30/08/2021
Part 2 ( The Idea )
Seperti mana - mana coin dan token , Ethereum juga bermula dengan mengeluarkan whitepaper dan perancangan masa hadapan. Tetapi pada mulanya perancangan Ethereum lebih kearah menjadikan Ethereum sebagai matawang digital yang sama seperti Bitcoin tetapi perancangan itu diubah dari masa ke semasa sehingga lah idea asal yang pada mulanya untuk menjadikan Ethereum sebagai matawang digital ditukar menjadi tempat penyimpan data yang menggunakan konsep decentralized . Sama seperti Bill Gates , Vitalik Buterin juga menghantar kertas cadangan kepada ramai orang termasuk rakan - rakan beliau dan hanya 30 orang yang menghubungi Vitalik Buterin semula.
The Journey…
Tahukah anda , team asal pertama Ethereum terdiri dari founder Polkadot ( DOT ) dan juga Cardano ( ADA ) iaitu Gavin James Wood dan juga Charles Hoskinson. Kumpulan ini juga terdiri dari nama - nama besar dalam arena cryptocurrency dan juga pelabur awal Bitcoin seperti Joe Lubin , Mihai Alisie dan juga Anthony Di Lorio. Seperti mana - mana coin dan token , Ethereum juga melalui fasa initial coin offering ( ICO ) dan disitu , Mereka berjaya mengumpul sejumlah 31,000 BTC yang bersamaan 18 Juta pada 2014. Selain itu , ICO Ethereum juga adalah salah satu ICO yang paling berjaya dalam dunia cryptocurrency. Setelah kejayaan ICO mereka, Ethereum mula melancarkan blockchain mereka yang pertama pada tahun 2016 dimana blockchain mereka lebih mudah digunakan untuk developer yang ingin melancarkan aplikasi di Ethereum. Dan diantara syarikat besar yang pertama menggunakan teknologi Ethereum adalah Microsoft dan juga IBM.
Ethereum Classic dan Ethereum adalah musuh ?
Ethereum bukan sahaja diantara blockchain yang terkemuka dan dikenali ramai tetapi Ethereum juga menjadi salah satu blockchain yang pernah di hack dan menelan kerugian hampir 200 juta dan harga Ethereum pada waktu itu jatuh dari $20 ke $13 dalam sekelip mata.Seperti yang pernah dinyatakan pada penulisan saya di part 1 , Vitalik Buterin ingin menjadikan Ethereum dan dunia blockchain ini dapat digunakan untuk semua aspek dari bahagian kewangan sehinggalah ke dunia saham. DAOSs ataupun lebih dikenali sebagai “ Decentralized Autonomous Organization “ adalah sebuah sistem dimana blockchain dapat dijadikan sebagai penyimpan data syarikat dan juga tempat syarikat ataupun SME untuk mengumpul dana sebelum syarikat itu dapat beroperasi. Dan dalam DAOs juga , pemegang saham dapat mengakses untuk vote sebarang proposal ataupun business expansion yang ingin dibuat oleh syarikat terbabit.Ethereum Classic diwujudkan setelah mendapat persetujuan lebih dari 89% komuniti Ethereum atas faktor kecurian data dan juga duit dari sebuah organisasi yang mendirikan DAOs mereka di dalam sistem blockchain Ethereum.Selain itu , untuk pengetahuan umum Ethereum Classic dan Ethereum adalah dua blockchain yang berbeza dan tidak bergantung diantara satu sama yang lain.Tetapi apa yang menarik ialah keduanya mempunyai features yang sama tetapi perbezaan ketara ialah jika sebuah syarikat itu ingin mendirikan DAO’s dalam sistem blockchain Ethereum Classic, wang pelabur dapat dikembalikan jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini seperti hack , bug dalam sistem dan lain - lain .
Vladimir Putin dan Xi Jinping memusuhi Ethereum ?
Negara besar seperti Rusia dan juga China selalu menjadi bualan ramai dalam dunia cryptocurrency ,Ramai beranggapan bahawa kedua - dua negara ini sukar untuk menerima cryptocurrency ini atas faktor ia tidak dapat dikawal dan selalu disalah gunakan untuk melakukan money laundering , aktiviti penjualan dadah , jual beli senjata api dan lain - lain. Sifat cryptocurrency yang terlalu decentralized menyebabkan kerajaan sukar untuk mengawal aktiviti tersebut . Pada tahun 2017 , Vitalik Buterin dan juga Putin telah mengadakan pertemuan untuk membincangkan bagaimana blockchain ini dapat diperluaskan dan dapat dibangunkan di Russia , Vitalik Buterin juga menyatakan bahawa Putin amat optimis dan positif dalam menjadikan Russia sebagai negara yang membangunkan “ Digital Economy “ . Bagi Putin , teknologi blockchain itu ialah satu idea yang mampu mengubah landskap Rusia di masa hadapan , bukan sahaja dalam sistem kewangan tetapi dalam bidang import export , jual beli dan sebagainya . Sama juga seperti China yang ingin membangunkan sistem blockchain bagi meningkatkan kualiti import export di negara mereka. Dan apa yang mengkagumkan adalah , Peking Universiti yang juga merupakan universiti terkemuka di China telah membangunkan sebuah makmal khas untuk menjalankan ujikaji terhadap Ethereum bagi meningkatkan supply chain dan energy market di China. Dan yang paling menarik ialah The Internet Comission Of The Securities Association Of China telah melantik Vitalik Buterin sebagai penasihat untuk mengembankan teknologi blockchain di China . Manakala di Rusia , Vitalik Buterin telah mengadakan perjanjian dengan CEO Yota Services dimana mereka akan membangunkan “ Ethereum Rusia “ diamana ia akan diguna pakai oleh Vneshtorg Bank . Dan dalam masa yang sama Vneshtorg bank juga akan membina pusat di National University Of Sciene and Technology ( MISIS ) untuk menjalankan experimen blockchain.
Belum ada akaun Binance dan luno , Boleh click link dibawah untuk mendaftar !
Binance : https://www.binance.cc/en/register?ref=VQJKD1SR
Luno : https://www.luno.com/invite/98PCTB