16/03/2021
Sepanjang penglibatan saya dalam industri takaful, saya dah saksikan sendiri betapa ramainya waris yang dapat langsaikan hutang si mati menggunakan wang hibah takaful.
"Lega dan syukur."
Itulah yang ahli waris selalu katakan kepada saya. Sebab tak semua orang bila dia meninggal dunia, dia ada harta. Tak semua orang dia ada cash. Tak semua orang sempat selesaikan hutang sebelum meninggal dunia. Ramai yang muda-muda dah pergi dulu.
Kita sebagai ahli keluarga, sampai hati ke nak biarkan hutang si mati tak berbayar?
Sedangkan Rasululllah SAW bersabda,
โJiwa seorang Mukmin itu tergantung kerana hutangnya hinggalah hutangnya dilangsaikan.โ (Riwayat at-Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Baihaqi)
Tapi,
Apa nak buat kalau kita pun bukan berduit sangat. Tak mampu nak bayarkan hutang-hutang yang ditinggalkan.
Sebab tu,
Takaful wujud. Bila meninggal dunia, waris terima wang mengikut jumlah hibah takaful yang si mati pernah carum. Kalau RM100K, maka waris dapat RM100K. Kalau RM1 Juta, waris dapat RM1 Juta.
Boleh langsaikan semua hutang. Kalau risau waris tak amanah, buatlah Takaful Trust. Tak perlu risau dah. Ada pihak yang akan pastikan amanah dijalankan sebaiknya.
Takaful paling mudah.
Sebab apa?
Caruman sangat berpatutan. Tapi dalam masa sekejap dah DIJAMIN dengan wang hibah takaful yang jauh lebih besar daripada nilai caruman tersebut. Contoh, sebulan carum RM30, esoknya dah terjamin aset tunai kecemasan RM50K. Kalau tiba-tiba meninggal dunia, insyaallah cukup nak langsai hutang. Bayangkan kalau nak kumpul sendiri RM50K tu. Agak-agak bila baru cukup? Tu RM50K je pun dah rasa susah. Nak kumpul RM1 JUTA lagilah payah. Macam mustahil pun ada.
Jadi, gunakanlah kemudahan takaful ni. Patuh shariah.
Soal hutang ni, janganlah ambil mudah. Setidak-tidaknya kita kena ada USAHA yang semampunya untuk melunaskan hutang. Mencarum pelan hibah takaful yang jumlahnya mampu langsaikan hutang merupakan salah satu bentuk USAHA yang sangat efektif, mudah dan terjamin.
Jom tolong diri sendiri, tolong ahli keluarga. Jangan sampai kita susahkan sesiapa lepas kita pergi. Kita nak harap doa mereka. Bukan nak tinggalkan beban pada mereka.
Credit to Saidah ๐ท
*Annam*
*AIA Life Planner*