04/09/2021
SSPN-i Plus kini berwajah baharu.
SSPN-i Plus merupakan produk simpanan yang menawarkan enam (6) pakej simpanan berserta perlindungan takaful. Setelah ia dilancarkan pada tahun 2015, SSPN-i Plus telah berjaya menjadi produk simpanan pilihan utama rakyat Malaysia.
Kini, SSPN-i Plus dikenali sebagai Simpan SSPN Plus. Produk simpanan yang sangat kompetitif dan unik ini merupakan simpanan pendidikan yang digabungkan bersama manfaat perlindungan takaful yang sememangnya terbaik di antara pelan simpanan pendidikan lain di pasaran. Dengan mengekalkan Hong Leong MSIG Takaful (HLMT) sebagai Syarikat Pengendali Takaful, Simpan SSPN Plus tampil dengan penambahan 2 lagi Syarikat Pengendali Takaful iaitu Great Eastern Takaful Berhad (GETB) dan Takaful IKHLAS Family Berhad (TIFB). Yang pastinya, Simpan SSPN Plus masih mengekalkan pakej simpanan serendah RM1 sehari yang mampu dimiliki oleh setiap isi rumah dan manfaat perlindungan takaful yang lebih menarik sehingga RM1.2 juta!