25/01/2024
Plan Takaful Hayat: Penting atau tidak?
Ramai yang mungkin sudah tahu dan sudah mula mencarum plan Takaful Perubatan, namun tidak ramai yang tahu tentang kewujudan plan Takaful Hayat(TH). Plan TH adalah salah satu instrumen kewangan yang melindungi diri dan waris anda jika berlaku kematian, hilang upaya menyeluruh dan cacat kekal, juga sakit kritikal.
Setiap individu yang sudah mulai bekerja wajar untuk memperuntukkan plan Takaful Hayat. Apatah lagi jika sudah berkeluarga ataupun anda adalah satu-satunya pencari rezeki untuk keluarga. Instrumen ini memberikan kelebihan kepada pencarum dan warisnya untuk menggunakan dana pantas bagi tujuan berikut:
1) Melunaskan hutang si mati
2) Menjamin kelansungan hidup waris yang ditinggalkan dalam tempoh tertentu.
3) Melabur untuk akhirat (wakaf)
Baru-baru ini, saya sempat memberikan pencerahan kepada pasangan doktor yang juga adalah sahabat pengajian saya di Mesir suatu ketika dahulu. Beliau menzahirkan keprihatinannya jika berlaku sesuatu yang tidak diigini ke atas diri beliau. Ada beberapa plan yang telah saya berikan dan beliau bersetuju untuk mencarum selepas presentation (sesi dua hala) tersebut. Namun saya lebih kagum isteri beliau jga turut bersama mencarum plan Takaful Hayat ini. Ya , hidup berkeluarga ini tidak seperti dahulu. "It takes two to tango" kan?
Jadi penting atau tak penting untuk mula mencarum plan Takaful Hayat ini? Anda lebih mengerti jawapannya!
Lindungi diri, lindungi keluarga anda!
*Catatan ini dibuat pada tanggap 17 Julai 2022. Ketika itu saya baru memulakan perjalanan โcareerโ sebagai Takaful Advisor. Pantas masa berlalu!
Moga semakin ramai bisa saya santuni๐ช๐ผ
Untuk info lanjut boleh klik pautan di bawah:
https://beacons.ai/mohdhanifjubri
MHJ, TSI Advisor
Shariah Registered Financial Planner