03/07/2023
Kanser merupakan penyebab kematian kedua tertinggi di dunia dan Malaysia.
Pada tahun 2018 seramai 9.6 juta kematian dilaporkan di dunia dan di Malaysia sahaja sebanyak 16 ribu.
Memahami keperluan perlindungan terhadap kanser. Pihak Takaful Ikhlas telah memperkenalkan Kanser Rider pada tahun ini.
Menerusi Kanser Rider, Orang Yang Dilindungi (OYD) layak membuat tuntutan 30% daripada jumlah bagi kanser tahap awal. Ya benar, kanser tahap awal pun sudah layak membuat tuntutan.
Wang tersebut boleh digunakan bagi menampung kos rawatan kanser. Malah RM100 sebagai elaun harian diberi bagi setiap rawatan kimoterapi, radioterapi, immunoterapi dan pembedahan berkaitan kanser.
Berikut adalah rumusan manfaat bagi Kanser Rider dari Takaful Ikhlas.
1. Manfaat Kanser Tahap Awal
Bayaran sebanyak 30% daripada jumlah pampasan bagi Carsinoma In-Situ, Early Prostate Cancer, Early Urinary Bladder dan Early Chronic Lymphotic Leukemia.
2. Manfaat Kanser bagi Tahap Seterusnya
Bayaran sebanyak 100% atau baki 70% (sekiranya tuntutan dibuat dalam tempoh 5 tahun dari tuntutan kanser tahap awal) bagi kanser tahap seterusnya.
3. Manfaat Jagaan Hospis
Sejumlah RM10,000 akan dibayar kepada Penjaga jika doktor telah isytihar tiada lagi rawatan kuratif diperlukan dan pesakit dimaklumkan mempunyai baki tempoh 6 bulan untuk hidup. Manfaat ini bertujuan meringankan beban keluarga pesakit didalam tempoh kritikal.
4. Manfaat Elaun Rawatan
Sejumlah RM100 akan dibayar sebagai elaun harian bagi setiap rawatan yang diterima oleh OYD sama ada kimoterapi, radioterapi, immunoterapi dan pembedahan berkaitan kanser. Tuntutan maksimum adalah RM1,000 bagi setiap tahun dan RM10,000 bagi tempoh keseluruhan sijil.
Jika adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang berminat. Boleh inform pm abam. Sebut Harga dan konsultasi percuma sahaja. Yang penting kita jaga sesama kita.