16/07/2023
PERNAH DENGAR FCPO ?
1 ) Apa Itu FCPO Ataupun Futures Crude Palm Oil ?
=======================================
Pertama kali dengar tentang apa itu FCPO ataupun Futures Crude Palm Oil? Saya cuba ringkaskan pemahaman berkenaan dengan FCPO ni seringkas mungkin supaya mudah untuk anda fahami dan kemudian boleh berdagang dengan FCPO.
FCPO ini adalah salah satu instrumen pelaburan di Malaysia yang sama sahaja macam saham, Bitcoin dan lain-lain. Ianya di kategorikan sebagai salah satu instumen pelaburan yang berisiko tinggi dan di sini, lagi tinggi risiko, lagi tinggi keuntungan yang anda boleh perolehi. Jangan lupa, nak rugi cepat pun sangat tinggi.
1 ) Apa Yang Anda Perlu Tahu FCPO
=======================================
Berikut adalah sedikit sebanyak apa yang anda perlu tahu berkenaan dengan kontrak FCPO ini.
🔸 FCPO adalah salah satu dari produk futures yang ditawarkan oleh Bursa Malaysia Derivatives (BMD). Ia adalah produk futures yang mematuhi syariah (syariah compliant) yang disandarkan kepada market fizikal kelapa sawit dunia.
🔹FCPO didefinisikan sebagai suatu kontrak derivatif (yang diperakui undang-undang Malaysia) di antara pembeli dan penjual untuk menerima atau menghantar minyak sawit mentah (1 lot FCPO bersamaan dengan 25 Tan Metrik minyak sawit mentah) pada suatu masa tertentu di masa hadapan.
🔸 FCPO diniagakan dalam Ringgit Malaysia. Satu pergerakan minima harga (satu tick) bagi FCPO adalah RM1 di futures yang membawa nilai sebenar RM25.00. Oleh itu jika harga FCPO bergerak sebanyak RM5.00, ini bermakna nilai sebenar kepada trader adalah RM25.00 X RM5.00 = RM125.00.
🔹Kontrak FCPO adalah urusniaga patuh syariah (syariah compliance) dimana ia telah diiktiraf oleh Shariah Advisory Bursa Malaysia.
==========================================
Mengapa Perlu Berdagang FCPO ? Sila baca...
Petikan ini adalah petikan website https://www.bursamalaysia.com/
Antara Sebab anda perlu cuba melabur di FCPO menurut bursamalaysia.com :
1 ) Akses Global
FCPO didagangkan secara elektronik di CME GLOBEX®, sebuah platform perdagangan elektronik global. Kemudahan mengakses CME Globex® membolehkan pedagang individu dan profesional di seluruh dunia mengakses semua produk Bursa Malaysia Derivatives.
2 ) Pengurusan Risiko
Syarikat perladangan, penapisan, pengeksport dan pengilang boleh menggunakan FCPO untuk mengurus risiko dan melindung nilai daripada risiko pergerakan harga FCPO yang tidak dijangkakan di pasaran fizikal.
3 ) Perdagangan Berleveraj
Mendapat pendedahan berleveraj terhadap nilai nosional aset pendasar dengan jumlah modal yang agak kecil (Margin Awal), menggandakan kesan sesuatu perubahan harga.
4 ) Pendedahan Pasaran Segera
Pengurus dana global, penasihat perdagangan komoditi dan pedagang proprietari mendapat pendedahan segera terhadap pasaran Minyak Sawit Mentah yang aktif melalui FCPO.
5 ) Manfaatkan Kedua-dua Pasaran Bul dan Bear
FCPO menyediakan produk berstruktur kepada pelabur runcit untuk mengakses pasaran Minyak Sawit Mentah. Beli rendah dan jual tinggi apabila wujud prospek kenaikan harga Minyak Sawit Mentah, dan sebaliknya apabila wujud prospek penurunan harga.
6 ) Proses Penyerahan Fizikal yang Mampan
Semua sumber penyerahan fizikal Minyak Sawit Mentah (CPO) di bawah kontrak FCPO perlu didapati daripada Kilang Minyak Sawit yang memenuhi Pensijilan Pengurusan Kelapa Sawit (OPMC) di bawah syarat Skim Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).
Sumber tambahan : Sedikit info, FCPO ini diputuskan patuh syariah oleh Majlis Penasihat Syariah (SAC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). ( Rujuk Gambar )
Download PERCUMA Ebook FCPO disini >>> https://nak.info/FCPOEbookPercuma