Nombor Pendaftaran Syarikat: 202003159344
Projek Terkini: Dewan makan yang akan dijadikan dapur dan dewan untuk orang ramai Pondok ini telah didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 14 Julai 2020. Menghidupkan masjid yang terbengkalai akibat kejadian banjir pada 2014 dan memberi ruang pada penduduk Kampung Aur Duri dan kampung2 sekitar dengannya menggunakan masjid untuk solat
berjemaah, mendengar kuliah dan ceramah.
2. Membina sebuah institusi pengajian pondok untuk warga dewasa iaitu orang-orang tua (lelaki/ wanita) yang ingin mengisi sepenuh kehidupan dalam suasana belajar dan beramal.
3. Membersihkan tapak tanah pondok seluas 1 ekar setengah. Kampung Aur Duri terletak di kawasan pedalaman dan terpencil jauh dari masyarakat. Pihak kami mengambil inisiatif membeli tanah kosong seluas 1 ekar setengah di mana sudah terdapat sebuah masjid yang terbengkalai dan tidak lagi berfungsi akibat banjir besar yang berlaku pada 2014. Pihak kami cuba menghidupkan semula fungsi masjid tersebut dan akan membina pembangunan dari semasa ke semasa. Oleh itu, kegunaan Facebook ini adalah sebagai salah satu alternatif untuk memaklumkan mengenai perancangan (apa,sedang, dan akan) dilakukan terhadap Pondok Ribat Faqeh, Aur Duri. Lokasi Pondok terletak berhadapan dengan Sungai Kelantan. Pembangunan pondok Ribat Faqeh ini memerlukan kos yang tinggi. Ini kerana tanah pondok terlalu dalam dan mudah dinaiki air (banjir). Kami masih memerlukan tambunan tanah yang banyak mencecah 300 hingga 500 lori tanah. Terkini, kerja-kerja pembinaan sedang berjalan seperti membaiki semula masjid yang musnah akibat banjir, Masjid Ribat Faqeh akan diperbesarkan, pembinaan ruang baru untuk Muslimat, sistem perparitan pondok (longkang), penambungan pasir, pembinaan tempat tinggal tenaga pengajar dan warden. Di sini pihak kami mengalu-alukan bagi sesiapa yang berminat untuk membina pondok sendiri di atas tanah pondok ini, samada untuk penempatan sendiri atau mewakafkan pondok untuk keluarga lain. Penempatan bagi warga Pondok adalah berdasarkan satu keluarga, satu rumah kecil, sederhana dan selesa. Buat masa ini, kerja-kerja pembinaan sedang berjalan hasil daripada sumbangan semua pihak yang prihatin dan orang ramai. Sehubungan dengan itu, pihak Pondok Ribat Faqeh ingin membuka peluang dan ruang yang seluasnya kepada Tuan/Puan untuk merebut saham akhirat yang pasti memberi keuntungan dengan kita berinfak dan berwakaf di medan ini. Sebarang bentuk sumbangan samada wang atau barang-barang yang diperlukan untuk pembinaan pondok amatlah dialu-alukan. Sumbangan berbentuk kewangan bolehlah disalurkan di sumbangan melalui akaun bank berikut atas nama Pondok Ribat Faqeh :
MAYBANK
553029625898
PUBLIC BANK
3818564932
Sebarang pertanyaan atau cadangan bolehlah berhubung dengan Pengerusi Pondok, Encik Wan Mahmood Bin Wan Omar di talian 011-12960037
Sesungguhnya sumbangan, sokongan dan bantuan dari pihak Tuan/Puan amat pihak kami hargai.
-Ya Allah berilah ganti yang selayaknya bagi orang-orang yang berinfak di jalanMu Amin.-