Mohd Hafizzul Public Gold

Mohd Hafizzul Public Gold Dealer Aktif Public Gold. Membantu simpan emas dengan ilmu dan guide.

Macam Mana Nak Konsisten Simpan Emas Setiap Bulan?Ramai orang boleh mula.Tetapi tidak ramai yang boleh kekal konsisten.D...
20/05/2026

Macam Mana Nak Konsisten Simpan Emas Setiap Bulan?

Ramai orang boleh mula.

Tetapi tidak ramai yang boleh kekal konsisten.

Dalam kewangan, konsisten lebih penting daripada jumlah.

Saya perhatikan mereka yang berjaya membina simpanan emas, biasanya ada satu perkara yang sama — sistem.

Bukan bergantung pada semangat.
Tetapi bergantung pada struktur.

Antara cara paling mudah:

Pertama — tetapkan jumlah tetap setiap bulan.
Anggap ia seperti komitmen kepada diri sendiri.

Kedua — utamakan di awal, bukan di hujung bulan.
Simpan dahulu, baru belanja.

Ketiga — mula dengan jumlah yang selesa.
Lebih baik kecil tetapi berterusan.

Keempat — jangan terlalu kerap melihat harga.
Fokus kepada pegangan, bukan pergerakan harian.

Bila kita ada sistem, emosi akan berkurang.

Kita tidak lagi bergantung kepada “rasa rajin”.
Kita hanya ikut rutin.

Sedikit demi sedikit, tanpa sedar, pegangan itu akan terbina.

Saya selalu percaya satu perkara.

Kewangan yang kuat bukan dibina dengan tindakan besar yang jarang berlaku.
Tetapi dengan tindakan kecil yang diulang setiap bulan.

Emas hanyalah alat.
Yang membina hasil adalah disiplin kita.

Soalan untuk hari ini:

Adakah kita bergantung pada semangat…
atau kita sudah ada sistem?

Nak mula simpan emas dengan ilmu dan guide, mari saya bantu sebaiknya.

Saya adalah dealer aktif Public Gold di bawah rangkaian G100, di bawah mentor Tuan Mohd Zulkifli Bin Shafie, boleh hubungi saya di sini 👇

www.publicgoldofficial.com/Hafizzul

Bimbingan saya adalah PERCUMA.

Mohd Hafizzul Bin Abd Ghani
PG00233752
Dealer Aktif Public Gold




𝗜𝗡𝗜 𝗠𝗔𝗡𝗙𝗔𝗔𝗧 𝗕𝗜𝗟𝗔 𝗔𝗡𝗗𝗔 𝗕𝗜𝗝𝗔𝗞 𝗠𝗘𝗡𝗔𝗕𝗨𝗡𝗚“Gaji aku besar. Kerja tetap dan pangkat besar. Tak wajib pun menyimpan ni.”“Gaji ak...
27/04/2026

𝗜𝗡𝗜 𝗠𝗔𝗡𝗙𝗔𝗔𝗧 𝗕𝗜𝗟𝗔 𝗔𝗡𝗗𝗔 𝗕𝗜𝗝𝗔𝗞 𝗠𝗘𝗡𝗔𝗕𝗨𝗡𝗚

“Gaji aku besar. Kerja tetap dan pangkat besar. Tak wajib pun menyimpan ni.”

“Gaji aku cukup-cukup makan je. Bagaimana nak menyimpan? Tunggu lah gaji aku naik baru aku menabung.”

Ketika masih mampu bekerja dan ada pendapatan setiap bulan, simpanan tidak lah begitu penting.

Bila berlaku musibah dan terpaksa berhutang baru lah sedar betapa pentingnya ada simpanan yang kukuh.

Baik gaji besar atau pun kecil, semua orang wajib ada simpanan.

Jika anda makan gaji, perlu ada dana kecemasan sekurang-kurangnya 3 bulan gaji.

Jika anda berniaga, perlu ada simpanan kecemasan 12 bulan kos sara hidup.

Apa-apa terjadi di luar jangka, anda masih mampu bertahan tanpa perlu hutang sana sini. Masih boleh tidur lena.

Boleh mula menabung emas untuk memupuk tabiat menyimpan. Semoga bermanfaat.

Nak mula simpan emas dengan ilmu dan guide, mari saya bantu sebaiknya.

Saya adalah dealer aktif Public Gold di bawah rangkaian G100, di bawah mentor Tuan Mohd Zulkifli Bin Shafie, boleh hubungi saya di sini 👇

www.publicgoldofficial.com/Hafizzul

Bimbingan saya adalah PERCUMA.

Mohd Hafizzul Bin Abd Ghani
PG00233752
Dealer Aktif Public Gold




Ini satu cara mudah untuk kita faham kenapa simpan duit di bank sikit sikit, lama lama masih sikit...  1999: RM1 juta ➡️...
27/04/2026

Ini satu cara mudah untuk kita faham kenapa simpan duit di bank sikit sikit, lama lama masih sikit...

1999: RM1 juta ➡️ 25 kilo emas
2010: RM1 juta ➡️ 7 kilo emas
2015: RM1 juta ➡️ 6 kilo emas
2020: RM1 juta ➡️ 4 kilo emas
2022: RM1 juta ➡️ 3.5 kilo emas
2026: RM1 juta ➡️ 1.5 kilo emas

DUIT, nilai RM yang sama, kuasa belinya makin lama makin kecil sebab dimakan inflasi.

EMAS, berat yang sama, kuasa belinya makin lama masih sama bahkan boleh makin meningkat.

Kesimp**an:
Simpan duit banyak banyak ❌
Simpan emas banyak banyak ✅

Dapat sesuatu?

Saya adalah dealer aktif Public Gold di bawah rangkaian G100, di bawah mentor Tuan Mohd Zulkifli Bin Shafie, boleh hubungi saya di sini 👇

www.publicgoldofficial.com/Hafizzul

Bimbingan saya adalah PERCUMA.

Mohd Hafizzul Bin Abd Ghani
PG00233752
Dealer Aktif Public Gold




“Boleh ambil loankah apabila membeli emas di PG?”Dari masa kesemasa, saya akan terima soalan ini: “Boleh ambil loankah a...
17/03/2026

“Boleh ambil loankah apabila membeli emas di PG?”

Dari masa kesemasa, saya akan terima soalan ini: “Boleh ambil loankah apabila membeli emas di PG?”

Jawapan pertamanya ialah “Tak boleh”! Ini adalah kerana PG tidak menawarkan pinjaman untuk anda membeli emas dan perak yang mereka jual.

Dan tuan puan, jika PG memberikan pinjaman pun, saya tidak mengesyorkan anda untuk meminjam duit untuk membeli emas.

Ini jawapan yang bukan sahaja betul tetapi jawapan yang jujur.

Jika PG memberikan pinjaman, anda akan dapat membeli emas yang lebih berat. So instead of 10 gm, anda dapat beli 100 gm atau 200 gm. Jualan syarikat meningkat, dan komisen saya serta komisen dealer juga akan lebih tinggi. Tetapi saya masih akan tetap memberikan jawapan yang sama – jangan pinjam duit untuk membeli emas.

Saya perlu menambah yang anda tidak sepatutnya meminjam wang untuk membuat apa-apa pelaburan (kecuali hartanah). Ini adalah kerana semua pelaburan – termasuk emas juga – sudah mempunyai risikonya masing-masing. Apabila anda meminjam wang untuk melabur, anda mengandakan risiko tersebut. Jika nilai pelaburan tersebut jatuh, anda akan menanggung kerugian yang amat besar. Jadi jangan buat!

Melabur dalam emas – pasti. Tetapi gunakan modal sendiri. Jangan pinjam duit untuk membeli emas.

Dapat sesuatu?

Kredit: Pakar Kewangan Malaysia Tuan Azizi Ali

𝐊𝐞𝐤𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫 𝐀𝐝𝐚 𝐃𝐢 𝐓𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐢𝐭𝐚 𝐁𝐢𝐥𝐚 𝐒𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧 𝐄𝐦𝐚𝐬. Apabila kita menyimpan emas, sebenarnya kekayaan itu berada di tan...
15/03/2026

𝐊𝐞𝐤𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫 𝐀𝐝𝐚 𝐃𝐢 𝐓𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊𝐢𝐭𝐚 𝐁𝐢𝐥𝐚 𝐒𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧 𝐄𝐦𝐚𝐬.

Apabila kita menyimpan emas, sebenarnya kekayaan itu berada di tangan kita sendiri.

Apa pun yang berlaku pada ekonomi dunia, politik atau krisis kewangan… selagi kita memiliki emas, nilai kekayaan itu tetap ada bersama kita.

Ini kerana nilai emas berdiri dengan sendirinya.
Ia tidak memerlukan jaminan daripada mana-mana pihak.

Berbeza dengan duit kertas.

Nilai duit kertas bukan pada kertas itu sendiri.
Bayangkan jika duit RM100 dipotong dua… adakah ia masih bernilai?
Sudah tentu tidak.

Nilai duit kertas bergantung kepada jaminan sesebuah kerajaan dan kestabilan ekonomi serta politik negara tersebut.

Jika berlaku krisis, inflasi atau kejatuhan nilai mata wang, nilai duit boleh merosot dengan sangat cepat.

Tetapi emas berbeza.

Nilainya dipegang kukuh oleh berat dan ketulenannya sendiri.
Sebab itu sejak ribuan tahun dahulu, emas sentiasa menjadi penyimpan nilai kekayaan manusia.

Sebab itulah orang yang faham kewangan akan mula menyimpan sebahagian kekayaan mereka dalam bentuk emas.

Kerana mereka tahu…

Emas bukan sekadar simpanan.
Emas adalah perlindungan kekayaan.

Sekarang dah mudah boleh menabung emas serendah RM100 di Public Gold. Nak mula simpan emas dengan ilmu dan guide bersama team saya, mari saya bantu.

Saya adalah dealer aktif Public Gold di bawah rangkaian G100, di bawah mentor Tuan Mohd Zulkifli Bin Shafie, boleh hubungi saya di sini 👇

www.publicgoldofficial.com/Hafizzul

Bimbingan saya adalah PERCUMA.

Mohd Hafizzul Bin Abd Ghani
PG00233752
Dealer Aktif Public Gold




Ramai anak-anak dapat duit raya setiap tahun.Biasanya habis begitu sahaja untuk beli mainan, jajan atau game.Tak salah t...
13/03/2026

Ramai anak-anak dapat duit raya setiap tahun.
Biasanya habis begitu sahaja untuk beli mainan, jajan atau game.

Tak salah tapi kalau kita ubah sedikit cara fikir, duit raya itu sebenarnya boleh jadi permulaan simpanan masa depan anak-anak. Bayangkan kalau setiap tahun kita tukarkan sebahagian duit raya mereka kepada emas.

Sedikit demi sedikit. 1 gram, 5 gram kumpul setiap tahun. Bila mereka besar nanti, emas itu boleh jadi:
1) Simpanan pendidikan
2) Modal permulaan hidup
3) Perlindungan daripada inflasi

Hakikatnya, nilai duit kertas semakin susut, tetapi emas sudah terbukti mengekalkan nilainya sejak ratusan tahun

Jadi tahun ini, jom kita buat sesuatu yang lebih bermakna untuk anak-anak. Tukarkan duit raya mereka kepada aset emas. Bukan sekadar duit raya tapi hadiah masa depan untuk mereka.

Raya dah dekat. Nak alih dan simpan duit raya anak dalam bentuk emas, mari saya bantu.

Saya adalah dealer aktif Public Gold di bawah rangkaian G100, di bawah mentor Tuan Mohd Zulkifli Bin Shafie, boleh hubungi saya di sini 👇

www.publicgoldofficial.com/Hafizzul

Bimbingan saya adalah PERCUMA.

Mohd Hafizzul Bin Abd Ghani
PG00233752
Dealer Aktif Public Gold




Bonus dah dapat tapi ke mana hilangnya? Setiap kali dapat bonus, ramai yang rasa seronok. Tapi selalunya tak lama. Bonus...
13/03/2026

Bonus dah dapat tapi ke mana hilangnya?
Setiap kali dapat bonus, ramai yang rasa seronok. Tapi selalunya tak lama. Bonus itu habis tanpa kita sedar.

Apa kata kali ini buat sesuatu yang berbeza.
Tukar bonus kepada emas. Bila simpan dalam bentuk emas, ia bukan sekadar simpan duit tapi:

✔️ Ia lindungi nilai wang kita
✔️ Ia jadi simpanan jangka panjang
✔️ Ia boleh jadi aset masa depan

Hari ini mungkin hanya sebahagian bonus kita tukar kepada emas. Tapi beberapa tahun akan datang, kita akan bersyukur kerana pernah buat keputusan itu.Bonus mungkin sekali setahun.
Tapi nilai emas boleh bertahan sepanjang zaman.

Kalau nak mula simpan emas dengan Public Gold, mari saya bantu tunjukkan cara mula walaupun dengan bajet kecil. Klik:

www.publicgoldofficial.com/Hafizzul

Mohd Hafizzul Bin Abd Ghani
PG00233752
Dealer Aktif Public Gold




Walau apa pun keadaan geopolitik dunia…kita masih boleh bersedia.Gunakan formula kewangan klasik70 : 20 : 1070% untuk ke...
09/03/2026

Walau apa pun keadaan geopolitik dunia…

kita masih boleh bersedia.

Gunakan formula kewangan klasik
70 : 20 : 10

70% untuk keperluan hidup.
20% untuk simpanan.
10% untuk sedekah dan kebaikan.

Daripada 20% simpanan itu,
peruntukkan sekurang-kurangnya 10% dalam aset emas.

Kerana emas bukan sekadar simpanan.

Ia adalah pelindung nilai
ketika ekonomi tidak menentu.

Dalam dunia yang penuh krisis,
mereka yang ada aset sebenar
biasanya lebih tenang menghadapi masa depan.

Sekarang dah mudah boleh menabung emas serendah RM100 di Public Gold. Nak mula simpan emas dengan ilmu dan guide bersama team saya, mari saya bantu.

Saya adalah dealer aktif Public Gold di bawah rangkaian G100, di bawah mentor Tuan Mohd Zulkifli Bin Shafie, boleh hubungi saya di sini 👇

www.publicgoldofficial.com/Hafizzul

Bimbingan saya adalah PERCUMA.

Mohd Hafizzul Bin Abd Ghani
PG00233752
Dealer Aktif Public Gold




Kekayaan bertahan apabila simpan emas.Bila kita simpan emas, sebenarnya kita bukan sekadar berharap pada kenaikan harga ...
09/03/2026

Kekayaan bertahan apabila simpan emas.

Bila kita simpan emas, sebenarnya kita bukan sekadar berharap pada kenaikan harga emas untuk jadi lebih kaya. Hakikatnya, emas membantu mengekalkan nilai kekayaan kita daripada dimakan inflasi.

Berbeza jika kita hanya menyimpan duit di bank. Walaupun jumlahnya nampak semakin bertambah, realitinya kuasa beli duit kertas semakin merosot dari tahun ke tahun akibat inflasi.

Ambil contoh mudah. Harga karipap dahulu dan sekarang. Dulu, dengan 10 sen kita sudah boleh membeli sebiji karipap. Tetapi hari ini, 10 sen itu sudah tidak mampu membeli karipap yang sama. Nombornya masih 10 sen, tetapi kuasa belinya sudah hilang.

Di sinilah ramai orang sebenarnya tertipu dengan nombor. Duit nampak ada, tetapi nilainya semakin mengecil.

Sebab itu, duit kertas sesuai dijadikan medium transaksi dan simpanan jangka pendek sahaja. Tetapi untuk simpanan jangka panjang, emas adalah pilihan yang lebih bijak kerana emas terbukti mampu mengekalkan nilai dan kuasa beli sepanjang zaman.

Sekarang dah mudah boleh menabung emas serendah RM100 di Public Gold. Nak mula simpan emas dengan ilmu dan guide bersama team saya, mari saya bantu.

Saya adalah dealer aktif Public Gold di bawah rangkaian G100, di bawah mentor Tuan Mohd Zulkifli Bin Shafie, boleh hubungi saya di sini 👇

www.publicgoldofficial.com/Hafizzul

Bimbingan saya adalah PERCUMA.

Mohd Hafizzul Bin Abd Ghani
PG00233752
Dealer Aktif Public Gold




Jika semalam habis kerja malam, balik pagi terus join PLT. Hari ini p**a habis kerja malam, balik pagi tadi join NDO. ND...
08/03/2026

Jika semalam habis kerja malam, balik pagi terus join PLT. Hari ini p**a habis kerja malam, balik pagi tadi join NDO.

NDO ada dua sesi. Satu secara online sebelah pagi dan satu lagi secara fizikal sebelah tengah hari. Sesi online boleh join dari rumah, manakala sesi fizikal p**a diadakan di region mengikut lokaliti masing-masing.

Walaupun badan terasa penat selepas kerja malam, setiap kali hadir training terutama NDO fizikal, semangat terasa naik semula. Seolah-olah tenaga di recharge kembali.
Di sinilah tempat kami berjumpa, belajar dengan achievers dan berassociate dengan team yang mempunyai mindset dan matlamat yang sama.

Kami semua sedang dalam satu misi:
Bantu lebih ramai masyarakat di luar sana celik ilmu emas dan kewangan. Doakan perjalanan kami ya.

Mohd Hafizzul Bin Abd Ghani
Dealer Aktif Public Gold




𝐊𝐞𝐬𝐢𝐥𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐢 𝐄𝐦𝐚𝐬. Sebenarnya harga emas memang sentiasa mahal. Berapa pun harganya, tetap orang akan kata ...
08/03/2026

𝐊𝐞𝐬𝐢𝐥𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐢 𝐄𝐦𝐚𝐬.

Sebenarnya harga emas memang sentiasa mahal. Berapa pun harganya, tetap orang akan kata ia mahal.

la memang barang yang dianggap mahal sejak zaman-berzaman. Tidak pernah ada satu zaman pun orang anggap harga emas itu murah.

Maksudnya, kesilapan pertama apabila hendak membeli emas ialah tunggu harga emas murah.

Harga emas memang tidak akan murah selagi tidak mulakan dengan belian pertama.

Mahal atau murah, bergantung kepada, benchmark kita sendiri. Ada ketikanya harga RM170 segram dianggap sangat mahal. Akan tetapi apabila harga emas meningkat sehingga RM380 segram, ketika itu orang menganggap RM170 sangat murah.

Walaupun harga RM170 dianggap murah, ia tidak lagi berguna sebab harga itu telah pun menjadi sejarah.

Jadi, cara yang betul membeli emas ialah beli dahulu walaupun sekadar satu gram. Mulakan dengan bajet kecil dahulu. Jangan tunggu harga rendah. Lepas belian pertama barulah pantau harga.

Apabila sudah mula membeli, kita sudah ada benchmark harga tersendiri. Kita akan tahu berapa harga yang dianggap mahal, dan berapa harga yang dianggap murah untuk sesuatu tempoh masa. Tidak perlu lagi kita tanya orang lain, terutamanya dealer (ejen) emas.

Nak mula menabung emas dengan ilmu? Saya adalah dealer aktif Public Gold di bawah rangkaian G100, di bawah mentor Tuan Mohd Zulkifli Bin Shafie, boleh hubungi saya di sini 👇

https://www.publicgoldofficial.com/Hafizzul

Bimbingan saya adalah PERCUMA.

Mohd Hafizzul Bin Abd Ghani
PG00233752




Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mohd Hafizzul Public Gold posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Mohd Hafizzul Public Gold:

Share