Magna Wealth

Magna Wealth Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Magna Wealth, Investing Service, Lot 25-4-12, 4th Floor, Plaza Prima Batu 4 ½, Jalan Kelang Lama 58200, Kuala Lumpur.

BAGAIMANA NAK ATASI KERUGIAN DALAM PELABURAN SAHAM?Asyik main saham je rugi, asyik main saham je rugi. 😭😭Memanglah, kala...
11/08/2023

BAGAIMANA NAK ATASI KERUGIAN DALAM PELABURAN SAHAM?
Asyik main saham je rugi, asyik main saham je rugi. 😭😭
Memanglah, kalau ada potensi keuntungan pasti ada juga kemungkinan kerugian dalam saham.
Saham kan perniagaan, betul tak?
Jangan hilang semangat dan putus asa lepas alami kerugian, ikuti tips di bawah. 🤩⤵️
Belajar sesuatu? Berikan pandangan anda di ruangan komen. 🔥

Bekerja untuk wang? Atau biar wang bekerja untuk anda?Kalau semata work hard je memang duit itu tak akan kembang dengan ...
10/08/2023

Bekerja untuk wang? Atau biar wang bekerja untuk anda?
Kalau semata work hard je memang duit itu tak akan kembang dengan cepat. Work hard & smart barulah jadi.
Dengan pendapatan tersebut anda perlu komited & disiplin untuk urus kewangan dengan baik, barulah ada duit lebihan untuk dilabur. Sini min kongsikan steps mudah untuk bina pendapatan pasif atau dikenali sebagai passive income.

Alhamdulillah. Pagi kembali hadir menyapa kita. Syukuri anugerah dari Allah dengan hati ikhlas berkarya demi kehidupan y...
09/08/2023

Alhamdulillah. Pagi kembali hadir menyapa kita. Syukuri anugerah dari Allah dengan hati ikhlas berkarya demi kehidupan yang lebih baik.

"Sebanyak RM 23 juta daripada dana yang diraih akan digunakan untuk perbelanjaan modal"Kita selalu dengar tentang perbel...
08/08/2023

"Sebanyak RM 23 juta daripada dana yang diraih akan digunakan untuk perbelanjaan modal"
Kita selalu dengar tentang perbelanjaan modal (capital expenditure, CAPEX) tapi tak tahu apa CAPEX itu?

Dagangan saham (juga dikenali sebagai urusan saham) adalah salah satu cara yang paling biasa dan mudah untuk menyelami p...
07/08/2023

Dagangan saham (juga dikenali sebagai urusan saham) adalah salah satu cara yang paling biasa dan mudah untuk menyelami pasaran kewangan. Ia membayangkan membeli beberapa saham syarikat awam yang anda percaya akan berprestasi baik dalam unjuran jangka panjang. Mari pertimbangkan untuk melabur dari segi hartanah yang digunakan untuk menggambarkan keanehan CF.

4 Kesilapan Besar Pelabur Buat Ketika Market Crash1. Jual Saham Secara PanikMemang tak keruan jika portfolio kita yang s...
04/08/2023

4 Kesilapan Besar Pelabur Buat Ketika Market Crash

1. Jual Saham Secara Panik
Memang tak keruan jika portfolio kita yang selama ini hijau dua atau tiga angka menguncup kepada satu angka sahaja. Lebih berdegup jantung pelabur berdebar bila kita lihat portfolio pelaburan kita berdarah.
Maka datanglah ilham dalam ketakutan untuk menjual semua saham yang ada tanpa berfikir panjang.

2. Simpan Tunai Semata
Kata seorang ahli politik negara kita ‘Cash is King! Cash is rakyat!’. Tetapi menjual semua saham dan simpan tunai semata-mata ketika pasaran saham jatuh merupakan tindakan yang kurang tepat sebenarnya. Melainkan anda sangat memerlukan.
Sebab apa? Biasanya kegawatan ekonomi dunia ini dilengkapi dengan kenaikan kadar inflasi yang mendadak. Dengan memiliki tunai semata akan menyebabkan nilai duit anda dikikis inflasi.
Sebaliknya jika anda memiliki saham yang bagus tetapi saham tersebut mengalami kejatuhan harga, anda boleh mempertimbangkan untuk melakukan teknik ‘Dollar Cost Averaging”.

3. Sambut Pisau Yang Sedang Jatuh
Dalam pelaburan saham ini ramai juga pelabur yang merasakan mereka lebih bijak dan pandai daripada orang lain dalam pelaburan yang mereka lakukan. Ketika pasaran sedang jatuh ini, tidak dinafikan bahawa peluang membeli saham lebih murah itu wujud, tetapi pelabur perlu bertindak dengan rational.
Kesilapan yang terbesar adalah apabila pelabur cuba untuk ‘sambut pisau yang jatuh’ dan akhirnya mencederakan portfolio pelaburan sendiri.
Sebaiknya dapatkan nasihat pelaburan daripada mereka yang berpengalaman dan bertindak lebih rational ketika melabur. Ingat peluang dalam pelaburan saham ini sentiasa ada!

4. Lupa Nak Rebalance Portfolio Pelaburan
Dapatkan nasihat pakar dan nilai penulisan panganalisa pasaran dengan keadaan pasaran semasa pasaran saham.
Pembaca perlu faham bahawa pasaran saham ini bergerak mengikut kitaran. Ianya tidak selamanya diatas dan ianya juga tidak sela

03/08/2023

Salam Kejayaan 😎✊

Bearish Reversal Candlestick PatternsTerdapat 2 jenis Reversal Candlestick Patterns iaitu:1. Bullish Reversal Candlestic...
02/08/2023

Bearish Reversal Candlestick Patterns

Terdapat 2 jenis Reversal Candlestick Patterns iaitu:
1. Bullish Reversal Candlestick Patterns
2. Bearish Reversal Candlestick Patterns

⚡ Kali ini fokus akan diberikan kepada Bearish Reversal Candlestick Patterns p**a.

⚡ Kebiasaannya para pelabur/pedagang mempunyai masalah dalam membuat keputusan untuk menjual pegangan saham berbanding membeli.

⚡ Ini kerana, mereka agak keliru dalam membezakan samada saham yang dipegang sedang membuat pullback (berehat sementara sebelum membuat kenaikan semula) atau saham tersebut sebenarnya sudah menunjukkan sell signal.

⚡ Jadi, salah satu cara yang boleh digunakan oleh pelabur/pedagang untu mengenalpasti adakah perubahan trend bakal berlaku kepada saham yang sedang dipegang ialah dengan melihat kepada Bearish Reversal Candlestick Patterns.

▪ Bearish Reversal Candlestick Patterns ini mestilah berlaku di uptrend (berlaku di atas, biasanya ketika harga berada di puncak).

▪ Kemunculan Bearish Reversal Candlestick Patterns ini memberi petunjuk awal yang harga saham akan membuat penurunan dan perubahan trend akan berlaku (daripada uptrend ke sideways/downtrend)

▪ Jika Bearish Reversal Candlestick Patterns ini muncul, pelabur/pedagang boleh memantau portfolio dengan lebih ketat, untuk mencari exit point terbaik supaya dapat mengoptimumkan keuntungan.

▪ Pelabur/pedagang boleh menjual pegangan saham apabila harga saham sudah turun memecahkan support terdekat/trailing stop.

⚡ Berikut merupakan 6 Bearish Reversal Candlestick Patterns yang selalu dijumpai pada chart:

1. Bearish Engulfing
2. Bearish Harami
3. Evening Star
4. Dark Cloud Cover
5. Hanging Man
6. Shooting Star

⚡ Anda dapat lihat, selepas muncul Bearish Reversal Candlestick Patterns ini ketika harga saham berada di atas, berlakunya penurunan kepada harga saham (Rujuk gambar di bawah).

🍁 Pelabur baru sangat disarankan untuk memulakan pelaburan saham menggunakan modal dalam jumlah yang kecil.🍁 Modal permu...
01/08/2023

🍁 Pelabur baru sangat disarankan untuk memulakan pelaburan saham menggunakan modal dalam jumlah yang kecil.

🍁 Modal permulaan yang digunakan perlu dianggap sebagai modal pembelajaran. Modal permulaan ini mestilah dalam jumlah yang anda boleh terima jika keseluruhan modal tesebut hangus dalam pasaran saham.

🍁 Pelabur baru kebiasaannya dicadangkan untuk membuat pilihan samada boleh terus melabur menggunakan modal yang kecil, atau boleh mula belajar melabur saham melalui paper trade.

▪ Paper trade bermaksud berlatih melabur saham dengan tidak menggunakan wang sebenar.

▪ Kekurangannya belajar melabur melalui paper trade ini ialah ianya tidak melibatkan emosi.

▪ Sedangkan dalam pelaburan saham, 80% melibatkan emosi. Pelabur yang berjaya dalam pasaran saham adalah pelabur yang bijak mengawal emosi.

▪ Walaubagaimanapun, ini bergantung kepada penerimaan setiap individu. Ada juga pelabur yang berlatih melabur melalui paper trade dan tetap mampu meraih keuntungan yang konsisten dalam trading sebenar.

🍁 Sebagai pelabur baru, anda boleh membuat pilihan mengikut keselesaan dan kesesuaian anda sendiri.

[APA NAK BUAT BILA PASARAN SAHAM DALAM KEADAAN BEARISH]🔸 Adat pasaran pasti ada naik dan surutnya. Bagi pelabur baru yan...
31/07/2023

[APA NAK BUAT BILA PASARAN SAHAM DALAM KEADAAN BEARISH]
🔸 Adat pasaran pasti ada naik dan surutnya. Bagi pelabur baru yang kurang berpengalaman atau mungkin pertama kali berhadapan dengan keadaan pasaran bearish, keadaan ini mungkin menyebabkan kebuntuan dimana pelabur tidak tahu apa tindakan sepatutnya yang perlu dilakukan.

🔵 Tengok harga saham yang dipegang jatuh, nak ikut panik dan menjual?

🔵 Nak ambil peluang dan gunakan modal yang ada untuk membeli sebanyak mungkin saham sementara harga masih rendah?

🔵 Nak tunggu dan lihat saja apa yang bakal berlaku. Jika ada pegangan, hold saja dulu dan jika belum ada pegangan tunggu sahaja dulu dan lihat apa reaksi pasaran seterusnya?

🔸 Buy, sell, atau hold? Tindakan yang mana lebih baik untuk diambil?

🔸 Setiap pelabur/pedagang mempunyai pendapat/tindakan sendiri apabila berhadapan dengan situasi ini dan ianya sangat berkait rapat dengan faktor kemahiran, strategi dan kewangan masing-masing.

♦ Bagi pelabur baru yang masih dalam proses pembelajaran, anda boleh lakukan langkah-langkah seperti berikut.

𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐬𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚𝐢 𝐏𝐮𝐚𝐧/𝐓𝐮𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐤𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐛𝐚𝐧𝐲𝐚𝐤 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐤𝐞𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐀𝐧𝐝𝐚.
29/07/2023

𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐬𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐫𝐠𝐚𝐢 𝐏𝐮𝐚𝐧/𝐓𝐮𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐤𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐛𝐚𝐧𝐲𝐚𝐤 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐤𝐞𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐀𝐧𝐝𝐚.

Address

Lot 25-4-12, 4th Floor, Plaza Prima Batu 4 ½, Jalan Kelang Lama 58200
Kuala Lumpur

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Magna Wealth posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share