Hibah & Perlindungan Pendapatan - KL, Selangor, Negeri Sembilan

Hibah & Perlindungan Pendapatan - KL, Selangor, Negeri Sembilan Perlindungan kewangan menyeluruh, hibah takaful, perlindungan penyakit kritikal, & medical card serendah RM50 sebulan!

ISTIMEWA untuk pendeposit Tabung Haji!TH memperkenalkan TH Khairat kepada semua pendeposit yang berumur seawal 30 hari s...
22/08/2023

ISTIMEWA untuk pendeposit Tabung Haji!

TH memperkenalkan TH Khairat kepada semua pendeposit yang berumur seawal 30 hari sehingga 65 tahun (hari lahir berikutnya).

- TH Khairat merupakan pelan yang menawarkan perlindungan Takaful asas kepada pencarum.
- Sebanyak RM12,000 jika berlaku kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh.
- Bayaran SETAHUN hanya RM28.

Daftar sekarang di THiJARI

Untuk pertanyaan lanjut, boleh PM admin.

Apa yang akan terjadi kepada harta anda apabila meninggal dunia?1) Harta pusaka akan dibekukanSemua harta pusaka akan di...
22/08/2023

Apa yang akan terjadi kepada harta anda apabila meninggal dunia?

1) Harta pusaka akan dibekukan

Semua harta pusaka akan dibekukan dan tidak boleh diambil atau dituntut oleh sesiapa pun. Harta tersebut hanya boleh diagihkan apabila kes pembahagian telah diselesaikan

2) Membuat permohonan Sijil Faraid

Untuk memulakan proses Faraid harta atau memfailkan kes Faraid, waris perlu menghantar borang untuk memohon Sijil Faraid.

Antara dokumen-dokumen yang diperlukan oleh waris adalah:
• Borang permohonan yang lengkap.
• Salinan sijil kematian si mati atau surat akuan.
• Salinan kad pengenalan waris-waris/sijil kelahiran/surat akuan.
• Salinan geran harta/buku akaun/penyata.
• Sijil nilaian hartanah (jika ada).
• Wang proses mengikut nilai penuh harta pusaka

3) Ikuti setiap proses dengan teliti

Waris perlu memastikan yang semua proses diikuti dan dibuat dengan teliti supaya pengagihan dapat diluluskan dan diuruskan dengan lancar.

Inilah proses-proses yang terlibat dalam permohonan Sijil Faraid:
• Menyerahkan permohonan.
• Terima permohonan.
• Semak.
• Jika lengkap, terima dan tandatangan.
• Siasatan terhadap waris dijalankan pada hari pendaftaran, atau pada hari lain seperti yang ditetapkan.
• Pengiraan akan dilakukan apabila siasatan selesai.
• Dapatkan sijil dalam tempoh 5 hari selepas siasatan setiap ahli waris selesai.
• Notifikasi akan diberi apabila siasatan telah tamat.

4) Dapatkan persetujuan yang terlibat

Mengikut sistem Faraid, semua ahli waris menurut Al-Quran mesti bersetuju untuk memilih pentadbir yang sama.

Pelantikan pentadbir tersebut juga mesti dilakukan secara bertulis.
Siapakah waris menurut Al-Quran dan pentadbir?
• Waris menurut Al-Quran adalah waris yang berhak untuk mendapatkan bahagian yang ditetapkan daripada harta si mati seperti yang diterangkan di dalam Al-Quran.
• Pentadbir adalah seseorang yang dilantik untuk mentadbir harta peninggalan si mati seperti waris, bukan waris, institusi pengurusan harta pusaka atau peguam.

𝐉𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐃𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐍𝐈𝐀𝐘𝐀Beberapa hari ni ramai yang kongsi kisah keputusan saman Ali Puteh dan Hidayah, balu kepada arw...
23/02/2022

𝐉𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐀𝐃𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐀𝐍𝐈𝐀𝐘𝐀

Beberapa hari ni ramai yang kongsi kisah keputusan saman Ali Puteh dan Hidayah, balu kepada arwah abam bocey. Hakim putuskan, Ali kena bayar RM60,000 kepada Hidayah.

Now dah berlarutan bila Ali buat rayuan untuk batalkan keputusan tersebut sebab ada fakta yang salah katanya.

Tapi bukan itu yang saya nak kongsi. Hari ni nak refresh semula ilmu Faraid supaya kita faham dan tidak terambil hak orang lain.

Jika suami meninggal dunia dan meninggalkan waris seperti :
🧓 Ayah
👵 Ibu
🧕 seorang Isteri
👶 seorang Anak lelaki
🧔 seorag Adik beradik lelaki
👩‍🦰 seorang Adik beradik perempuan

Berapakah bahagian bagi setiap waris? Jom sama-sama kita kira. Kita anggarkan keseluruhan harta adalah RM100,000.

🧓 Ayah - 1/6 [RM16,666]
👵 Ibu - 1/6 [RM16,666]
🧕 seorang Isteri - 1/8 [RM12,500]
👶 seorang Anak lelaki - Asobah [RM54,166]
🧔 seorag Adik beradik lelaki - TIADA BAHAGIAN
👩‍🦰 seorang Adik beradik perempuan - TIADA BAHAGIAN

Begitulah kiraan Faraid nya. Isteri rasa tak cukup sebab hanya dapat 1/8 sahaja? Isteri boleh buat tuntutan harta sepencarian. Itupun selepas ditolak kos pengurusan jenazah dan semua hutang arwah suami.

Kenapa adik beradik lelaki dan adik beradik perempuan tiada bahagian Faraid? Sebab si mati ada seorang anak lelaki yang akan mewarisi baki hartanya (Asobah).

Bila semua ahli keluarga faham, maka semua urusan akan jadi mudah. Tak ada istilah tamak jika waris memang ada hak Faraid ke atas harta arwah si mati. Yang tamaknya bila kita tak ada hak tapi sama sibuk nak minta bahagian Faraid.

Kesimpulannya, yang pertama saya cadangkan bagi semua suami untuk buatlah perancangan harta pusaka. Boleh rujuk mana-mana perunding pengurusan harta pusaka. InsyaAllah mereka boleh bantu. Waktu hidup ni lah nak kena buat supaya mati nanti tak kalut keluarga kita.

Keduanya, semua proses ini akan jadi mudah bila ada MUAFAKAT KELUARGA. Sama-sama faham hak masing-masing dan sama-sama buang sifat tamak dalam diri. Berbincang secara bersemuka dan cari jalan tengah untuk selesaikan secara baik dalam keluarga bukan dengan cara bercerita di laman sosial.

Begitulah.. Menjadi ikhtibar !

Credit : Nazmi Ishak

Bukan mudah nak keluarkan KWSP. Pelan Takaful Pampasan Sakit Kritikal sebagai ikhtiar mendapatkan Pampasan Cash bila sak...
17/12/2021

Bukan mudah nak keluarkan KWSP. Pelan Takaful Pampasan Sakit Kritikal sebagai ikhtiar mendapatkan Pampasan Cash bila sakit kritikal bagi membantu meringankan beban kewangan dan beban bil perubatan.

credit : Takaful info

Sebab-Sebab "Claim" Insurans/Takaful Ditolak (Rejected)1. Tidak mengesahkan penyakit sedia ada (Pre-existing condition)K...
06/12/2021

Sebab-Sebab "Claim" Insurans/Takaful Ditolak (Rejected)

1. Tidak mengesahkan penyakit sedia ada (Pre-existing condition)

Kalau dah ada penyakit semasa nak mendaftar, memohon atau nak kan 'quotation' plan takaful, Tolong JUJUR dengan ejen dan syarikat takaful tersebut. Sebab tak jujur, tak declare ni memang akan susahkan anda untuk 'claim'.

2. Tidak memahami terma dan syarat perlindungan Takaful

Ini antara satu sebab kenapa kita diwajibkan untuk membaca polisi takaful sendiri. Katakanlah anda daftar untuk plan perlindungan kematian dan hilang upaya sahaja, tiba-tiba anda disahkan menghidap penyakit kritikal, nak 'claim' untuk penyakit kritikal walaupun tidak dapat bekerja memang tak dapat la.

3. Pelan Takaful anda telah luput (lapsed)

Sebab ni boleh terjadi samaada lupa nak bayar, atau tak mampu nak bayar. Plan takaful tak kira lah premium mahal atau murah, jumlah perlindungan besar atau kecil, hanya akan berguna jika plan takaful yang masih dibayar. Kalau dah 'lapse' mana-mana syarikat takaful pon akan tolak 'claim' tersebut.

4. Tuntutan anda melebihi jumlah perlindungan

Ini biasa terjadi dengan 'medical claim' di mana tuntutan melebihi had tahunan. Contohnya had tahunan takaful perubatan anda RM150k setahun, tetapi bil tuntutan melebihi RM200k, lebihan tuntutan akan ditolak.

5. Tuntutan dibuat dalam tempoh menunggu (waiting period)

Walaupun anda telah berjaya memiliki pelan Takaful, biasanya ada tempoh menunggu sebelum tuntutan boleh dilakukan. Bergantung kepada polisi dan jenis tuntutan, tempoh menunggu ini ialah sekitar 30 hari sehingga 90 hari.

Mana-mana 'claim' yang dibuat dalam tempoh menunggu akan disiasat dan disahkan sama ada penyakit itu penyakit sedia ada atau penyakit baru terjadi.

Itulah antara sebab-sebab 'claim' takaful akan ditolak. Nak tahu lebih lanjut boleh tanya ejen atau syarikat takaful masing-masing.

Apa itu hilang upaya kekal & menyeluruh (TPD)Kategori 1 : Semasa berumur di bawah 16 tahun. Mengalami kemalangan atau ke...
29/11/2021

Apa itu hilang upaya kekal & menyeluruh (TPD)

Kategori 1 : Semasa berumur di bawah 16 tahun. Mengalami kemalangan atau kesakitan dan akibat secara langsung daripada kemalangan atau penyakit sebegini,

1. Memerlukan penjagaan dan perhatian berterusan

2. Terpaksa tinggal di rumahnya di bawah penyeliaan perubatan atau di sebuah hospital atau institusi sepertinya.

Kategori 2 : Semasa berumur 16 tahun ke atas tetapi dibawah 61 tahun.

1. Tidak dapat menceburi sebarang pekerjaan secara kekal dan tidak dapat melaksanakan sebarang pekerjaan untuk pampasan atau keuntungan

2. Kehilangan penglihatan kedua-dua mata secara penuh dan tidak boleh dipulihkan lagi.

3. Kehilangan satu anggota badan pada atau di atas pergelangan tangan dan kaki, atau dua anggota badan pada atau di atas pergelangan tangan atau kaki secara penuh dan tidak boleh dipulihkan lagi.

4. Kehilangan penglihatan di satu mata secara penuh dan tidak boleh dipulihkan lagi atau kehilangan satu anggota badan pada atau di atas pergelangan tangan atau kaki.

Kategori 3 : Semasa berumur 61 tahun ke atas tetapi di bawah 70 tahun. Apabila tidak berupaya melakukan sekurang-kurangnya 3 daripada aktiviti harian berikut,

1. Pengalihan – memasuki dan keluar daripada sebuah kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.

2. Mobiliti – keupayaan untuk bergerak dari satu bilik ke satu bilik yang lain tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal.

3. Kontinen – keupayaan untuk mengawal usus dan fungsi-fungsi pundi secara sukarela bagi mengekalkan kebersihan diri.

4. Memakai baju – memakai dan menanggal semua barangan pakaian tanpa memerlukan bantuan orang lain.

5. Mandi/Membasuh – keupayaan untuk membasuh diri di dalam tempat mandian atau pancuran (termasuk memasuki dan keluar daripada tempat mandian atau pancuran) atau membasuh diri dengan cara lain.

6. Makan – semua usaha untuk memasukkan makanan ke dalam badan setelah ia disediakan.

Moga bermanfaat!

Address

Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hibah & Perlindungan Pendapatan - KL, Selangor, Negeri Sembilan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Hibah & Perlindungan Pendapatan - KL, Selangor, Negeri Sembilan:

Shortcuts

Share