Shariah-Compliant Gold_Public Gold

Shariah-Compliant Gold_Public Gold Shariah-Compliant Gold_Public Gold serves as a platform to increase awareness among public on the benefits of gold as a long term saving.

You can withdraw your physical gold from the Gold Accumulation Program (GAP) account.

23/11/2021

LAGI JATUH, JOM TAMBAH 😁

22 Nov 2021,
RM 270 per gram.
23 Nov 2021,
RM 266 per gram.
24 Nov 2021,
RM 262 per gram.
Emas, kalau jatuh,
Ia tetap emas.
Ringgit, kalau jatuh,
Ia tetap kertas.
Apa penyimpan emas buat kalau harga emas jatuh?
Serbu!
Serbu untuk tambah simpanan jangka panjang dengan harga rendah berbanding sebelumnya.
Nak mulakan simpanan emas patuh shariah?
Bermula serendah RM 100 sebagai langkah pertama simpanan emas 999.
Info lanjut?
Contact
linktr.ee/shariahcompliantgold

EMAS BENTENG TERAKHIR DALAM PORTFOLIO KEWANGANKredit: Mentor Emas Mohd Zulkiflie Shafie Inilah  kepingan emas Kim Thanh ...
22/11/2021

EMAS BENTENG TERAKHIR DALAM PORTFOLIO KEWANGAN

Kredit: Mentor Emas Mohd Zulkiflie Shafie
Inilah kepingan emas Kim Thanh (seberat 15 g) yang dibawa oleh pelarian Vietnam sewaktu perang Vietnam tahun 1970-an.
Bentuk emas Kim Thanh yang nipis ini memudahkan mereka sorokkan emas tu di dalam kasut dan jahitan baju.
Apa jadi pada harta yang lain?
Jual atau tinggalkan!
Semua harta; termasuk rumah, tanah, kebun, dan ternakan terpaksa dijual.
Emas inilah yang membantu mereka memulakan hidup baru di negara lain.
Duit kertas Vietnam berjuta-juta pun tak laku di negara lain. Nilai duit bukan pada kertasnya, tapi pada jaminan pemerintah.
Negara sudah perang, mana jaminan pemerintah ke atas duit kertas?
Jaminan pemerintah itu pun bergantung pada kestabilan ekonomi dan politik.
Kalau pemerintahan itu dalam keadaan kucar kacir, maka nilai duit itu kembali kepada nilai sebenarnya, itu tak lebih dari sekadar sekeping kertas.
Nilainya kosong!
Emas berbeza.
Nilai emas terletak pada ketulenan dan beratnya tersendiri, bukan pada jaminan sesebuah kerajaan.
Nilainya berdiri dengan sendiri.
Itulah nilai intrinsik...
Tanpa perlu jaminan daripada sesiapa.
Disebabkan kekuatan inilah, setiap kita perlu simpan emas. Sekurang-kurangnya 10% dari jumlah aset kita.

Nak mulakan simpanan emas patuh shariah?
Bermula serendah RM 100 sebagai langkah pertama simpanan emas 999.
Info lanjut?
Contact
linktr.ee/shariahcompliantgold

PASANG NIAT UNTUK TUNAIKAN ZAKAT EMAS SIMPANANKenapa takut simpan emas? Sebab kena bayar zakat emas simpanan. πŸ˜‚Jangan te...
20/11/2021

PASANG NIAT UNTUK TUNAIKAN ZAKAT EMAS SIMPANAN

Kenapa takut simpan emas?
Sebab kena bayar zakat emas simpanan.
πŸ˜‚
Jangan terperanjat.
Memang ada jumpa orang sebegini.
Katanya rugi simpan emas sebab kena zakat bila cukup haul setahun simpanan dan nisab 85 gram emas.
Katanya lebih baik simpan duit.
πŸ˜†
Mungkin beliau tak tahu yang simpan duit pun kena bayar zakat wang simpanan bila cukup haul setahun simpanan dan nisab bersandarkan nilai 85 gram emas.
Besar kelebihan orang yang berzakat.
Zakat adalah wajib.
Sedekah adalah sunat.
Jika sedekah perkara sunat pun berganda ganjarannya, inikan p**a perkara yang wajib.
Simpanlah emas dengan niat untuk mengeluarkan zakat.
Jika niat baik pasti dipermudahkan.
Majoriti penyimpan emas yang ada mindset simpan emas untuk tunaikan zakat... ..
Tuhan mudahkan urusan.
Kewangan bertambah kukuh dengan simpanan emas.
Simpanan emas pun turut bertambah tanpa sedar.
Pasang niat untuk simpan emas sampai boleh tunaikan zakat.
Berapa nisab wajib zakat emas?
20 dinar = 85 gram emas 999.
Berapa haul wajib zakat emas?
Cukup setahun simpanan.
Haul dan nisab perlu seiring sejalan.
Baru wajib zakat emas simpanan.
Nak mulakan simpanan emas patuh shariah?
Bermula serendah RM 100 sebagai langkah pertama simpanan emas 999.
Info lanjut?
Contact
linktr.ee/shariahcompliantgold

π—₯π—œπ—‘π—šπ—šπ—œπ—§ π—§π—˜π—₯𝗨𝗦 𝗦𝗨𝗦𝗨𝗧Kuasa beli duit akan terus menyusut berkadar waktu.  Maksudnya, Kita akan memerlukan duit yang lebih ...
19/11/2021

π—₯π—œπ—‘π—šπ—šπ—œπ—§ π—§π—˜π—₯𝗨𝗦 𝗦𝗨𝗦𝗨𝗧

Kuasa beli duit akan terus menyusut berkadar waktu.
Maksudnya,
Kita akan memerlukan duit yang lebih banyak berbanding dulu untuk dapatkan sesuatu barang atau perkhidmatan.
Kita tak boleh kawal kenaikan harga.
Tapi, kita boleh kawal kuasa beli kita.
Alihkan sebahagian duit ke dalam bentuk simpanan yang dapat melawan inflasi.
Emas melawan inflasi sejak ribuan tahun lamanya.
Sebab itu kita simpan emas.
Emas adalah 'Inflation Hedge'.
Emas kalis inflasi.
Emas melindungi nilai duit yang sentiasa menyusut dimakan inflasi.
Selamatkan nilai wang kertas kita daripada terus menyusut nilainya, simpanlah emas 999 dalam bentuk gold bar dan dinar.
Nak mulakan simpanan emas patuh shariah?
Bermula serendah RM 100 sebagai langkah pertama simpanan emas 999.
Info lanjut?
Contact
linktr.ee/shariahcompliantgold

KUASA BELI WANG FIAT vs EMASWang fiat tu apa? Wang kertas yang menjadi legal tender bawah jaminan kerajaan sesebuah nega...
17/11/2021

KUASA BELI WANG FIAT vs EMAS
Wang fiat tu apa?
Wang kertas yang menjadi legal tender bawah jaminan kerajaan sesebuah negara.
Contoh MYR (RM),
Wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai 50 Ringgit Malaysia-Gabenor Bank Negara Malaysia.
Contoh USD,
This note is legal tender for all debts, public and private - Treasurer of the United States Federal Reserve System.
Tahun 1971:
US President, Richard Nixon membatalkan Perjanjian Bretton Woods telah memutuskan tambatan cetakan USD bersandarkan emas fizikal.
Sepanjang Perjanjian Bretton Woods berlangsung, nisbah tukaran untuk 1 troy oz emas (31.1 gram emas) = USD 35.
Melalui Perjanjian Bretton Woods, US tidak boleh mencetak USD tanpa adanya emas fizikal yang setara dalam rizab mereka.
Setelah Perjanjian Bretton Woods dibatalkan pada tahun 1971,US mencetak USD sesuka hati tanpa perlu bersandarkan pada emas fizikal.
Lambakan cetakan USD menyebabkan kuasa beli wang fiat akan terus susut dari tahun ke tahun.
Manakala kuasa beli emas akan terus meningkat dari tahun ke tahun, lebih-lebih lagi dikala krisis ekonomi yang sedang melanda dunia.
Kebanyakan negara mencetak lebih banyak wang fiat untuk merancakkan kembali ekonomi.
Pakej stimulus ransangan ekonomi sewaktu wabak COVID-19) menghasilkan lambakan wang fiat, pastinya kuasa beli wang fiat semakin merosot.
Graf ini untuk susut nilai USD ya, dan bukan graf RM. Kalau RM, keputusannya jauh lebih teruk!
Sebab itu kita tukar sebahagian RM kepada simpanan emas jangka panjang.
Selamatkan nilai wang fiat kita daripada terus menyusut nilainya, simpanlah emas dalam bentuk gold bar dan dinar.
Nak mulakan simpanan emas patuh shariah?
Bermula serendah RM 100 sebagai langkah pertama simpanan emas 999.
Info lanjut?
Contact
linktr.ee/shariahcompliantgold

YANG "WIN" -- BELI & SIMPAN Beli & Simpan...Beli emas secara konsisten, tak kira berapa harga per gram, tetap konsisten....
16/11/2021

YANG "WIN" -- BELI & SIMPAN

Beli & Simpan...
Beli emas secara konsisten, tak kira berapa harga per gram, tetap konsisten.
Itu namanya penyimpan emas.
Gold Saver.
Beli & Jual.
Beli emas ketika harga rendah, jual emas ketika harga tinggi secara kerap.
Itu namanya pelabur emas.
Gold Investor.
Gold Investor (Pelabur Emas) lebih memikirkan nilai duit berganda, bukannya fikirkan nilai gandaan gram emas.
Beli & Jual...
Duit berganda, tapi simpanan gram emas akhirnya tiada.
Bagi golongan Gold Saver (Penyimpan Emas) , mereka beli emas dan simpan emas.
Mainan harga bukan jadi ukuran.
Pantang ada duit lebih, terus ditukarkan kepada bentuk simpanan emas.
Akhirnya, nilai emas berganda.
Bila emas berganda, nampak macam duit tiada. Tapi, hakikatnya emas tu lah duitnya.
Sebab itu bila nak pakai duit dalam jumlah besar, emas itu dipajak di Ar-Rahnu untuk tunai, dan ditebus kembali apabila selesai urusan.
Emas adalah pemegang nilai sejak zaman berzaman.
Contoh,
Tahun 2000...
Pajak 100 gram emas di Ar-Rahnu, dapat RM 3,200.
Tahun 2021...
Pajak 100 gram emas di Ar-Rahnu, dapat RM RM 22,400.
Nilai emas itu bergantung pada berat dan ketulenannya sendiri berkadar waktu.
Penyimpan emas tegar akan manfaatkan emas sebagai modal pusingan untuk sesuatu urusan, bukan hanya sekadar simpanan di dalam peti besi yang tidak terusik.
Jangkaan masa depan, logam mulia emas dan perak bakal melonjak.
Oleh itu, selain simpan emas, simpan juga perak.
Bukankah emas dan perak disebut bergandingan dalam Quran, hadis serta dalam Jadual Berkala Unsur?
😊
https://www.kitco.com/news/2021-11-09/By-2024-gold-price-will-double-silver-will-more-than-triple-here-s-why-Patrick-Karim.html

TIADA ISTILAH HARGA MURAH UNTUK EMASHarga emas turun RM1? Mahal.Harga emas turun RM5? Mahal lagi.Mana ada harga emas mur...
31/10/2021

TIADA ISTILAH HARGA MURAH UNTUK EMAS

Harga emas turun RM1? Mahal.
Harga emas turun RM5? Mahal lagi.
Mana ada harga emas murah bagi kita?
Kalau harga emas naik?
Lagi-lagilah mahal dalam fikiran kita.
Mungkin harga emas hari ini kita rasa mahal, tapi percayalah dikemudian hari pasti kita akan tersenyum kerana memilih untuk konsisten menyimpan emas.
1 gram RM 150. Mahal?
Jangan peduli. Kita simpan.
1 gram RM 200. Mahal?
Jangan peduli. Kita simpan.
1 gram RM 300. Mahal?
Jangan peduli. Kita simpan.
Fokus kepada pertambahan gram secara konsisten, bukan harga per gram.
Kalau lah kita beli 1 gram dan berhenti kerana harga emas naik RM 2, maka selamanya simpanan kita hanya 1 gram emas.
😊
Nak mulakan simpanan emas patuh shariah?
Bermula serendah RM 100 sebagai langkah pertama simpanan emas 999.
Info lanjut?
Contact
linktr.ee/shariahcompliantgold

SIMPANAN EMAS TIDAK DICATAT DALAM SISTEM KEWANGAN 10 gram emas boleh dianggap sebagai 'Adik BungaMas'.20 gram emas  bole...
30/10/2021

SIMPANAN EMAS TIDAK DICATAT DALAM SISTEM KEWANGAN

10 gram emas boleh dianggap sebagai 'Adik BungaMas'.
20 gram emas boleh dianggap sebagai 'Abang BungaMas'.
50 gram emas emas boleh dianggap sebagai 'Mak BungaMas'.
Apa yang kurang lagi?
100 gram emas sebagai 'Bapak BungaMas' masih belum dapat berjemaah sekali.
Tunggu masa sesuai untuk 'Bapak BungaMas' dikeluarkan dari akaun GAP.
Emas adalah satu-satunya aset instrumen kewangan yang tidak direkodkan dalam sistem kewangan.
Apabila seseorang diisytiharkan muflis,
Si muflis tak boleh buat pinjaman bank.
Akaun bank si muflis freeze.
Aset si muflis freeze.
Satu-satunya aset yang tak diketahui dan bebas di miliki oleh si muflis ialah emas.
Dengan emas sebagai cagaran, si muflis boleh buat pinjaman melalui Ar-Rahnu sekiranya memerlukan.
Rekod gadaian emas di Ar-Rahnu (bukan Ar-Rahnu di bawah bank) tidak direkodkan dalam laporan CCRIS.
Begitulah emas berfungsi sebagai insurans kewangan ketika gawat.
Nak mulakan simpanan emas patuh shariah?
Bermula serendah RM 100 sebagai langkah pertama simpanan emas 999.
Info lanjut?
Contact
linktr.ee/shariahcompliantgold

TIPS UMRAH 10 DINARKebanyakkan daripada kita ada hasrat untuk mengerjakan umrah, tetapi ada kekangan halangan seperti:Ku...
29/10/2021

TIPS UMRAH 10 DINAR

Kebanyakkan daripada kita ada hasrat untuk mengerjakan umrah, tetapi ada kekangan halangan seperti:

Kumpul duit selalu lambat nak cukup untuk tampung kos pakej umrah sebab "habis dibelanja semula" mengikut kehendak.
Kos umrah sentiasa meningkat.
Macam mana nak atasi kekangan halangan tu?
Jom aplikasi teknik umrah 10 dinar.

Kita boleh kumpul 10 dinar secara :

1:
Beli terus ready stock 10 dinar (jika ada modal besar), simpan sehingga tarikh umrah tiba.

2:
Beli terus ready stock 1 dinar berkali-kali sehingga cukup 10 dinar.
Kemudian, simpan sehingga tarikh umrah tiba.

3:
Kumpul gram (tambah gram emas sikit-sikit via akaun simpanan emas, akaun GAP) sehingga cukup 42.5 gram (berat 10 dinar), kemudian teruskan simpan dalam akaun GAP sehingga tarikh umrah tiba.

Ketiga-tiga cara tu, bila tiba tarikh untuk kerjakan umrah, kita boleh jual terus dan jadikan modal untuk bayar kos umrah.
Walau apa pun kos umrah, yakinlah 10 dinar adalah cukup.
Silap-silap haribulan, bukan saja dapat pergi umrah pakej biasa, tetapi umrah pakej VIP.
Dengan izinNya.
😊
Nak mulakan simpanan emas patuh shariah?
Bermula serendah RM 100 sebagai langkah pertama simpanan emas 999.
Info lanjut?
Contact
linktr.ee/shariahcompliantgold

HASIL BAKI BELANJA BULANAN SEORANG SURIRUMAHKisah nyata seorang surirumah. Kisah nyata, bukan dongeng rakyat.  Hasil naf...
28/10/2021

HASIL BAKI BELANJA BULANAN SEORANG SURIRUMAH

Kisah nyata seorang surirumah.
Kisah nyata, bukan dongeng rakyat.
Hasil nafkah bulanan...
Hasil lebihan duit belanja pasar.....
Surirumah alihkan ke dalam bentuk simpanan emas, 50 gram BungaMas x 2 keping, bersamaan 100 gram emas.
100 gram emas, tahun 2000...
Bernilai RM 3,500.
100 gram emas, tahun 2010...
Bernilai RM 15,000.
100 gram emas yang sama, tahun 2021...
Bernilai RM 26,400.
Berapa purata % kenaikan harga emas dalam 20 tahun?
654% bersamaan 6.5 kali ganda.
Apa boleh bikin dengan 2 keping 50 gram BungaMas ni?
Tampung kos 2 orang mengerjakan haji.
Jadi, inilah hasilnya apabila surirumah kurang online shopping di platform e-dagang dan kurang transaksi internet banking.
😊
Nak mulakan simpanan emas patuh shariah?
Bermula serendah RM 100 sebagai langkah pertama simpanan emas 999.
Info lanjut?
Contact
linktr.ee/shariahcompliantgold

"ADA SUSUT NILAI BILA JUAL BALIK?" Persoalan, "Jongkong emas ni kalau jual balik ada susut nilai tak?"  "Ada. Susut nila...
28/10/2021

"ADA SUSUT NILAI BILA JUAL BALIK?"

Persoalan,
"Jongkong emas ni kalau jual balik ada susut nilai tak?"
"Ada. Susut nilai mengikut berat emas, antara 6-9%. Kalau barang kemas perhiasan, purata susut nilainya 25%.
Bila ada susut nilai, katanya,
"Baik tak payah beli emas"
Ada banyak lagi keunikan emas sebagai pelindung nilai dari inflasi merentas waktu.
Purata kadar kenaikan harga emas dalam jangka panjang 20 tahun melebihi 600% berbanding wang kertas.
Kadar kenaikan harga emas dalam jangka panjang sudah mengatasi % susut nilai itu.
Kereta besi buruk yang baru menjangkau usia milikan 5 tahun, kalau nak jual, sudah mencapai susut nilai 50%.
Emas 999, susut nilainya antara 6-9% dalam jangka masa 20 tahun, dengan kenaikan harga lebih 600% dalam jangka 20 tahun, sudah semestinya sangat berbaloi.
Aturan hidup, kita takkan dapat semua.
Pasti ada harga yang perlu dibayar.
Itu fitrah.
😁

Address

Kuala Lumpur
58100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Shariah-Compliant Gold_Public Gold posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Shariah-Compliant Gold_Public Gold:

Share