangan, rezeki yang berlipat ganda, dan keberkat...
11/10/2024

Salam Jumaat yang penuh barakah!
Semoga hari yang mulia ini membawa ketenangan, rezeki yang berlipat ganda, dan keberkatan dalam setiap urusan kita.

Jangan lupa, rezeki bukan hanya dalam bentuk wang, tetapi juga dalam kesihatan, kebahagiaan, dan ketenangan jiwa. Selamat menunaikan ibadah Jumaat, semoga segala doa dipermudahkan.



Pesara kerajaan rugi 1.2 juta langgan IPO.
25/09/2024

Pesara kerajaan rugi 1.2 juta langgan IPO.

JOHOR BAHRU: Seorang pesara kerajaan mendakwa rugi lebih RM1.2 juta selepas terpedaya penipuan pelaburan saham tawaran awam permulaan (IPO) secara dalam talian.

Alhamdulillah Ringgit Makaysia terus meningkat! 👍🤲Graf ini menunjukkan pergerakan nilai tukar Ringgit Malaysia (RM) terh...
25/09/2024

Alhamdulillah Ringgit Makaysia terus meningkat! 👍🤲

Graf ini menunjukkan pergerakan nilai tukar Ringgit Malaysia (RM) terhadap dolar AS dari awal bulan September hingga 24 September. Pada 11 September, RM mencapai nilai tertinggi terhadap dolar dengan kadar 4.34, tetapi sejak itu telah menurun hingga mencapai 4.15 pada 24 September. Pergerakan ini mungkin dipengaruhi oleh pelbagai faktor ekonomi global dan domestik

Address

Kuala Lumpur
68000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Najib Financial posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Najib Financial:

Share