26/12/2022
Patut Beli Rumah Atau Kereta Dulu? Fresh Grad Baca 9 Tips Ni..
Sebenarnya, ada beberapa aspek lagi yang anda kena ambil kira selain daripada nilai pasaran rumah atau kereta tersebut. Lain orang lain keperluannya. Jika anda masih takut atau keliru sama ada nak beli rumah atau kereta dulu baca panduan lengkap kami ini untuk bantu anda buat keputusan tanpa rasa menyesal di kemudian hari.
1. Anda bekerja di kawasan mana?
Kita semua sedar rumah adalah aset yang penting sebagai tempat kita berlindung untuk jangka masa lama. Dalam masa yang sama, kereta juga menjadi keperluan setiap hari sebagai medium pengangkutan yang lebih selesa untuk ke destinasi, seperti ke tempat kerja. Oleh itu, penting untuk anda nilai dulu keperluan semasa sebelum membuat keputusan antara beli rumah atau kereta dulu. Tanya pada diri anda mana satu yang lebih penting berdasarkan situasi peribadi anda sekarang.
2. Buat pengiraan kos pemilikan rumah & kereta
Selepas melihat situasi semasa dan menilai keperluan anda, tiba masa untuk anda buat pengiraan kos yang diperlukan sekiranya anda ingin meneruskan pilihan tersebut.
3. Kira berapa harga rumah dan kereta yang anda layak beli
>Cara kira kelayakan beli kereta
Secara umum, anda perlu beli kereta yang tidak lebih daripada jumlah gaji setahun anda. Cara untuk kira guna formula [ Gaji bulanan x 12 bulan = Kereta yang kita mampu beli ] Sebagai contoh gaji kasar anda adalah RM4,000, kereta yang layak mestilah tidak melebihi RM48,000.
Pengiraan ini untuk pastikan anda tidak terbeban dengan komitmen kereta setiap bulan. Namun, tak semestinya gaji tinggi bermaksud anda mampu untuk beli kereta tinggi kerana pihak bank mempunyai beberapa syarat kelayakan sebelum nak luluskan pinjaman kereta anda.
>Cara kira kelayakan beli rumah
Selain itu, syarat kelayakan untuk beli rumah juga lebih ketat berbanding beli sebuah kereta. Sebelum mengira harga rumah yang layak untuk anda, anda kena tahu dulu berapa pinjaman perumahan yang layak berdasarkan gaji anda.
Anda boleh kira menggunakan formula Income-to-Mortgage Ratio. Ansuran bulanan pinjaman perumahan anda tidak boleh lebih daripada ⅓ gaji kasar. Jadi untuk kira pinjaman maksimum adalah, [ Gaji kasar x 30 /100 ]
Jika gaji anda RM4,000 ansuran bulanan anda tidak patut lebih daripada RM1,200. Jadi, rumah harga berapa yang anda mampu beli?
Anda boleh kira menggunakan formula Rule of 200. [ Ansuran bulanan x 200 = Harga rumah yang layak dibeli ] RM1,200 X 200 = RM240,000. Berdasarkan ansuran bulanan RM1,200 tadi, anda dianggarkan untuk beli rumah berharga RM240,000.
Pengiraan ini hanyalah anggaran kasar untuk rumah dan kereta yang anda layak beli. Jumlah mungkin berbeza sedikit mengikut kadar faedah semasa pembelian. Jika anda inginkan jumlah lebih tepat, anda boleh rujuk kepada ejen kereta dan ejen hartanah.