Roadtax Murah Jimat Mudah

Roadtax Murah Jimat Mudah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Roadtax Murah Jimat Mudah, Kuala Berang.

*RENEW ROADTAX INSURANCE/TAKAFUL MUDAH, MURAH, JIMAT*❗❗❗❗❗❗❗❌ perlu geran/covernote lama.❌ perlu beratur panjang utk ke ...
09/02/2026

*RENEW ROADTAX INSURANCE/TAKAFUL MUDAH, MURAH, JIMAT*❗❗❗❗❗❗❗

❌ perlu geran/covernote lama.
❌ perlu beratur panjang utk ke jpj/pej.pos.
❌ perlu bersesak dgn org ramai.
✅ urusan secara ONLINE.
✅ jimat masa, duit dan tenaga
✅ resit sampai terus ke rumah/ office

Murah, jimat dan mudah. Boleh *COD/DELIVERY* terus ke rumah anda sekitar *KUALA BERANG* & *AJIL* 🏘️🚗 *POSTAGE* disediakan *SELURUH MALAYSIA*💌📩

*Banyak pilihan insurance/takaful :*

Etiqa takaful, Zurich takaful, Takaful Malaysia, Tune protect, Kurnia Insurance, Lonpac Insurance, Axxa Affin

*👉Whatsapp no. plate & no. ic owner untuk check quotation, kita deal sampai jadi 🤜🤛*

http://www.wasap.my/+601117851028

http://www.wasap.my/+60139404428

*RENEW ROADTAX INSURANCE/TAKAFUL MUDAH, MURAH, JIMAT*❗❗❗❗❗❗❗❌ perlu geran/covernote lama❌ perlu beratur panjang utk ke j...
18/01/2026

*RENEW ROADTAX INSURANCE/TAKAFUL MUDAH, MURAH, JIMAT*❗❗❗❗❗❗❗

❌ perlu geran/covernote lama
❌ perlu beratur panjang utk ke jpj/pej.pos
❌ perlu bersesak dgn org ramai
✅ Roadtax fizikal
✅ jimat masa, duit dan tenaga
✅ roadtax sampai terus ke rumah/ office

Murah, jimat dan mudah. Boleh *COD/DELIVERY* terus ke rumah anda sekitar *KUALA BERANG* & *AJIL* 🏘️🚗 *POSTAGE* disediakan *SELURUH MALAYSIA*💌📩

*Banyak pilihan insurance/takaful :*

Etiqa takaful, Zurich takaful, Takaful Malaysia, Tune protect, Kurnia Insurance, Lonpac Insurance, Axxa Affin

*👉Whatsapp no. plate & no. ic owner untuk check quotation, kita deal sampai jadi 🤜🤛*

http://www.wasap.my/+601117851028

http://www.wasap.my/+60139404428

21/10/2025

🚗 TIP ELAK KELETIHAN KETIKA MEMANDU PERJALANAN JAUH

1. Rancang perjalanan lebih awal
– Tentukan waktu bertolak dan lokasi hentian rehat bagi mengelakkan tekanan masa dan keletihan.

2. Pastikan tidur mencukupi
– Dapatkan sekurang-kurangnya 7–8 jam tidur sebelum memulakan perjalanan jauh. Kekurangan tidur boleh menyebabkan microsleep yang sangat berbahaya.

3. Berhenti rehat setiap 2 jam atau setiap 150 km
– Regangkan badan, keluar seketika dari kenderaan, dan ambil udara segar bagi mengurangkan keletihan otot.

4. Elak memandu seorang diri
– Jika boleh, bergilir-gilir memandu dengan penumpang lain.

5. Minum air secukupnya dan elak makanan berat
– Kekal terhidrasi dan elak makanan yang terlalu berat sebelum atau semasa memandu kerana boleh menyebabkan rasa mengantuk.

6. Hindari memandu pada waktu larut malam
– Waktu antara 12 tengah malam hingga 6 pagi adalah masa badan paling mudah terasa mengantuk.

7. Dengar muzik atau berbual dengan penumpang
– Bantu kekalkan fokus dan elak rasa bosan ketika pemanduan jauh.

8. Kenali tanda keletihan
– Jika mata mula terasa berat, kerap menguap, atau sukar mengekalkan kelajuan, berhenti segera dan rehat.

💡 Ingat: Keletihan boleh membunuh tanpa disedari. Rancang perjalanan anda dan utamakan keselamatan diri serta keluarga.

🔄 Kongsikan kepada rakan dan keluarga agar semua lebih peka di jalan raya.

Sumber : FB

Awas! Pastikan tayar kenderaan anda dalam keadaan selamat. Periksa tekanan angina sebelum mulakan perjalanan. Semoga ber...
20/10/2025

Awas! Pastikan tayar kenderaan anda dalam keadaan selamat. Periksa tekanan angina sebelum mulakan perjalanan. Semoga bermanfaat.

RoadTax anda tamat tempoh? Jangan peningkan kepala.Kami setelkan tanpa anda perlu keluar rumah.Wasap no plate dan no. ic...
19/10/2025

RoadTax anda tamat tempoh?

Jangan peningkan kepala.

Kami setelkan tanpa anda perlu keluar rumah.

Wasap no plate dan no. ic owner untuk FREE quotation.

Free COD untuk Ajil dan Kuala Berang.
Pos seluruh malaysia.

Murah, jimat, mudah.

www.wasap.my/+60139404428

Kalau kita cedera dilanggar dengan kenderaan yang takde insurans. Pastu owner kenderaan tu pulak tak nak bayar. Dia kata...
18/10/2025

Kalau kita cedera dilanggar dengan kenderaan yang takde insurans. Pastu owner kenderaan tu pulak tak nak bayar. Dia kata bukan salah dia!

Adoi ! dah la cedera. Takkan kena keluar duit sendiri masuk hospital? Tak adil la bukan salah kita. Kat mana kita boleh claim?

Sebenarnya, ramai yang tak tau. Jadi saya nak bagitau. Kes macam ni boleh claim dengan Motor Insurers’ Bureau (MIB)
MIB tu apa? Syarikat insurans ke?

Bukan. MIB ni dana khas untuk melindungi pengguna jalanraya yang dilanggar kenderaan yang takde insurans.
MIB dapat duit dari mana?

MIB dapat duit dari syarikat insurans. Setiap tahun semua syarikat insurans wajib mencarum ke dalam MIB.
Ooo begitu..Macam mana nak claim dengan MIB ye?
Sebelum buat claim dengan MIB kena take note benda-benda ni dulu:

1. Claim MIB boleh dibuat sendiri atau melalui peguam.
2. MIB tak terima kes langgar lari. Mesti tau no plet kenderaan yang melanggar.
3. Claim mesti buat dalam masa 3 tahun kejadian.
4. Jika kita appoint peguam dan nak saman kenderaan tu, mesti inform MIB 30 hari sebelum failkan saman.
5. MIB hanya bayar kecederaan sahaja. Kenderaan, harta benda, loss of income, dsb MIB tak cover.
6. Jumlah bayaran ditentukan oleh MIB sendiri.
Okay jelas? Kalau jelas ini dokumen yang kena hantar ke MIB untuk claim:

1. Surat kepada MIB mengandungi details kejadian, sebab untuk claim dan senarai dokumen yang disertakan.
2. Repot polis.
3. Repot polis kenderaan yang melanggar (jika ada).
4. Laporan perubatan.
Hantar dokumen di atas ke:

Motor Insurers' Bureau of West Malaysia
Wisma PIAM
No.150-3, 3rd Floor
Jalan Tun Sambanthan, Brickfields
50782 Kuala Lumpur
Tel: 03-2274 7395
Fax: 03-2274 5910

Peringatan - kalau dah pandai jangan lupa ajar orang lain.

Perkongsian kita bersama.

Sumber : Fb
Foto : google

Tips dari peguam kalau kereta anda dilanggar dari belakang  . 'boleh simpan untuk manfaat' 1. Jika ada orang langgar ker...
17/10/2025

Tips dari peguam kalau kereta anda dilanggar dari belakang . 'boleh simpan untuk manfaat'

1. Jika ada orang langgar kereta anda dari belakang, jangan panik dan bawa bertenang.

2. Berhentikan kereta anda di tepi jalan di kawasan yang lapang dan selamat. Ini untuk mengelakkan berlakunya kesesakan lalulintas.

3. Selepas anda lihat kenderaan yang melanggar kereta anda juga memberhentikan kenderaannya, ambil telefon bimbit anda yang ada kamera dan keluar daripada kereta anda.

Ingat! Jangan ambil sebarang alatan yang merbahaya seperti stearing lock, parang, peralatan yang diperbuat daripada besi dan sebagainya, kerana anda mungkin boleh dituduh cuba untuk melakukan serangan dan kecederaan kepada orang lain dan harta benda awam.

4. Ambil gambar plat dan cukai jalan kenderaan yang langgar anda tadi.

5. Apabila pemandu kenderaan yang langgar anda tadi keluar daripada kenderaannya, sapa lah dia dengan baik. Kalau pun anda tak mampu nak senyum dengannya, tetapi janganlah terus maki hamun kepadanya.

6. Tanyakan kepadanya dengan baik kenapa dia langgar kereta anda tadi? Kebiasaannya dalam situasi sebegitu masing-masing akan cuba menyalahkan satu sama lain.

Kawal kemarahan anda, jangan bertengkar, bergaduh dan berbalah di situ kerana ianya takkan menyelesaikan masalah tetapi hanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan mengganggu pengguna jalan raya yang lain.

7. Kalau boleh minta tengok daripada pemandu yang langgar kereta anda tadi kad pengenalan atau lesen memandunya. Ambil gambar kad pengenalan atau lesen memandunya.

8. Jika dia tidak mengaku bersalah melanggar kereta anda, jangan paksa dia mengaku atau paksa dia bayar wang kepada anda. Bagitahu kepadanya, dari segi undang-undang, sekiranya sesuatu kenderaan melanggar kenderaan lain daripada belakang, kecuaian adalah disebabkan oleh kenderaan yang melanggar itu.

9. Jika dia mengaku bersalah, minta dia menanggung kos pembaikan kereta anda. Sekali lagi sy ingatkan, tak perlu mintak wang daripadanya. Terus ajak dan bawa dia ke bengkel yang anda biasa berurusan untuk menilai berapakah kerosakan kereta anda.

Kalau boleh terus pergi, jangan tangguh-tangguh walaupun anda ada urusan lain. Lagi cepat anda selesaikan perkara tersebut lagi bagus.

10. Jangan lupa ambil nombor telefonnya atau bisnes kadnya supaya mudah anda menghubunginya nanti.

11. Jika dia berkeras tak mahu mengaku bersalah dan tidak mahu tanggung kos pembaikan kereta anda, tak mengapa, jangan serang atau melakukan sesuatu yang boleh dianggap sebagai kesalahan jenayah terhadapnya. Biarkan saja dia pergi. Ini kerana anda telah dapat segala info berkenaan kenderaan dan dirinya.

12. Terus pergi buat report polis di balai polis berhampiran.

13. Dengan report polis tadi pergi ke JPJ dan lakukan carian kenderaan untuk mengetahui syarikat insuran kenderaan yang langgar kereta anda tadi.

14. Pergi terus ke bengkel panel syarikat insurans tersebut dan mintak mereka uruskan 3rd parti claim untuk membaiki kerosakan kereta anda tersebut.

Mudah bukan? Tak perlu gaduh-gaduh dan melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah anda dan boleh mendedahkan anda kepada perlakuan jenayah. Negara kita kan ada undang-undang.
Patuhilah undang-undang yang telah ditetapkan.

Sumber : Fb
Gambar : google

🚨Tips Penting Bila Eksiden Di Jalan Raya, Jangan Sampai Kena Tipu. Bila terjadi kemalangan dan Penarik Kereta datang. Ka...
16/10/2025

🚨Tips Penting Bila Eksiden Di Jalan Raya, Jangan Sampai Kena Tipu.

Bila terjadi kemalangan dan Penarik Kereta datang. Kalau mereka minta tandatangan apa-apa dokumen, jangan bagi tandatangan. Ini mungkin dokumen yang membolehkan mereka dapat komisen 5-10% daripada bengkel.

Jangan sesekali tandatangan. Tidak perlu takut walaupun mereka cuba gertak atau bercerita sedih. Tenang saja.

Apa Yang Perlu kamu buat?

📌Jangan tandatangan apa-apa dokumen yang diberikan oleh penarik kereta luar.

📌Call Wakil Insurance Kereta kamu untuk dapatkan khidmat towing(Jangan lupa ambil gambar tempat kejadian & kenderaan). Sekiranya kamu mahu teruskan juga dengan penarik kereta luar, boleh deal dengan penarik kereta itu.(Update)

📌Cakap sama penarik kereta : “Saya mahu towing sahaja.”
• Caj biasa cuma sekitar RM300.

📌Minta kereta ditarik ke balai polis yang sepatutnya (ikut kawasan kemalangan) untuk buat laporan.

📌Lepas laporan siap, minta penarik kereta hantar ke bengkel panel yang buat kerja pembaikan.
• Kalau tidak tahu bengkel mana, hubungi syarikat insurans dan minta alamat panel mereka.

Bahagian Menarik Yang Ramai Tidak Tahu.

Bila adjuster insurans datang ke bengkel untuk kira jumlah kerosakan, kamu sebenarnya boleh dapat komisen 5-10% daripada jumlah tuntutan. Ini tidak rasmi, tapi selalunya bengkel panel akan tawarkan commission dengan orang yang bawa masuk kereta ke tempat mereka.

Contoh:

Kalau kos baik pulih RM100,000, kamu boleh dapat RM10,000 daripada tauke bengkel sebab kamu yang bawa kerja tu sama dia.

Sebab itulah penarik kereta selalu “berebut kereta”, mereka mahu jadi orang tengah untuk dapat duit komisen.

Hati-Hati Dengan Bengkel “Main Kencing”.

Ada bengkel yang claim insurans tapi tidak tukar barang, cuma repair sahaja.

Apa yang kamu boleh buat:

📌Call insurans dan minta mereka emel senarai barang yang sepatutnya ditukar.

📌Lepas kereta siap, semak satu per satu.

📌Kalau ada barang yang tidak ditukar, tuntut bayaran balik daripada tauke bengkel.
Kalau dia enggan, ugut buat laporan polis, confirm dia akan bayar.

Bonus Tips: Tuntut “Loss of Use”.

Ramai tidak tahu, selain claim kos pembaikan, kamu juga boleh tuntut pampasan “Loss of Use”, bayaran ganti rugi sebab kereta kamu tidak boleh digunakan.

Kadar bayaran: RM30 – RM50 sehari
Contoh: Kalau kereta anda di bengkel 30 hari, anda layak dapat RM900 – RM1,500.

Sayangnya, ramai rakyat Malaysia tidak tahu hak ini, jadi mereka terlepas pampasan yang sepatutnya milik mereka.

Kesimpulannya.

📌Jangan tandatangan dokumen daripada penarik kereta.

📌Towing ke balai → buat laporan → hantar ke bengkel panel.

📌Claim pampasan Loss of Use.

📌Semak semua barang yang ditukar oleh bengkel.

Sumber : FB
Gambar : google

15/10/2025

Bila aku berat untuk memberi, aku terlupa bahawa segala yang aku miliki sebenarnya adalah pemberian.

15/10/2025

Satu je nak pesan, jangan sesekali menganiaya rakan yang sama-sama cari rezeki dengan kita.

Address

Kuala Berang

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Roadtax Murah Jimat Mudah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share