Ahmad Hafizzudin

Ahmad Hafizzudin Page khusus untuk Ahmad Hafizzudin berkongsi tentang ilmu berkenaan dengan simpanan dan pelaburan em

BismillahHarga emas sekarang tengah buat terjunan tiruk. Dalam masa 24 jam, harga turun dari 1,800 USD/Oz ke 1,756 USD/O...
16/09/2021

Bismillah

Harga emas sekarang tengah buat terjunan tiruk. Dalam masa 24 jam, harga turun dari 1,800 USD/Oz ke 1,756 USD/Oz. Banyak beza tu sebenarnya.

Apa yang buat harga jatuh ni?

Pertama, kita kena faham emas ni bertindak sebagai penyimpan nilai. Pada waktu ekonomi nampak tak berapa nak cantik, orang kebanyakan dan pelabur akan tukar duit di tangan kepada emas. Waktu banyak aktiviti belian ni, ianya akan mendorong untuk harga emas naik.

Tapi bila data dan keadaan mula menunjukkan ekonomi dalam landasan untuk kembali pulih, para pelabur dan orang kebanyakan akan jual emas dan tukar balik emas kepada bentuk tunai.

Contoh dia, jam 2030 tadi baru keluar data jualan runcit di pasaran Amerika Syarikat. Dari jangkaan asal, (akibat dari varian delta Covid-19 yang meningkat), unjuran asal data ini akan merosot sebanyak 0.8%. Tapi apa yang terjadi, data menunjukkan peningkatan sebanyak 0.7%.

Nampak kecil nilai dia, tapi ini memberi maksud yang seumpama ekonomi Amerika Syarikat kembali stabil dan mampu menghadapi ancaman varian baru Covid-19.

Untuk yang berkira-kira untuk menambah dan membeli emas, mungkin boleh ambil tindakan sekarang. InsyaAllah.

BismillahRisiko paling besar dalam simpanan dan pelaburan emas ialah emas yang kita beli itu ialah emas palsu.100% duit ...
25/06/2021

Bismillah

Risiko paling besar dalam simpanan dan pelaburan emas ialah emas yang kita beli itu ialah emas palsu.

100% duit yang kita letakkan itu lebur bersama dengan impian dan niat untuk menyimpan.

Saya ada menulis tentang kriteria dalam memilih di syarikat mana kita ingin membeli emas di sini ๐Ÿ‘‡๐Ÿผ

https://www.ahmadhafizzudin.com/post/5-kriteria-paling-penting-perlu-dilihat-dalam-memilih-tempat-membeli-emas

https://www.ahmadhafizzudin.com/post/kriteria-dalam-memilih-dimana-kita-ingin-membeli-emas-fizikal

Dan saya juga ada menulis tentang pengalaman membawa BungaMas 50g dari Public Gold International Bhd. untuk menjalani ujian ketulenan di sini ๐Ÿ‘‡๐Ÿผ

https://www.ahmadhafizzudin.com/post/menguji-ketulenan-emas-public-gold-bungamas-50g

BismillahEmas ni satu komoditi yang dijual beli di pasaran antarabangsa. Harganya bergantung kepada konsep supply & dema...
11/04/2021

Bismillah

Emas ni satu komoditi yang dijual beli di pasaran antarabangsa. Harganya bergantung kepada konsep supply & demand.

Tinggi demand, kurang supply, maka naiklah harga emas.

Rendah demand, tinggi supply, maka turunlah sedikit harga emas.

Dan banyak faktor yang boleh mempengaruhi supply & demand emas ni. Faktor ekonomi, geopolitik dan juga wabak kesihatan (macam waktu kemuncak kes Covid-19 tahun lepas).

Sebab tu harga emas kita akan tengok ada naik dan ada turunnya. Dan ada masanya nanti harga emas akan mendatar juga nanti.

Tapi kalau lihat jangka masa panjang, harga emas akan naik dan terus naik. Cuma naiknya perlu disulami dengan pelbagai corak pergerakan harga.

Dulu kita boleh dapat RM200, RM100 dan pernah RM30 je untuk satu gram emas.

Sekarang hampir mustahil nak dapat kembali harga ni.

Cuma sekarang kita boleh dapatkan satu gram emas dalam harga RM250 sebelum satu hari nanti harga emas akan terus naik (mungkin) sehingga RM500/g.

Keputusan simpan sedikit demi sedikit hari ini insyaAllah akan buat kita tersenyum satu hari nanti.

Jom simpan emas?

BismillahRamai yang mula menyimpan emas saya galakkan 1 dinar atau BungaMas 10g.Kenapa?1) Kos memiliki emas tidaklah seb...
04/04/2021

Bismillah

Ramai yang mula menyimpan emas saya galakkan 1 dinar atau BungaMas 10g.

Kenapa?

1) Kos memiliki emas tidaklah sebesar mana dibandingkan dengan produk emas lain yang lebih besar.

2) Jika menggunakan fasiliti EPP10, jumlah bayaran dalam lingkungan RM100-RM200 sebulan (selama 10 bulan)

3) Emas ni โ€œmagiknyaโ€ kita dapat rasa bila kita pegang emas fizikalnya di tangan. Mulakan dengan pegang dan rasa item kecil, ketagihan untuk menyimpan lebih banyak akan sampai kemudian.

4) Idea menyimpan emas yang sebaiknya emas tu ditangan kita, bukan sekadar di atas skrin.

Berminat ingin mula menyimpan emas dengan 1 Dinar atau BungaMas 10g?

https://www.wasap.my/60102206014/PromoPembelianApril2021

BismillahOk kita sekarang dah cerita tujuh dah kriteria nak kena tengok sebelum decide dari mana nak beli emas (Premium ...
24/03/2021

Bismillah
Ok kita sekarang dah cerita tujuh dah kriteria nak kena tengok sebelum decide dari mana nak beli emas (Premium over spot price, nilai spread yang rendah, stok yang tidak terhad, harga jual beli yang jelas, banyak cawangan di seluruh Malaysia, jaminan membeli balik dan diterima meluas oleh Ar-Rahnu). Sekarang kriteria yang kita nak tengok, kebolehan nak book harga 24/7.
Untuk yang nak simpan dalam akaun simpanan, mungkin tak berapa jadi satu isu sebab harga update setiap jam 12 tengah malam. Tapi bagi yang nak beli emas fizikal, ada sistem yang boleh lock harga 24/7 dan harga yang ikut pergerakan harga dunia, tu satu advantage sebenarnya. Sebagai contoh Public Gold, untuk akaun GAP, harga akan dikemaskini setiap jam 12 tengah malam. Dan untuk emas fizikal, harga akan diupdate setiap 20 minit based on harga dunia.
Bayangkan, harga turun jam 9 malam. Dan sistem boleh lock harga ikut office hour je, tak ke rugi macam tu. Terlepas peluang nak beli time harga diskaun. Jadi satu lagi kriteria nak tengok sebelum beli emas fizikal ni, cari tempat yang boleh nak lock harga 24/7.
InsyaAllah harap bermanfaat.

BismillahSatu dari tujuan menyimpan emas ni, sebagai satu aset yang mudah untuk dicairkan, jual atau pajak ke Ar-Rahnu. ...
17/03/2021

Bismillah

Satu dari tujuan menyimpan emas ni, sebagai satu aset yang mudah untuk dicairkan, jual atau pajak ke Ar-Rahnu. Dalam keadaan terdesak, aset kewangan yang lain mungkin sedikit leceh dan banyak urusan untuk dicairkan. Perlukan dokumentasi yang lengkap dan masa untuk proses pun mungkin panjang.

Lain p**a dengan emas, bawak ke Ar-Rahnu dan insyaAllah kita dah boleh dapatkan sedikit tunai untuk kelangsungan hidup. Dan bagi peniaga, emas ni boleh dipajakkan untuk dijadikan sebagai modal pusingan untuk berniaga. Dan bila dah ada untung dari perniagaan untuk hari tersebut, boleh tebus balik emas tu nanti dan emas tu ada balik di tangan dan perniagaan pun jalan macam biasa.

Jadi dalam menyimpan emas fizikal ni, kena berhati-hati juga sama ada produk emas tu diterima oleh kebanyakan Ar-Rahnu atau tak. Dan lagi bagus kalau diterima oleh Ar-Rahnu yang besar dan punyai banyak cawangan, seperti Pos Ar-Rahnu. Untuk Public Gold, memang ada kerjasama dengan Pos Ar-Rahnu, maksudnya emas Public Gold terus diterima oleh Pos Ar-Rahnu tanpa pemeriksaan.

Cuma sesetengah Ar-Rahnu dia tetap perlukan pemeriksaan untuk emas tu sebelum dipajakkan, jadi untuk tujuan menyimpan dengan tujuan kecemasan, elok simpan dan beli produk Non-LBMA, emas yang boleh dipegang tangan.

Mudah.

InsyaAllah moga bermanfaat.

Ahmad Hafizzudin bin Nordin
Dealer Aktif Public Gold | PG00175983


Nota kaki - Saya pernah menulis pengalaman saya menggunakan khidmat Pos Ar-Rahnu di sini โ€”> https://www.ahmadhafizzudin.com/post/pengalaman-saya-sendiri-menggunakan-khidmat-pos-ar-rahnu

BismillahDah ada duit dan nak simpan dan tukar duit tu jadi emas?Tapi tak pasti nak beli barang kemas ke atau goldbar?Se...
10/03/2021

Bismillah
Dah ada duit dan nak simpan dan tukar duit tu jadi emas?
Tapi tak pasti nak beli barang kemas ke atau goldbar?
Sebagai panduan, bawah ni saya cuba kongsikan perbezaan antara gold bar dan barang kemas.
๐‘ฒ๐’†๐’•๐’–๐’๐’†๐’๐’‚๐’ - Gold bar mempunyai ketulenan 999.9 dan kebanyakan barang kemas hanya berketulenan 916
๐‘ฏ๐’‚๐’“๐’ˆ๐’‚ ๐’‹๐’–๐’‚๐’๐’‚๐’ - โ€œPremium over spot priceโ€ bagi gold bar jauh lebih rendah berbanding dengan barang kemas. Kebiasannya premium untuk gold bar kurang dari 10%, dan premium untuk barang kemas bermula dari 18%.
๐‘ฏ๐’‚๐’“๐’ˆ๐’‚ ๐’‹๐’–๐’‚๐’๐’‚๐’ ๐’ƒ๐’‚๐’๐’Š๐’Œ - Harga jualan balik untuk gold bar adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan barang kemas. Barang kemas, akan punya nilai spread yang tinggi, belum campur kalau ada cela dekat barang kemas tu.
๐‘ฒ๐’๐’” ๐’•๐’‚๐’Ž๐’ƒ๐’‚๐’‰๐’‚๐’ - Gold bar tidak dikenakan kos upah seperti barang kemas yang ditambahkan lagi caj upah.
๐‘ฎ๐’‚๐’๐’…๐’‚๐’‚๐’ ๐’ƒ๐’†๐’“๐’‚๐’• - Gandaan berat yang tepat bagi gold bar tapi tidak bagi barang kemas. Berat bagi barang kemas mempunyai titik perpuluhan dan ianya tidak seragam.
๐‘ท๐’†๐’Ž๐’Š๐’๐’Š๐’Œ๐’‚๐’ - Gold bar boleh dimiliki oleh lelaki ataupun wanita. Tapi barang kemas eksklusif untuk wanita sahaja.
Untuk rumusan, tujuan sebagai simpanan dan pelaburan baiklah menyimpan emas dalam bentuk god bar bukannya barang kemas.
Untuk perhiasan dan kepuasan diri, carilah barang kemas.
Untuk lagi bagus, suami isteri buatlah simpanan gold bar. Dan si suami juga pada masa yang sama hadiahkan isteri barang kemas untuk keseronokan isteri ๐Ÿ˜

BismillahKelmarin sempat ke YG Ndgac Bangi sekejap nak selesaikan urusan dokumentasi barang kemas milik Mama. Sambil-sam...
07/03/2021

Bismillah
Kelmarin sempat ke YG Ndgac Bangi sekejap nak selesaikan urusan dokumentasi barang kemas milik Mama. Sambil-sambil tu ambil peluang nak buat test untuk item BungaMas 50g Public Gold ni.
Item Public Gold ni sebenarnya memang dah ada sijil ketulenan dari Tuan Abdul Shukor Anuar dah sebenarnya, tak risau dah pun. Tapi dah sampai sini, buat juga test dan tengok result untuk item Bunga Mas ni, alang-alang kan.
Kena p**a sahabat UiTM dulu, Mohamad Syamil Mohamad Arbain kerja sini dan dia la yang attend dan buat ujian untuk semua barang hari tu.
Jadi untuk item BungaMas ni dia buat tiga jenis ujian terus
1) X-Ray Fluorescence Test
2) Densimeter Test
3) Eddy Current Test
Keputusan dia untuk tiga-tiga ujian hari tu, semuanya lulus dengan cemerlang, berat cukup 50g. Ketulenan emas pun betul, emas 99.99%.
InsyaAllah menyimpan emas dengan Public Gold ni, jangan risau tentang ketulenan dia. ๐Ÿ˜
Untuk lebih banyak perkongsian emas, boleh terus lawat laman web saya juga - https://www.ahmadhafizzudin.com

BismillahJika ada yang ingin mengambil kesempatan dalam kejatuhan harga emas sekarang dan ingin mula menyimpan gram emas...
27/02/2021

Bismillah
Jika ada yang ingin mengambil kesempatan dalam kejatuhan harga emas sekarang dan ingin mula menyimpan gram emas pertama, boleh tengok promosi yang ada sekarang ๐Ÿ‘‡
Ada yang berminat terus whatsapp saya untuk saya bantu --> https://www.wasap.my/60102206014/PromoFBLive
Ahmad Hafizzudin bin Nordin
Dealer Aktif Public Gold | PG00175983

BismillahDalam simpanan emas sebagai aset simpanan dan pelaburan, zakat emas akan dikenakan bila cukup simpanan kita ber...
26/02/2021

Bismillah
Dalam simpanan emas sebagai aset simpanan dan pelaburan, zakat emas akan dikenakan bila cukup simpanan kita berjumlah 85g.
Kiraan hanyalah setakat 2.5% dari jumlah berat dalam simpanan kita yang dinilaikan pada harga semasa.
Ianya terpakai untuk simpanan emas fizikal dan akaun emas yang mempunyai sandaran emas fizikal di belakangnya.
Tapi untuk akaun emas pelaburan tanpa sandaran emas fizikal (yang tak patuh syara'), lain p**a cerita dia ye.
Boleh rujuk tangkap layar saya ambil dari laman web PPZ MAIWP ๐Ÿ‘‡
https://www.zakat.com.my/info-zakat/jenis-jenis-zakat/zakat-emas/
Ahmad Hafizzudin bin Nordin
Dealer Aktif Public Gold | PG00175983

25/02/2021

Bismillah
Kriteria keenam dalam memilih tempat untuk membeli emas ni, kena tengok apa jaminan syarikat tu untuk beli balik emas. Tak kisah kondisi emas nak dijual tu macam mana.
Ada sesetengah tempat yang jual emas ni dia tak bagi jaminan langsung untuk dia beli balik emas tu kalau kita nak jual, macam UOB Bank. Dia ada jual emas fizikal juga cumanya dia tak beli balik emas tu kalau kita nak jual.
Ada juga yang letak syarat yang sangat ketat untuk beli balik emas tu, tak boleh ada kemek, tak boleh ada calar dan tak boleh ada cacat langsung la. Ikut apa yang pernah saya baca, syiling Kijang Emas memang dijual di Maybank tapi untuk jual balik ke Maybank, tak boleh langsung ada kesan calar atau kemek.
Jadi syarat macam tu sedikit menyusahkan kalau kita nak jual balik emas tu nanti.
Keadaan macam ni la yang buat kalau kita nak beli emas, seeloknya cari tempat yang ada bagi jaminan dia akan beli balik emas tu tak kisah dalam apa jua kondisi pun. Mudah.
Sebagai contoh, Public Gold ada memberi jaminan macam mana kondisi dan keadaan emass tu, dia tetap akan beli balik cumanya mungkin ada perbezaan dari jumlah spread.
InsyaAllah harap bermanfaat
Ahmad Hafizzudin bin Nordin
Dealer Aktif Public Gold | PG00175983

Address

Bandar Sri Damansara
Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ahmad Hafizzudin posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share